Tahun demi tahun, PDB terus memperkukuh kemampanan operasi kami melalui pelaksanaan program terancang, seperti yang didokumenkan dalam Laporan Kelestarian bagi mencerminkan komitmen kami kepada pihak berkepentingan.
Kami menilai perkara-perkara material melalui tinjauan dengan pihak berkepentingan, penilaian persekitaran operasi dan penanda aras terhadap Global Reporting Initiative (GRI), Sustainability Accounting Standards Board (SASB), Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs), FTSE4Good serta amalan terbaik industri bagi memastikan penambahbaikan berterusan.
Pada tahun 2024, Lembaga Pengarah telah memutuskan bahawa Syarikat telah memenuhi kewajipan di bawah perenggan berkaitan dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Malaysia dan Akta Syarikat 2016. Selain itu, Syarikat turut mengguna pakai dan melaksanakan Prinsip dan Amalan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) 2021.
Selaku peruncit dan pemasar utama produk petroleum hiliran Malaysia, PDB berusaha untuk menyumbang ke arah ekonomi negara dengan memastikan prestasi kewangan yang mapan, yang secara tidak langsungnya memberi pulangan stabil kepada para pemegang taruh serta merangsang peluang sosioekonomi untuk komuniti tempatan di kawasan-kawasan di mana kami beroperasi.
PDB mengiktiraf nilai dan impak perniagaan dalam ekosistem sosial kami. Kami juga komited untuk beroperasi dengan selamat, bertanggungjawab dan boleh dipercayai, dan menjajarkan amalan kami dengan norma perniagaan yang boleh diterima dan juga penanda aras industri.
Matlamat kami ialah untuk memupuk kesedaran tentang toleransi sifar kami terhadap rasuah dalam apa jua bentuk. Keberkesanan organisasi penting buat pesaing perniagaan jangka panjang. Nilai-nilai seperti Kesetiaan, Integriti, Keprofesionalan dan Kesepaduan merupakan perkara asas ketika kami menjalankan perniagaan.