Integriti menjadi asas kepada cara kami beroperasi, membentuk keputusan dan tingkah laku di setiap peringkat dalam PDB. Tadbir urus yang kukuh dan etika perniagaan yang tinggi merupakan tunjang budaya kami, memastikan kebertanggungjawapan, ketelusan dan rasa hormat dalam setiap urusan.
Berpandukan Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan PETRONAS (CoBE) serta Polisi Sumber Manusia kami, garis panduan yang jelas telah ditetapkan untuk menangani salah laku dan ketidakpatuhan. Pekerja dan pihak luar boleh melaporkan sebarang pelanggaran melalui saluran Pemberi Maklumat (Whistleblowing) yang membolehkan laporan tanpa nama dikendalikan secara professional oleh pegawai terlatih. Siasatan dijalankan mengikut prosedur yang teratur dan tindakan pembetulan akan diambil apabila perlu.
Sebarang pelanggaran CoBE akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan dan hasil siasatan direkodkan secara sistematik bagi memperkukuh pembelajaran organisasi. Pemantauan terhadap pelaksanaan CoBE termasuk laporan pemberi maklumat dan hasil siasatan berada di bawah pengawasan Lembaga Pengarah, manakala PETRONAS menjalankan penilaian berkala bagi memastikan keberkesanan yang berterusan.
Bagi memupuk budaya beretika yang kukuh, latihan CoBE diwajibkan kepada semua warga kerja. Langkah ini kekal sebagai tonggak utama identiti korporat kami dalam memperkukuh komitmen bersama terhadap integriti dan tanggungjawab.
Inisiatif ini menyumbang kepada: SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat
Apa Itu CoBE PETRONAS?
Merupakan sebuah rujukan umum untuk kegunaan di semua negara yang menjalankan operasi PETRONAS. Ia tidak menerangkan semua undang-undang atau Polisi PETRONAS yang digunakan, atau memberi butiran lengkap mengenai undang-undang atau polisi yang tertentu.