PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

ROVR

Cara Baharu dan Inovatif Untuk Mengisi Minyak

Penyelesaian Penghantaran Bahan Api Untuk Perniagaan Yang Bijak

Masih menghantar kenderaan anda ke stesen minyak setiap pagi? Dengan perkhidmatan ROVR, perkara itu kini tinggal kenangan! Berikan pemandu anda masa tambahan untuk bersiap sedia, sementara kenderaan mereka diisi minyak terus di lokasi anda.

Lancar

Pesan bahan api terus dari aplikasi ROVR, dan kami akan menghantar lori tangki mengikut tarikh serta masa pilihan anda (mudah sahaja!).

Mudah

Pengisian minyak tanpa gangguan tanpa perlu keluar dari depo anda. Tiada masa terbuang, lebih banyak wang dijimatkan.

Selamat

Lori tangki dan Mini PCS kami diperakui selamat oleh badan kawal selia untuk tujuan pengisian minyak di lokasi.

Mengenai ROVR

Membawa Kemudahan Kepada Rakan Niaga Sejak 2018

ROVR telah berkhidmat kepada pelanggan komersial (B2B) sejak projek rintisnya pada Oktober 2018, dan telah menghantar lebih 40 juta liter bahan api sehingga kini. ROVR memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan bahan api tanpa gangguan kepada pelbagai armada kenderaan, terutamanya semasa tempoh pandemik yang mencabar.

Bahan Api Berkualiti Dalam Lori Yang Diperakui Selamat

 

ROVR menyediakan penghantaran berjadual PETRONAS Dynamic Diesel kepada pelanggan B2B, memberikan pengalaman pengurusan logistik yang lancar bagi setiap armada. Selain itu, ROVR juga mampu menghantar PETRONAS Primax 95 atau 97 kepada pengguna massa.

Lori bahan api ROVR dijamin selamat dan diperakui mengikut syarat Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan, dan Alam Sekitar (HSSE) yang ketat oleh pihak berkuasa nasional. Setiap lori dilengkapi sensor untuk memantau maklumat penting dan mengekalkan keselamatan operasi pada setiap masa.

Penghantaran Terus

Penghantaran bahan api mudah alih terus ke depan pintu anda

Produk pertama ROVR, iaitu servis penghantaran terus, dicipta khas dengan mengutamakan rakan niaga kami; kami mahukan pengalaman yang lancar dan mudah untuk anda dalam urusan pengisian minyak. Dengan servis ini, pesanan bahan api menjadi sangat mudah—anda hanya perlu menunggu lori dan krew terlatih kami tiba di lokasi anda.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut: rovr@petronas.com.my.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots