Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Impak Sosial

Program Bantuan Komuniti
Di PDB, pendekatan pelaburan komuniti kami berasaskan prinsip dan proses yang jelas untuk memberikan impak yang bermakna dan boleh diukur. Semua program sejajar dengan PETRONAS Social Impact Management Framework (PSIMF), yang menetapkan tiga bidang tumpuan utama: Pendidikan, Kesejahteraan Komuniti dan Alam Sekitar
Menerapkan Semangat Kesukarelawanan
Bagi mengintegrasikan tanggungjawab sosial dalam budaya kerja kami, kami telah mewujudkan mekanisme khas bagi memudahkan penglibatan kakitangan, disokong oleh sasaran spesifik agar setiap kakitangan menyumbang sekurang-kurangnya satu jam setahun untuk aktiviti kesukarelawanan. Pendekatan ini memastikan impak positif menjadi tanggungjawab bersama di seluruh organisasi.
Tadbir Urus & Ketelusan
Aktiviti kami dilaksanakan dengan kerjasama agensi Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan tempatan. Setiap hasil program adalah tertakluk kepada audit pihak ketiga dan didedahkan dalam Laporan Bersepadu kami, selaras dengan piawaian Bursa Malaysia. Struktur tadbir urus ini memastikan usaha kami kekal telus, konsisten dan sejajar dengan jangkaan pihak berkepentingan.

Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

Sejak Julai 2023, PDB telah bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk melaksanakan program pengumpulan Minyak Masak Terpakai (UCO) di stesen PETRONAS seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan untuk menangani amalan pelupusan yang tidak betul, menyokong pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan menggalakkan penyertaan awam dalam ekonomi kitaran.

Sehingga September 2025, kami telah berjaya mengumpul lebih daripada 500,000 kg UCO dan melibatkan lebih daripada 115,000 orang, melebihi sasaran untuk tahun 2025 iaitu 500,000 kg dan 80,000 individu yang disentuh. Selain manfaat kepada alam sekitar, inisiatif ini turut memperkukuh kesedaran komuniti dan menyokong pembangunan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawapan, pelaksanaan program ini disemak melalui audit pihak ketiga dan didedahkan secara terbuka menerusi Laporan Bersepadu kami, selaras dengan piawaian Bursa Malaysia.

Inisiatif ini menyumbang kepada:
SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
SDG 13: Tindakan Memerangi Perubahan Iklim
Orang Kurang Upaya (OKU)
Pada tahun 2023, PDB telah bekerjasama dengan ENOKU, sebuah perusahaan sosial yang berdedikasi untuk memperkasakan Orang Kurang Upaya (OKU), menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Kepelbagaian dan Inklusi (D&I) kami. Melalui kerjasama ini, OKU telah diambil bekerja di 10 stesen PETRONAS meletakkan asas bagi usaha inklusiviti yang lebih meluas.

Susulan kejayaan ini, PDB telah memperluaskan inisiatif ini bagi mengintegrasikan lebih ramai pekerja OKU dalam pelbagai peranan, disokong oleh bimbingan kerja yang disesuaikan, penilaian kebolehcapaian tempat kerja dan Latihan Kesaksamaan OKU (DET) untuk pengusaha dan kakitangan stesen.
                                                                                                      PDB kekal komited untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang boleh diakses dan inklusif, dengan kemajuan dipantau melalui kadar pengekalan pekerja, kepuasan pekerja dan penambahbaikan kebolehcapaian.

Inisiatif ini menyumbang kepada:

SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi
SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamarataan
Social Enterprise Education Lab (SEEd.Lab)
PDB secara aktif menyokong SEEd.Lab, program inkubasi sosial terulung di Malaysia oleh PETRONAS dan Tata Consultancy Services, yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk membina perusahaan sosial yang bertanggungjawab.

Pada tahun 2024, PDB telah menyumbangkan sebanyak RM372,000 bagi mempercepatkan pertumbuhan perusahaan sosial di bawah SEEd.Lab dan menyumbang 112 jam kesukarelawanan untuk menyokong ENOKU, sebuah usaha sosial yang menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui sumbangan ini, PDB menggabungkan komitmen kewangan dengan penglibatan langsung dalam memajukan inovasi sosial.

Inisiatif ini menyumbang kepada:
SDG 4: Pendidikan Berkualiti
SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi

Inisiatif Lalu
Kami juga menggalakkan penyertaan pekerja kami dalam inisiatif TSK kerana ia merupakan peluang buat mereka untuk memberi kesan positif kepada masyarakat tempatan dan alam sekitar.
Air untuk Kehidupan
Di PETRONAS Dagangan, kami sentiasa komited untuk mencipta impak positif untuk komuniti di tempat kami beroperasi. Melalui kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), inisiatif "Water for Life" bukan sahaja memberi penyelesaian penyediaan bekalan air bersih – ia turut meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Sejak tahun 2013, kami telah memberi sokongan dan impak positif kepada komuniti merangkumi 12 buah negeri, 16 buah kampung dan seramai 8,650 orang penduduk. Usaha kami termasuk menaik taraf sistem air termasuk pemasangan paip, sistem penapisan air baharu, penyediaan tangki air dan infrastruktur kritikal.

Melalui inisiatif ini, komuniti yang kami bantu kini mendapat akses kepada air yang bersih, di samping meningkatkan tahap kebersihan mereka secara keseluruhan.
Bantuan Banjir ROVR
Ketika banjir besar baru-baru ini, ROVR telah membuktikan kemampuannya sebagai penyelesaian inovatif dengan menyediakan bahan api untuk menghidupkan 20 generator bagi menggerakkan 10 pam air sementara.
Bantuan Banjir Temerloh – 8 Januari 2021
Bantuan Banjir Shah Alam – 21 Disember 2021
PETRONAS Coffee Break
Objektif kempen PETRONAS Coffee Break adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dan mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk merehatkan dan menyegarkan mata dan badan. Program ini diadakan setiap kali menjelang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Hari Kaamatan dan Hari Gawai.
PETRONAS StreetSmart
PETRONAS StreetSmart adalah sebuah inisiatif di peringkat akar umbi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda. Sejak inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2013, ia telah memanfaatkan lebih 5,000 pelajar dari lebih 35 sekolah di seluruh negara. Sebelum pandemik, PETRONAS StreetSmart telah dilaksanakan secara fizikal, namun, selaras dengan komitmen kami untuk mengutamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar, kami telah beralih ke platform maya dan membangunkan program rintis untuk format ini.

Bagi memberi nilai tambah kepada inisiatif ini, PETRONAS StreetSmart tahun ini memperkenalkan pelajar kepada konsep Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking) sepanjang proses pembentukan idea, pembangunan prototaip dan peringkat pitching, bagi membolehkan mereka untuk membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (High Order Thinking Skill, HOTS).

Untuk StreetSmart tahun ini, SMK Aminuddin Baki telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama, manakala SMK Puteri Titiwangsa telah dinobatkan sebagai naib johan. Tiga lagi finalis iaitu SMK Serendah, Putrajaya Presint 5(1) and SMK La Salle, Petaling Jaya, menerima hadiah sagu hati.

PETRONAS Dagangan Berhad Virtual StreetSmart Design Thinking Challenge 2021 berlangsung dari 9 Oktober hingga 13 November 2021, dan melibatkan 100 pelajar daripada 20 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Khidmat Komuniti Ramadan
Program Khidmat masyarakat Ramadan oleh PETRONAS adalah inisiatif untuk memberi dan berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang berkemampuan lebih lagi pada bulan suci Ramadan, dan juga untuk meneruskan tradisi masyarakat iaitu memasak Bubur Lambuk - makanan kegemaran istimewa berbuka puasa. Kami berpeluang mengurangkan beban 450 orang daripada lima buah rumah kebajikan dan sekaligus meneruskan tradisi mengedar Bubur Lambuk Masjid Jamek kepada masyarakat setempat.
Ooops!
Generic Popup