Jika saya merupakan pengguna PETRONAS SmartPay sedia ada dan layak untuk RON95/Diesel bersubsidi kerajaan (SKPS atau SKDS), bagaimanakah cara untuk memohon kad subsidi?
PETRONAS SmartPay boleh digunakan di lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara. Nikmati rangkaian stesen terbesar dengan pelbagai kemudahan ketika mengisi minyak untuk kenderaan dan armada anda.
Tempoh pemprosesan permohonan bergantung kepada penyerahan permohonan yang lengkap berserta semua dokumen sokongan yang diperlukan, bagi memastikan penilaian yang menyeluruh dan efisien.
Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad PETRONAS SmartPay saya?
Kad PETRONAS SmartPay prabayar dan pascabayar boleh diaktifkan melalui portal SmartPay Online. Sila rujuk dan ikuti langkah-langkah yang diberikan kepada anda semasa penerimaan kad.
Bagi Kad PETRONAS Subsidy ID (kad tunai), tiada tindakan diperlukan kerana pengaktifan adalah serta‑merta selepas kad diterima.
Ya. Dengan penggunaan kad cip yang dipertingkatkan, PETRONAS SmartPay menawarkan transaksi yang selamat dan boleh dipercayai di stesen. Penambahbaikan ini mengurangkan risiko kad diklon dan setiap kad dilindungi dengan PIN.
Sekiranya kad anda hilang atau dicuri, sila sekat kad anda dengan segera melalui platform pengurusan kenderaan fleetSmartPay Online.
Jika anda terlupa PIN, anda boleh memohon notifikasi PIN melalui talian khidmat pelanggan Mesralink.
Bagaimanakah cara untuk menjejak akaun Kad PETRONAS SmartPay saya?
Anda boleh mengakses SmartPay Online, portal pengurusan dan pemantauan Kad SmartPay. Melalui platform ini, anda boleh menjejak aktiviti kad secara masa nyata, melihat bayaran, memuat turun Penyata Akaun bulanan serta mengemas kini butiran kad.
Apakah yang perlu saya lakukan jika Kad PETRONAS SmartPay saya hilang?
Sila hubungi kami di 1‑300‑88‑8282 (Mesralink) untuk menyekat kad tersebut.
Penggunaan kad akan disekat serta‑merta. Bagi penggantian kad, sila hantar Borang Penyelenggaraan SmartPay kepada kami melalui e‑mel. Pelanggan bertanggungjawab ke atas semua caj yang dikenakan ke atas kad yang hilang sehingga notifikasi pertama diterima.
Adakah sebarang caj dikenakan untuk penggantian Kad PETRONAS SmartPay?
Kad yang didapati rosak akibat kerosakan akan diganti tanpa sebarang caj.
Walau bagaimanapun, caj penggantian RM10.00 bagi setiap kad akan dikenakan dalam situasi berikut:
Kad rosak atau tidak boleh digunakan akibat kecuaian pengguna
Kad diganti disebabkan pertukaran kenderaan atau pemandu
Apakah yang perlu dilakukan apabila pengguna Korporat PETRONAS SmartPay menukar kenderaan?
Sila hantar Borang Penyelenggaraan SmartPay kepada kami melalui e‑mel di mesralink@petronas.com.
Borang Penyelenggaraan SmartPay:
Untuk mengemas kini butiran kad seperti kemas kini had kad, pengaktifan/sekatan kad, permohonan kad baharu dan lain‑lain.
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi akaun PETRONAS SmartPay saya?
Anda boleh membuat pembayaran akaun SmartPay dengan mudah melalui kaedah pembayaran yang tersedia mengikut jenis akaun anda (prabayar/pascabayar), iaitu:
CIMB Virtual Account (CIMB VA)
Perbankan Internet
Perkhidmatan Kutipan (Collect Service)
Pembayaran di Stesen PETRONAS
Pembayaran Pukal (untuk agensi kerajaan)
Maklumat baki dan kaedah pembayaran boleh didapati dalam Penyata Akaun Bulanan (SOA) yang boleh dimuat turun melalui portal SmartPay Online dan/atau dihantar ke alamat berdaftar anda atas permintaan.
Bagi Kad Subsidy ID (Kad Tunai), tiada ikatan tunai atau prabayaran diperlukan. Bayar jumlah bersih sahaja menggunakan tunai atau kad kredit/debit semasa mengisi minyak.
Adakah pembayaran melalui JomPay dan Kad Kredit dibenarkan?
Tidak. Kami menggalakkan pelanggan untuk menggunakan Electronic Direct Debit melalui nombor CIMB Virtual Account (VA). Nombor VA boleh didapati dalam Penyata Akaun Bulanan (SOA) pelanggan.
Bolehkah saya menggunakan Kad SmartPay fizikal dan SmartPay Tanpa Kad (melalui aplikasi Setel) secara serentak?
Tidak buat masa ini. Anda hanya boleh membuat transaksi sama ada menggunakan Kad SmartPay fizikal atau SmartPay Tanpa Kad (melalui aplikasi Setel), dan bukan kedua-duanya serentak.
Saya tidak mempunyai akses ke portal kad, SmartPay Online. Apakah yang perlu saya lakukan?
SmartPay Online ialah portal untuk pengurusan dan pemantauan Kad SmartPay. Melalui portal ini, anda boleh melihat aktiviti semua kad, menyemak pembayaran, memuat turun Penyata Akaun Bulanan serta mengemas kini butiran kad.
Untuk mendaftar, sila muat turun borang di bawah dan hantar kepada Mesralink melalui e‑mel di mesralink@petronas.com.
Adakah kenderaan/syarikat saya layak untuk RON95/Diesel bersubsidi kerajaan?
Kenderaan atau syarikat anda layak sekiranya anda telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) atau Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Di manakah dan bagaimanakah cara untuk mendapatkan kelulusan Kad Subsidi daripada KPDN?
Anda perlu memohon kelulusan kad subsidi melalui Syarat Kelayakan (kpdn.gov.my).
Sila pastikan anda membaca dan memahami semua terma dan syarat sebelum membuat permohonan kelulusan daripada KPDN.
Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad PETRONAS SmartPay saya?
Kad PETRONAS SmartPay prabayar dan pascabayar boleh diaktifkan melalui portal SmartPay Online.
Sila rujuk dan ikuti langkah‑langkah yang diberikan kepada anda semasa penerimaan kad.
Bagi Kad PETRONAS Subsidy ID (Kad Tunai), tiada tindakan diperlukan kerana pengaktifan adalah serta‑merta selepas kad diterima.
Jika salah satu kenderaan saya didaftarkan di bawah nombor SSM yang berbeza, bagaimanakah cara untuk memohon SKPS/SKDS?
Setiap nombor SSM layak untuk satu permohonan SKPS/SKDS. Sekiranya kenderaan anda didaftarkan di bawah lebih daripada satu SSM, anda boleh memohon SKPS/SKDS menggunakan setiap nombor SSM secara berasingan.
Jika saya merupakan pengguna PETRONAS SmartPay sedia ada dan layak untuk RON95/Diesel bersubsidi kerajaan (SKPS atau SKDS), bagaimanakah cara untuk memohon kad subsidi?
Bagi pengguna SmartPay sedia ada dengan kenderaan layak SKPS/SKDS yang telah didaftarkan di bawah akaun SmartPay:
Sila sediakan maklumat berikut:
Nombor Akaun SmartPay
Surat Kelulusan SKPS/SKDS daripada KPDN
Lampiran Senarai Kenderaan SKPS/SKDS daripada KPDN
Bagi pengguna SmartPay sedia ada dengan kenderaan layak SKDS yang BELUM didaftarkan di bawah akaun SmartPay:
Sila sediakan dokumen berikut:
Borang Penyelenggaraan SmartPay (SmartPay Maintenance Form) yang lengkap (untuk permohonan kad baharu bagi kenderaan)
Surat Kelulusan SKPS/SKDS daripada KPDN
Lampiran Senarai Kenderaan SKPS/SKDS daripada KPDN
Sila hantarkan dokumen atau maklumat yang diperlukan ke mesralink@petronas.com.
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi Kad Subsidi PETRONAS SmartPay?
Anda boleh membuat pembayaran akaun SmartPay dengan mudah melalui kaedah pembayaran yang tersedia mengikut jenis akaun anda (prabayar/pascabayar), iaitu:
CIMB Virtual Account (CIMB VA)
Perbankan Internet
Perkhidmatan Kutipan (Collect Service)
Pembayaran di Stesen PETRONAS
Pembayaran Pukal (untuk agensi kerajaan)
Maklumat baki dan kaedah pembayaran boleh didapati dalam Penyata Akaun Bulanan (SOA) yang boleh dimuat turun melalui portal SmartPay Online dan/atau dihantar ke alamat berdaftar anda atas permintaan.
Bagi Kad Subsidy ID (Kad Tunai), tiada ikatan tunai atau prabayaran diperlukan. Bayar jumlah bersih sahaja menggunakan tunai atau kad kredit/debit semasa mengisi minyak.
Di manakah saya boleh mendapatkan Borang Penyelenggaraan (Maintenance Form)?
Borang Penyelenggaraan boleh didapati di sini. Borang yang telah lengkap boleh dihantar kepada Mesralink melalui e‑mel di mesralink@petronas.com.
Borang Penyelenggaraan SmartPay: Untuk mengemas kini butiran kad seperti kemas kini had kad, pengaktifan/sekatan kad, permohonan kad baharu dan lain‑lain.
Di manakah saya boleh mendapatkan Terma & Syarat (T&C) serta Notis Privasi bagi Kad PETRONAS SmartPay?
Terma & Syarat (T&C) boleh didapati di sini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan T&C dan/atau Notis Privasi kami, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami, Mesralink.