Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Hak Asasi Manusia

Hak Asasi Manusia
Di PDB, kami komited untuk menghormati hak asasi manusia dalam semua aspek perniagaan kami, dipandu oleh Polisi Hak Asasi Manusia PDB dan selaras dengan piawaian antarabangsa dan mematuhi undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.
Melalui inisiatif strategik Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (BHR), kami mengintegrasikan prinsip hak asasi manusia ke seluruh rantaian nilai kami, merangkumi pekerja, pembekal, kontraktor, rakan kongsi dan komuniti di mana kami beroperasi. Dengan menggabungkan penghormatan terhadap maruah manusia ke dalam polisi dan amalan kami, kami mengukuhkan peranan kami sebagai perniagaan yang bertanggungjawab dan inklusif.

Bidang Utama Hak Asasi Manusia PDB:

• Buruh dan Keadaan Kerja (termasuk Rantaian Pembekalan)
• Kesejahteraan Komuniti
• Keselamatan dan Kesihatan Produk
Dokumen berkaitan:

Menilai Risiko Hak Asasi Manusia dan Menyediakan Akses kepada Mekanisme Pemulihan dalam Rantaian Nilai Kami
PDB mengintegrasikan hak asasi manusia di setiap peringkat rantaian nilai melalui tadbir urus korporat yang kukuh, pelaksanaan usaha wajar sosial yang berterusan serta mekanisme aduan yang telus dan berkesan. Kami kekal komited untuk menegakkan maruah dan hak semua pihak berkepentingan sebagai sebahagian daripada perjalanan kami ke arah memupuk Peralihan Adil.

Kami secara proaktif menilai impak terhadap hak asasi manusia secara berkala, serta menyampaikan dan mengintegrasikan keperluan hak asasi manusia dalam proses perniagaan teras kami melalui pengurusan kontrak, program jaminan dan penglibatan dengan pihak berkepentingan.

PDB menyediakan mekanisme aduan rasmi yang boleh diakses secara umum melalui saluran Mesralink kami.
Langkah-langkah ini mencerminkan komitmen kami untuk menangani kebimbangan pihak berkepentingan, mempromosikan amalan perniagaan yang bertanggungjawab serta menegakkan prinsip tadbir urus dan etika yang tinggi.

Dokumen berkaitan:
Ooops!
Generic Popup