Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Tanggungjawab terhadap Pelanggan

Tanggungjawab terhadap Pelanggan
Kami menjalankan pelbagai usaha untuk memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan untuk memenangi keyakinan pelanggan kami dan meraih kepercayaan mereka terhadap jenama kami.

Kesihatan & Keselamatan Pengguna
  • Program Go-To-Safety-Point di stesen PETRONAS
  • Hadiah ikhlas pemeriksaan keselamatan silinder LPG semasa penghantaran melalui Gas PETRONAS home delivery dan Gas2U

Privasi Maklumat Pelanggan
  • Kawalan ketat ke atas maklumat pengguna di pangkalan data kami dengan pembetulan keselamatan terkini
  • Proses kesediaan pelanggaran data dari penyiasatan kepada penyelesaian sekiranya privasi pelanggan dikompromi

Sokongan dan Penglibatan Pelanggan
  • Promosi yang diambil daripada maklum balas pelanggan. Cth: Morning@Mesra
  • Maklum balas daripada semua saluran komunikasi termasuk panggilan telefon, e-mel, webchat dan media social

Sokongan dan Penglibatan Pelanggan

PDB komited untuk membangunkan perniagaan yang mampan melalui rantaian bekalan yang beretika, dengan matlamat meningkatkan kualiti dan kecekapan sambil memperkukuh daya tahan serta daya saing jangka panjang.

Komitmen ini diperkukuh melalui Program Sokongan Pembekal PETRONAS (PSSP), yang menyelaras penglibatan vendor bagi mengintegrasikan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Melalui kerjasama dengan United Nations Global Compact Malaysia dan Brunei (UNGCMYB), Bursa Malaysia dan institusi kewangan, kami membantu pembekal membangunkan kapasiti ESG, meningkatkan pendedahan dan mendapatkan pembiayaan mampan. Usaha ini sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050.

Kami turut mengguna pakai Kod Etika Kontraktor PETRONAS mengenai Hak Asasi Manusia (CoCHR) sebagai sebahagian daripada penilaian rantaian bekalan, dengan mengintegrasikan keperluan sosial dan pematuhan ke dalam proses perniagaan teras.

Inisiatif-inisiatif ini menyumbang kepada:
SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi
SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab.

Melangkah ke hadapan, PDB akan terus memperluas program bimbingan dan memperkukuh kerjasama dengan pembekal bagi memenuhi piawaian alam sekitar dan sosial yang semakin berkembang.

Ooops!
Generic Popup