BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Etika Perniagaan dan Pematuhan

Tadbir Urus dan Etika Perniagaan
PDB komited untuk menyediakan tempat kerja yang selamat, sihat dan dihormati; bebas daripada gangguan, gejala buli dan keganasan. Kami percaya bahawa etika perniagaan yang kukuh dan pematuhan terhadap amalan kerja kami akan memperkuatkan kami untuk berfungsi dengan lancar, bertujuan yang jelas dan penuh beretika. Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE) berfungsi sebagai panduan arah, membantu kami untuk mencapai pertumbuhan sambil kekal berpegang teguh kepada Nilai Bersama PETRONAS.

Untuk mempastikan komitmen ini dipegang dan didokong sepenuhnya oleh setiap ahli keluarga PDB, latihan CoBE diwajibkan kepada semua pekerja kami. Ia berfungsi sebagai tiang utama kepada budaya korporat kami dan mencerminkan komitmen kami yang tinggi terhadap nilai integriti dan kebertanggungjawaban.

Apa Itu CoBE PETRONAS?
Merupakan sebuah rujukan umum untuk kegunaan di semua negara yang menjalankan operasi PETRONAS. Ia tidak menerangkan semua undang-undang atau Polisi PETRONAS yang digunakan, atau memberi butiran lengkap mengenai undang-undang atau polisi yang tertentu.
Ooops!
Generic Popup