PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B10 / B20): RM 6.72 (Peninsular Malaysia), PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B10 / B20): RM 2.15 (Sabah & Sarawak)

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B7): RM 6.92 (Peninsular Malaysia), PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B7): RM 2.35 (Sabah & Sarawak)

PETRONAS Primax 97 with Pro-Race: RM 5.35

PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive (BUDI95): RM 1.99, PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive: RM 4.27

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B10 / B20): RM 6.72 (Peninsular Malaysia), PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B10 / B20): RM 2.15 (Sabah & Sarawak)

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B7): RM 6.92 (Peninsular Malaysia), PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B7): RM 2.35 (Sabah & Sarawak)

PETRONAS Primax 97 with Pro-Race: RM 5.35

PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive (BUDI95): RM 1.99, PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive: RM 4.27

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B10 / B20): RM 6.72 (Peninsular Malaysia), PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B10 / B20): RM 2.15 (Sabah & Sarawak)

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B7): RM 6.92 (Peninsular Malaysia), PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive (B7): RM 2.35 (Sabah & Sarawak)

PETRONAS Primax 97 with Pro-Race: RM 5.35

PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive (BUDI95): RM 1.99, PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive: RM 4.27

PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

BUDI MADANI RON95

Cara Paling Mudah Mendapatkan
BUDI MADANI RON95 dengan Setel

One Tap Convenience
Fast Process
No IC Required

Setel ialah cara paling mudah untuk menikmati BUDI MADANI RON95 tanpa langkah yang rumit atau menunggu lama. Sahkan MyKad anda sekali sahaja dan seterusnya boleh mengisi minyak tanpa ia. Anda juga boleh menyemak kelayakan dan baki BUDI MADANI RON95 anda sambil menikmati kemudahan tanpa tunai dan tanpa kad sepenuhnya. Selain itu, anda akan terus mengumpul mata Ganjaran Mesra, menjejaki perbelanjaan, dan mengurus semua keperluan pengisian minyak dalam satu aplikasi.

Cara Paling Mudah dan Menguntungkan. Senangnya!

Gunakan Setel untuk BUDI MADANI RON95 dan nikmati sehingga 3x mata Ganjaran Mesra!

Sahkan MyKad sekali, isi minyak bila-bila masa
Sahkan MyKad sekali, isi minyak bila-bila masa
Lebih Pantas dengan Pengisian Satu Sentuhan
Lebih Pantas dengan Pengisian Satu Sentuhan
Kumpul dan tebus sehingga 3x mata Ganjaran Mesra
Kumpul dan tebus sehingga 3x mata Ganjaran Mesra

Cara Lain Menikmati BUDI MADANI RON95

Pilih kaedah pembayaran untuk maklumat lanjut

  • Di pam
  • Masuk ke Kedai Mesra
  • Melalui Setel Lite
  • Melalui Touch ‘n Go eWallet

Di pam

  • Pilih jumlah & buat pembayaran dengan kad
  • Masukkan MyKad melalui terminal pembayaran
  • Ikuti arahan pada skrin

Langkah 1

Pilih jumlah & buat pembayaran

Langkah 2

Masukkan MyKad untuk semak kelayakan BUDI95

Langkah 3

Jika layak, tekan Teruskan Pembelian

Jika tidak layak, pembelian akan dibuat pada harga biasa

Langkah 4

Angkat muncung dan mula mengisi minyak

Ingin lebih ganjaran? Masukkan nombor telefon anda untuk mengumpul mata Ganjaran Mesra

Langkah 5

Terima resit akhir selepas pengisian untuk butiran pembayaran BUDI95

Masuk ke Kedai Mesra

  • Sahkan kelayakan dengan MyKad
  • Bayar dengan tunai/kad

Langkah 1

Masukkan MyKad untuk semak kelayakan BUDI95

Langkah 2

Setelah pengesahan selesai, teruskan dengan pembelian anda

Langkah 3

Buat pembayaran dan isi minyak

Ingin lebih ganjaran? Masukkan nombor telefon anda untuk mengumpul mata Ganjaran Mesra
 

Langkah 4

Terima resit akhir selepas pengisian minyak

Melalui Setel Lite

  • Untuk telefon lama
  • Mesra data
  • Tidak mengambil ruang telefon
  • Kumpul sehingga 3x mata
  • Semak kelayakan & sahkan akaun
  • Isi minyak dari kenderaan anda
  • Isi minyak melalui kaunter juruwang

Semak Kelayakan (sekali sahaja)

  1. Ketik BUDI95
  2. Ketik Semak Kelayakan

Sahkan akaun – eKYC
(sekali sahaja)

  1. Ketik Semak Kelayakan
  2. Ketik Sahkan Kelayakan
  3. Ambil gambar MyKad anda
  4. Ambil swafoto
  5. Lengkapkan maklumat tambahan

1. Ketik Pembelian Minyak

2. Pilih nombor pam, jumlah, dan RON95
3. Aktifkan BUDI95

4. Lihat jumlah minyak diterima
5. Lihat jumlah pembayaran

1. Ketik Bayar

2. Maklumkan jumlah & nombor pam kepada juruwang

3. Aktifkan BUDI95

4. Tunjukkan barcode kepada juruwang

Isi Minyak BUDI MADANI RON95
melalui Touch ‘n Go eWallet

Langkah 1

Ketik 'More'

Langkah 2

Cari PETRONAS melalui Setel

Langkah 3

Ketik Pembelian Minyak

Langkah 4

Pilih nombor pam, jumlah, dan RON95

Langkah 5

Bayar dengan TNG eWallet

Langkah 6

Lihat jumlah minyak diterima

Langkah 7

Lihat jumlah pembayaran

Soalan Lazim

Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat:

  • 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 akan dibuka kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
  • 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 akan dibuka kepada penerima STR yang terdiri daripada golongan B40; dan
  • 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 akan dibuka kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah.

Bermula 30 September 2025, warganegara Malaysia yang layak menerima subsidi akan menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah program BUDI95.

Bagaimanapun, anggota polis dan tentera akan diberikan akses lebih awal bermula 27 September 2025 dan penerima STR daripada golongan B40 pada 28 September 2025.

Jika anda tidak layak menerima skim BUDI95, anda perlu membayar pada harga pasaran terkini.

Anda boleh rujuk laman web PETRONAS Mesra di https://www.mymesra.com.my/ atau laman web Setel di https://www.setel.com/latest-fuel-prices-malaysia.

Untuk mendapat kelayakan BUDI95, anda mestilah warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas, mempunyai lesen memandu yang sah dan MyKad yang masih berfungsi. Setiap individu mempunyai siling kelayakan bulanan sebanyak 200 liter untuk pembelian petrol RON95 pada harga minyak BUDI95 (baki kelayakan BUDI95 adalah lebih tinggi untuk pemandu e-hailing).

1. Melalui portal rasmi

  • Layari www.budimadani.gov.my
  • Pilih “BUDI MADANI RON95”
  • Pilih “BUDI MADANI INDIVIDU 95"
  • Masukkan nombor MyKad anda → sistem akan memaparkan kelayakan serta baki kelayakan BUDI95 anda.

2. Melalui aplikasi SETEL

  • Buka aplikasi Setel di telefon pintar anda.
  • Cari dan klik butang “BUDI95”
  • Pilih “Semak Kelayakan”.
  • Jika anda masih belum sahkan akaun e-KYC anda, sila muat naik MyKad dan ambil gambar swafoto (atau ’selfie’) anda serta mengisi butiran peribadi yang diperlukan.
  • Setelah akaun disahkan, aplikasi akan memaparkan kelayakan dan baki kelayakan BUDI95.

3. Di stesen minyak

  • Di pam minyak, masukkan MyKad anda ke dalam pembaca kad (selepas memilih jumlah RM yang dikehendaki dan masukan kad Kredit/Debit)
  • Di kaunter juruwang, masukkan MyKad anda ke dalam terminal untuk sahkan kelayakan BUDI95 serta-merta (sebelum pembayaran tunai/kad)

4. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95

Kelayakan bersasar

  • Hanya warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan keatas dengan:
  • Lesen memandu yang sah (disahkan oleh JPJ)
  • MyKad yang berfungsi (untuk pengesahan)

Baki Kelayakan BUDI95

  • Setiap warganegara Malaysia yang layak akan menerima 200 liter sebulan baki kelayakan BUDI95.
  • Pemandu e-hailing boleh memohon subsidi tambahan (Sila rujuk kepada Seksyen e-hailing dalam Soalan Lazim (FAQ) ini)
  • Pembelian yang melebihi baki kelayakan BUDI95 akan dikenakan pada harga pasaran terkini.

Pengesahan Digital

  • Di stesen minyak, pengesahan boleh dilakukan melalui:
  • Masukkan MyKad di pam/OPT (selepas memilih jumlah RM yang dikehendaki dan masukan kad Kredit/Debit), atau
  • Menggunakan aplikasi Setel (memastikan pengisian yang lebih mudah dan efisien)
  • Harga akan ditetapkan secara automatik berdasarkan baki kelayakan BUDI95 anda.

Penolakan Serta-merta

  • Setiap pembelian minyak akan serta-merta menolak jumlah liter yang digunakan daripada baki kelayakan BUDI95 anda.
  • Setelah baki kelayakan BUDI95 anda digunakan sepenuhnya, anda akan dikenakan harga pasaran terkini yang dipaparkan di pam minyak secara automatik sehingga baki kelayakan BUDI95 anda diset semula pada bulan berikutnya.

Kemas kini bulanan

  • Baki BUDI95 akan diset semula pada hari pertama setiap bulan.
  • Anda tidak boleh membawa baki ke bulan hadapan — baki kelayakan BUDI95 yang tidak digunakan akan dilupuskan.

Terdapat 4 cara untuk anda menikmati BUDI95 di stesen PETRONAS.

Melalui aplikasi Setel

  • [Bukan Pengguna Setel] Muat turn aplikasi Setel dan lengkapkan pendaftaran termasuk e-KYC.
  • Buka aplikasi Setel dan pastikan baki kelayakan BUDI95 anda mencukupi.
  • Kenalpasti nombor pam dan masukkan jumlah pengisian (RM)
  • Tunggu sehingga pam diaktifkan
  • Isi dan kumpul sehingga 3x Mata Ganjaran Mesra Rewards.

Melalui “PETRONAS via Setel” di aplikasi TNG

  • Buka aplikasi TNG
  • Cari butang “PETRONAS via Setel”.
  • Lengkapkan pendaftaran kali pertama (pastikan nombor telefon yang didaftarkan di Setel adalah sama dengan nombor telefon aplikasi TNG anda)
  • Kenalpasti nombor pam dan masukan jumlah pengisian (RM)
  • Tunggu sehingga pam diaktifkan.
  • Mulakan pengisian – pembayaran akan ditolak melalui baki e-wallet TNG anda.

Pembayaran melalui kad debit/kredit di terminal pembayaran luar (OPT)

  • Pilih atau masukkan amaun yang anda inginkan.
  • Masukkan atau sentuh kad bank pada terminal kad
  • Masukkan kad pengenalan anda pada pembaca kad untuk pengesahan kelayakan BUDI95.
  • Angkat nozel untuk memulakan pengisian.
  • Tekan “Cetak Resit” selepas pengisian selesai (optional)

Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.

Melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT)

  • Berikan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan kelayakan BUDI95.
  • Pastikan baki kelayakan BUDI95 mencukupi sebelum maklumkan kepada juruwang jumlah yang anda inginkan.
  • Bayar menggunakan wang tunai/kad kredit/kad debit.
  • Mulakan pengisian selepas juruwang mengaktifkan pam anda.

Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.

Setiap pemandu yang layak akan menerima 200 liter baki kelayakan BUDI95 setiap bulan.

1. Dengan menggunakan aplikasi Setel (disarankan)

  • Buka aplikasi Setel di telefon pintar anda.
  • Klik butang “BUDI95”.
  • Baki kelayakan BUDI95 bulanan anda akan dipaparkan serta-merta.

2. Di stesen PETRONAS

Di kaunter juruwang:

  • Tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan dan semak baki kelayakan BUDI95 anda.

3. Melalui laman web BUDI Madani

  • Layari www.budimadani.gov.my dan masukkan nombor MyKad anda.
  • Portal akan paparkan status kelayakan anda dan baki kelayakan BUDI95 terkini. (Bermula daripada 30 September 2025)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Budi Madani di:

Jika anda telah gunakan keseluruhan 200 liter kelayakan BUDI95 bulanan anda, sebarang pembelian RON95 tambahan dalam bulan yang sama akan dikenakan harga pasaran terkini.

Ya. Anda boleh kumpul mata ganjaran sehingga 3x mata ganjaran dengan Setel dan 1x mata ganjaran dengan Cardless Mesra.

Sila hubungi Budi Madani di:

Ya, anda layak jika anda adalah rakyat Malaysia, kenderaan didaftarkan di Malaysia, dan mempunyai pengesahan pemandu e-hailing dengan lesen PSV yang sah.

Pemandu e-hailing yang layak akan menerima quota subsidi sehingga 800 liter sebulan.

Untuk maklumat lanjut, pemandu e-hailing boleh hubungi Budi Madani di:

Ketahui kelayakan BUDI95 untuk kenderaan syarikat anda di www.mysubsidi.kpdn.gov.my.

Jika permohonan syarikat anda lengkap dan memenuhi semua kriteria kelayakan, kelulusan akan diberikan pada hari yang sama.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BUDI95 untuk syarikat, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667.

Pastikan anda mempunyai surat pengesahan rasmi kelayakan BUDI95 untuk Syarikat anda daripada KPDN.

  • Layari https://mysubsidi.kpdn.gov.my untuk daftar dan dapatkan surat pengesahan BUDI95.
  • Setelah mendapatkan surat pengesahan, anda boleh membuat permohonan kad PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.
  • Sila pastikan anda bersedia dengan dokumen sokongan yang lengkap dan sah.
  • Permohonan akan diproses dalam 21 hari bekerja untuk kami sahkan semua dokumen dan mengeluarkan kad PETRONAS SmartPay anda.
  • Setelah permohonan diluluskan dan anda telah menerima kad PETRONAS SmartPay, aktifkan kad tersebut dan anda boleh mula membeli RON95 dengan harga minyak BUDI95.

Langkah untuk aktifkan kad PETRONAS SmartPay:

  • Log masuk ke Portal SmartPay Online (SPO)
  • Pilih “Account & Card Management” > “Card Info & Setting”.
  • Di bahagian “Card Listing”, tekan tab “Pending Active Cards”.
  • Pilih kad yang ingin diaktifkan dan tekan “Activate”.
  • Tekan “Send OTP” – kod OTP akan dihantar ke emel berdaftar anda.
  • Masukkan OTP dan tekan “Activate”. Kad anda akan dipaparkan di tab “Active Cards” selepas berjaya diaktifkan.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI95 didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

  • Nombor akaun PETRONAS SmartPay
  • Nombor kad PETRONAS SmartPay
  • Surat Pengesahan KPDN
  • Senarai Kenderaan KPDN

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI95 tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

Kami akan mengemaskini akaun dan aktifkan BUDI95 pada kad PETRONAS SmartPay anda setelah kami menerima dokumen-dokumen di atas.

- Hanya kenderaan yang telah diluluskan oleh KPDN sahaja yang layak menerima BUDI95. Sila semak atau buat permohonan kelayakan BUDI95 melalui portal rasmi kerajaan.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BUDI95 untuk syarikat, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667.

Mekanisme BUDI95 adalah berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Oleh itu, anda perlu mempunyai cukai jalan yang sah untuk layak menerima BUDI95.

Setiap Kad Tunai PETRONAS SmartPay telah dipautkan pada kenderaan yang layak. Jika anda mepunyai kenderaan baru yang layak, sila mohon Kad Tunai yang baru untuk kenderaan tersebut.

Pastikan anda mempunyai surat pengesahan rasmi kelayakan BUDI95 untuk Syarikat anda daripada KPDN.

  • Layari https://mysubsidi.kpdn.gov.my untuk daftar dan dapatkan surat pengesahan BUDI95.
  • Setelah mendapatkan surat pengesahan, anda boleh membuat permohonan Kad Tunai PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.
  • Sila pastikan anda bersedia dengan dokumen sokongan yang lengkap dan sah.
  • Setelah permohonan diluluskan dan anda telah menerima Kad Tunai PETRONAS SmartPay, anda boleh mula membeli RON95 dengan harga minyak BUDI95.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi / layari

Berkenaan KPDN:

Berkenaan Kad PETRONAS SmartPay:

Syarikat yang mempunyai baki kelayakan BUDI95 yang mencukupi akan menikmati harga BUDI95 secara serta-merta dengan menggunakan kad PETRONAS SmartPay (Prepaid, Postpaid & Cash Card).

Untuk pelanggan baharu:

Pendaftaran boleh dilakukan di portal mysubsidi.kpdn.gov.my.

Setelah mendaftar, Syarikat boleh memohon kad minyak daripada syarikat minyak pilihan mereka untuk digunakan di stesen minyak. Anda boleh memohon kad PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.

Untuk pelanggan sedia ada:

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI95 didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

  • Nombor akaun PETRONAS SmartPay
  • Nombor kad PETRONAS SmartPay
  • Surat Pengesahan KPDN
  • Senarai Kenderaan KPDN

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI95 tetapi BELUM didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

Syarikat yang mempunyai baki kelayakan BUDI95 yang mencukupi akan menikmati harga minyak BUDI95 secara serta-merta dengan menggunakan kad PETRONAS SmartPay (Prepaid, Postpaid & Cash Card).

Harga Individu: RM 1.99
Harga Syarikat: RM 2.15

Untuk memastikan kenderaan syarikat anda dapat menikmati harga minyak BUDI95, anda perlu memohon kad PETRONAS SmartPay — sama ada Prepaid, Postpaid, atau Subsidy ID (Cash Card), bergantung kepada keperluan operasi serta status kelulusan daripada KPDN.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad PETRONAS SmartPay, sila rujuk PETRONAS SmartPay FAQs - MyMesra.

Ikuti langkah berikut untuk aktifkan kad PETRONAS SmartPay anda seperti di bawah:

  • Log masuk ke Portal SmartPay Online (SPO)
  • Pilih “Account & Card Management” > “Card Info & Setting”.
  • Di bahagian “Card Listing”, tekan tab “Pending Active Cards”.
  • Pilih kad yang ingin diaktifkan dan tekan “Activate”.
  • Tekan “Send OTP” – kod OTP akan dihantar ke emel berdaftar anda.
  • Masukkan OTP dan tekan “Activate”. Kad anda akan dipaparkan di tab “Active Cards” selepas berjaya diaktifkan

Setiap nombor SSM hanya layak untuk satu permohonan BUDI95. Jika terdapat beberapa nombor SSM yang didaftarkan kepada kenderaan yang Syarikat anda gunakan, anda boleh memohon untuk BUDI95 menggunakan setiap nombor SSM secara berasingan.

Anda boleh membuat bayaran untuk akaun PETRONAS SmartPay dengan mudah melalui kaedah pembayaran yang tersedia mengikut jenis akaun anda (prabayar/pasca bayar), iaitu:

  • CIMB Virtual Account (CIMB VA)
  • Pembayaran di Stesen PETRONAS

Anda juga boleh menyemak baki dan maklumat kaedah pembayaran dalam Penyata Akaun (SOA) bulanan, yang boleh dimuat turun melalui portal SmartPay Online dan/atau dihantar ke alamat berdaftar anda atas permintaan.

Rujuk SmartPay FAQs

Klik sini untuk melihat dokumen yang diperlukan bagi permohonan Kad PETRONAS SmartPay anda.

Ya, anda boleh memohon untuk BUDI95 terlebih dahulu dan menghantar surat kelulusan tersebut bersama permohonan kad PETRONAS SmartPay kepada Mesralink.

Anda boleh mengimbas kod QR yang terdapat pada resit transaksi dan mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan e-Invois transaksi anda. e-Invois tersebut akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI95 didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

  • Nombor akaun PETRONAS SmartPay
  • Nombor kad PETRONAS SmartPay
  • Surat Pengesahan KPDN
  • Senarai Kenderaan KPDN

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI95 tetapi BELUM didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

Semua pelanggan PETRONAS SmartPay (Postpaid, Prepaid, Cash Card) tidak layak menerima Mata Ganjaran Mesra.

Rujuk SmartPay FAQs

Di bawah program, harga minyak RON95 berbeza mengikut status kelayakan Syarikat:

Syarikat yang layak BUDI95

  • Syarikat yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan berdaftar untuk BUDI95 boleh layak membeli RON95 pada harga RM 2.15 seliter.
  • Kadar khas ini terpakai untuk kenderaan yang diluluskan dan mempunyai kad minyak yang aktif.

Syarikat yang tidak layak BUDI95

  • Syarikat tidak berdaftar atau mendapat kelulusan BUDI95 akan membayar pada harga pasaran.

Kad PETRONAS SmartPay tidak boleh digunakan bersama MyKad anda untuk membeli RON95 dengan harga minyak BUDI95 untuk kegunaan Syarikat atau kenderaan komersial walaupun anda layak secara individu.

``

Muat turun Setel sekarang!
Nikmati sehingga 3x Mata Ganjaran Mesra!

Jika anda pemilik perniagaan, ketahui di sini cara menikmati bahan api bersubsidi (Diesel dan Petrol) melalui SmartPay.

SmartPay

Cardless Smartpay
 

Perlu bantuan?

Tanya kru Stesen PETRONAS kami atau hubungi Mesralin

Ada soalan tentang kelayakan subsidi atau pendaftaran?

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots