PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

Gas Memasak Nombor 1 di Malaysia

Gas PETRONAS

Apakah itu LPG (Mengenai Gas PETRONAS)

Gas Petroleum Cecair (LPG) ialah bahan api yang bersih, cekap dan dipercayai, digunakan secara meluas untuk memasak di rumah rakyat Malaysia.
LPG PETRONAS diproses dengan kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan haba yang konsisten, masakan lebih cepat, dan ketenangan fikiran untuk seisi keluarga.

Mengapa Nyalaan Biru Sebenar

Nyalaan biru sebenar menandakan pembakaran yang sempurna — lebih cekap, kurang jelaga, dan lebih selamat.
Dengan LPG PETRONAS, anda menikmati nyalaan biru yang stabil untuk haba optimum, melindungi peralatan dapur, dan memastikan dapur kekal bersih.

Pilih saiz LPG yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan rumah anda.

LPG PETRONAS ditawarkan dalam pelbagai pilihan silinder — sesuai untuk isi rumah kecil hingga keluarga besar — bagi memastikan kemudahan, fleksibiliti dan prestasi yang boleh dipercayai setiap hari.

(Tersedia dalam 12kg, 14kg & pilihan lain)

Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

LPG PETRONAS direka dengan ciri keselamatan, dan pematuhan kepada garis panduan penggunaan yang betul membantu memastikan penggunaan yang selamat di rumah. Langkah mudah daripada pemasangan hingga penyimpanan boleh memberi perlindungan maksimum kepada keluarga anda.

Soalan Lazim (FAQ) mengenai Inisiatif Pelaksanaan Penutup Keselamatan Putih Silinder LPG PETRONAS

Untuk Pelanggan Akhir

Bermula Januari 2025, Gas PETRONAS akan memperkenalkan dan melaksanakan inisiatif penutup putih bagi semua silinder LPG PETRONAS yang diedarkan di Melaka dan Negeri Sembilan (“Inisiatif”). Negeri-negeri lain di Malaysia akan terus menggunakan penutup hijau untuk silinder LPG PETRONAS mereka.

Inisiatif ini dirancang untuk meningkatkan kebolehkesanan produk dan memastikan pengedaran silinder LPG PETRONAS yang adil kepada pelanggan akhir. Secara khusus, ia bertujuan untuk:

  • Membezakan silinder LPG PETRONAS yang diedarkan di Melaka dan Negeri Sembilan daripada kawasan lain.
  • Mencegah penjualan tanpa kebenaran silinder LPG PETRONAS di luar kawasan yang ditetapkan.
  • Menegakkan amalan perniagaan yang adil dalam kalangan pengedar LPG PETRONAS. 

(secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”).

Harga dan kualiti silinder LPG PETRONAS akan kekal seperti sedia ada.

Inisiatif ini memastikan peruntukan silinder LPG PETRONAS yang betul bagi mengelakkan percanggahan pengedaran antara kawasan. Pelanggan akhir di Melaka dan Negeri Sembilan akan menerima silinder LPG PETRONAS dengan penutup putih, yang dikhaskan khusus untuk kawasan mereka.

Keputusan masa hadapan mengenai pelaksanaan inisiatif ini secara lebih meluas akan bergantung kepada keberkesanan Tujuan Inisiatif ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau penjelasan, sila hubungi Mesralink di talian 1-300-22-8888.

Tidak, Tujuan Inisiatif ini tidak berkaitan dengan kebimbangan keselamatan atau pengusikan produk.

Dapatkan LPG PETRONAS hari ini daripada pengedar sah berhampiran anda.

Dipercayai oleh isi rumah Malaysia — pilih LPG PETRONAS untuk pengalaman memasak yang cekap dan selamat setiap hari.

Gas PETRONAS@Station

Gas PETRONAS Home Delivery
 

Produk & Perkhidmatan Berkaitan

  • Temui Kejutan Bersama Setel

    Muat turun Setel hari ini

    QR Code
    Download on the App Store Get it on Google Play
  • Rancang Hentian Anda

    Cari stesen dengan kemudahan yang anda perlukan, di mana sahaja destinasi anda.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots