PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

Fast Process

Setel ialah cara paling mudah untuk menikmati BUDI MADANI RON95 tanpa langkah yang rumit atau menunggu lama. Sahkan MyKad anda sekali sahaja dan seterusnya boleh mengisi minyak tanpa ia. Anda juga boleh menyemak kelayakan dan baki BUDI MADANI RON95 anda sambil menikmati kemudahan tanpa tunai dan tanpa kad sepenuhnya. Selain itu, anda akan terus mengumpul mata Ganjaran Mesra, menjejaki perbelanjaan, dan mengurus semua keperluan pengisian minyak dalam satu aplikasi.

Ikuti langkah mudah dibawah

Cara lain untuk menikmati
BUDI MADANI RON95 & DIESEL
Pilih kaedah pembayaran untuk maklumat lanjut.
  • Di pam
  • Masuk ke Kedai Mesra
  • Melalui Setel Lite
  • Melalui Touch ‘n Go eWallet
Step 1: Pilih jumlah & buat pembayaran
LANGKAH 1
Pilih jumlah & buat pembayaran.
Step 2: card reader for inserting MyKad or PETRONAS SmartPay Subsidy ID
LANGKAH 2
Masukkan MyKad atau Kad Subsidi ID PETRONAS SmartPay untuk semak kelayakan.
Step 3: screen showing eligibility result and product selection
LANGKAH 3
Jika layak, tekan teruskan pembelian.
Jika tidak layak, pembelian akan dibuat pada harga biasa.
Step 4: hand lifting the fuel nozzle to start fuelling
LANGKAH 4
Angkat muncung dan mula mengisi minyak.
Ingin lebih ganjaran? Masukkan nombor telefon anda untuk mengumpul mata ganjaran Mesra Rewards.
Step 5: final printed receipt after fuelling
LANGKAH 5
Cetak resit akhir selepas pengisian untuk butiran pembayaran BUDI MADANI RON95 atau Diesel.
Step 1: phone reader screen prompting to swipe MyKad or card
LANGKAH 1
Masukkan MyKad untuk semak kelayakan BUDI MADANI RON95 atau Diesel.
Step 2: phone reader screen showing confirmed eligibility and subsidy balance
LANGKAH 2
Setelah pengesahan selesai, teruskan dengan pembelian anda.
Step 3: hand making payment and entering mobile number on keypad screen
LANGKAH 3
Buat pembayaran dan isi minyak.
Ingin lebih ganjaran? Masukkan nombor telefon anda untuk mengumpul mata ganjaran Mesra Rewards.
Step 4: hands holding the final printed receipt
LANGKAH 4
Terima resit akhir selepas pengisian minyak RON95 atau Diesel.

Semak Kelayakan (sekali sahaja)

  1. Ketik BUDI95
  2. Ketik Semak Kelayakan

Sahkan akaun – eKYC (sekali sahaja)

  1. Ketik Semak Kelayakan
  2. Ketik Sahkan Kelayakan
  3. Ambil gambar MyKad anda
  4. Ambil swafoto
  5. Lengkapkan maklumat tambahan
LANGKAH 1
Ketik Pembelian Minyak.
LANGKAH 2 & 3
Pilih nombor pam, jumlah, dan aktifkan BUDI MADANI.
LANGKAH 4 & 5
Lihat jumlah minyak diterima dan jumlah pembayaran.
LANGKAH 1
Ketik Bayar & maklumkan jumlah & nombor pam kepada juruwang.
LANGKAH 2
Aktifkan BUDI MADANI dan tunjukkan barcode kepada juruwang.
Step 1
LANGKAH 1

Cari PETRONAS melalui Setel.

.
Step 2
LANGKAH 2
Ketik Pembelian Minyak.
Step 3
LANGKAH 3
Pilih nombor pam, jumlah, dan produk bahan api.
Step 4
LANGKAH 4
Bayar dengan TNG eWallet.
Step 5
LANGKAH 5
Lihat jumlah minyak diterima & jumlah pembayaran.

PETRONAS SmartPay Banner

Soalan-Soalan Lazim

Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat:

  • 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 akan dibuka kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
  • 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 akan dibuka kepada penerima STR yang terdiri daripada golongan B40; dan
  • 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 akan dibuka kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah.

Bermula 30 September 2025, warganegara Malaysia yang layak menerima subsidi akan menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah program BUDI95.

Bagaimanapun, anggota polis dan tentera akan diberikan akses lebih awal bermula 27 September 2025 dan penerima STR daripada golongan B40 pada 28 September 2025.

Jika anda tidak layak menerima skim BUDI95, anda perlu membayar pada harga pasaran terkini.

Anda boleh rujuk laman web PETRONAS Mesra di https://www.mymesra.com.my/ atau laman web Setel di https://www.setel.com/latest-fuel-prices-malaysia.

Untuk mendapat kelayakan BUDI95, anda mestilah warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas, mempunyai lesen memandu yang sah dan MyKad yang masih berfungsi. Setiap individu mempunyai siling kelayakan bulanan sebanyak 200 liter untuk pembelian petrol RON95 pada harga minyak BUDI95. Baki kelayakan BUDI95 adalah lebih tinggi untuk pemandu e-hailing.

1. Melalui portal rasmi

  • Layari www.budimadani.gov.my
  • Pilih “BUDI MADANI RON95”.
  • Pilih “BUDI MADANI INDIVIDU 95”.
  • Masukkan nombor MyKad anda. Sistem akan memaparkan kelayakan serta baki kelayakan BUDI95 anda.

2. Melalui aplikasi SETEL

  • Buka aplikasi Setel di telefon pintar anda.
  • Cari dan klik butang “BUDI95”.
  • Pilih “Semak Kelayakan”.
  • Jika anda masih belum sahkan akaun e-KYC anda, sila muat naik MyKad dan ambil gambar swafoto (atau “selfie”) anda serta mengisi butiran peribadi yang diperlukan.
  • Setelah akaun disahkan, aplikasi akan memaparkan kelayakan dan baki kelayakan BUDI95.

3. Di stesen minyak

  • Di pam minyak, masukkan MyKad anda ke dalam pembaca kad selepas memilih jumlah RM yang dikehendaki dan memasukkan kad kredit/debit.
  • Di kaunter juruwang, masukkan MyKad anda ke dalam terminal untuk sahkan kelayakan BUDI95 serta-merta sebelum pembayaran tunai/kad.

4. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95

Kelayakan bersasar

  • Hanya warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas dengan lesen memandu yang sah, disahkan oleh JPJ.
  • MyKad yang berfungsi untuk pengesahan.

Baki Kelayakan BUDI95

  • Setiap warganegara Malaysia yang layak akan menerima 200 liter sebulan baki kelayakan BUDI95.
  • Pemandu e-hailing boleh memohon subsidi tambahan. Sila rujuk kepada seksyen e-hailing dalam Soalan Lazim ini.
  • Pembelian yang melebihi baki kelayakan BUDI95 akan dikenakan pada harga pasaran terkini.

Pengesahan Digital

  • Masukkan MyKad di pam/OPT selepas memilih jumlah RM yang dikehendaki dan memasukkan kad kredit/debit; atau
  • Menggunakan aplikasi Setel untuk pengisian yang lebih mudah dan efisien.
  • Harga akan ditetapkan secara automatik berdasarkan baki kelayakan BUDI95 anda.

Penolakan Serta-merta

  • Setiap pembelian minyak akan serta-merta menolak jumlah liter yang digunakan daripada baki kelayakan BUDI95 anda.
  • Setelah baki kelayakan BUDI95 anda digunakan sepenuhnya, anda akan dikenakan harga pasaran terkini yang dipaparkan di pam minyak secara automatik sehingga baki kelayakan BUDI95 anda diset semula pada bulan berikutnya.

Kemas kini bulanan

  • Baki BUDI95 akan diset semula pada hari pertama setiap bulan.
  • Anda tidak boleh membawa baki ke bulan hadapan. Baki kelayakan BUDI95 yang tidak digunakan akan dilupuskan.

Terdapat 4 cara untuk anda menikmati BUDI95 di stesen PETRONAS.

Melalui aplikasi Setel

  • Muat turun aplikasi Setel dan lengkapkan pendaftaran termasuk e-KYC.
  • Buka aplikasi Setel dan pastikan baki kelayakan BUDI95 anda mencukupi.
  • Kenalpasti nombor pam dan masukkan jumlah pengisian (RM).
  • Tunggu sehingga pam diaktifkan.
  • Isi dan kumpul sehingga 3x Mata Ganjaran Mesra Rewards.

Melalui “PETRONAS via Setel” di aplikasi TNG

  • Buka aplikasi TNG.
  • Cari butang “PETRONAS via Setel”.
  • Lengkapkan pendaftaran kali pertama. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan di Setel adalah sama dengan nombor telefon aplikasi TNG anda.
  • Kenalpasti nombor pam dan masukkan jumlah pengisian (RM).
  • Tunggu sehingga pam diaktifkan.
  • Mulakan pengisian. Pembayaran akan ditolak melalui baki e-wallet TNG anda.

Pembayaran melalui kad debit/kredit di terminal pembayaran luar (OPT)

  • Pilih atau masukkan amaun yang anda inginkan.
  • Masukkan atau sentuh kad bank pada terminal kad.
  • Masukkan kad pengenalan anda pada pembaca kad untuk pengesahan kelayakan BUDI95.
  • Angkat nozel untuk memulakan pengisian.
  • Tekan “Cetak Resit” selepas pengisian selesai (pilihan).

Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.

Melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT)

  • Berikan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan kelayakan BUDI95.
  • Pastikan baki kelayakan BUDI95 mencukupi sebelum maklumkan kepada juruwang jumlah yang anda inginkan.
  • Bayar menggunakan wang tunai/kad kredit/kad debit.
  • Mulakan pengisian selepas juruwang mengaktifkan pam anda.

Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.

Setiap pemandu yang layak akan menerima 200 liter baki kelayakan BUDI95 setiap bulan.

1. Dengan menggunakan aplikasi Setel (disarankan)

  • Buka aplikasi Setel di telefon pintar anda.
  • Klik butang “BUDI95”.
  • Baki kelayakan BUDI95 bulanan anda akan dipaparkan serta-merta.

2. Di stesen PETRONAS

  • Di kaunter juruwang, tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan dan semak baki kelayakan BUDI95 anda.

3. Melalui laman web BUDI Madani

  • Layari www.budimadani.gov.my dan masukkan nombor MyKad anda.
  • Portal akan paparkan status kelayakan anda dan baki kelayakan BUDI95 terkini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Budi Madani di:

Jika anda telah gunakan keseluruhan 200 liter kelayakan BUDI95 bulanan anda, sebarang pembelian RON95 tambahan dalam bulan yang sama akan dikenakan harga pasaran terkini.

Ya. Anda boleh kumpul mata ganjaran sehingga 3x mata ganjaran dengan Setel dan 1x mata ganjaran dengan Cardless Mesra.

Sila hubungi Budi Madani di:

BUDI MADANI Diesel ialah program subsidi diesel bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia yang layak membeli diesel pada harga subsidi. Pelanggan yang layak boleh menikmati subsidi ini melalui pengesahan MyKad di semua stesen minyak. Program ini menggunakan mekanisme yang sama seperti BUDI95.

BUDI MADANI Diesel akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

  • 27 Jun 2026 – Pelaksanaan di Semenanjung Malaysia (akses awal).
  • 1 Julai 2026 – Pelaksanaan di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Individu:

Akses Awal BUDI MADANI DIESEL kepada rakyat Malaysia yang layak di Semenanjung Malaysia akan menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter mulai 27 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026.

Mulai 1 Julai 2026, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati diesel pada harga RM2.10 seliter di bawah program BUDI MADANI DIESEL.

Syarikat:

Syarikat yang layak akan menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter di bawah program BUDI MADANI MYSUBSIDI DIESEL - Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0). Untuk maklumat lanjut, sila layari PETRONAS SmartPay.

Individu atau syarikat yang tidak layak di bawah skim BUDI MADANI DIESEL perlu membeli diesel pada harga pasaran semasa yang dipaparkan di pam minyak.

Untuk mendapat kelayakan BUDI MADANI DIESEL, anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah, lesen memandu yang sah, serta pemilik kenderaan berkuasa diesel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mempunyai cukai jalan yang masih aktif.

Tidak. Penerima sedia ada BUDI Diesel Individu akan beralih secara automatik kepada mekanisme MyKad BUDI MADANI DIESEL dan tidak perlu mengemukakan permohonan baharu.

1. Melalui portal BUDI MADANI

2. Melalui aplikasi SETEL

  • Buka aplikasi Setel di telefon pintar anda.
  • Cari dan klik butang “BUDI MADANI”.
  • Pilih “Semak Kelayakan”.
  • Jika anda masih belum sahkan akaun e-KYC anda, sila muat naik gambar MyKad dan ambil gambar swafoto (atau “selfie”) anda serta mengisi butiran peribadi yang diperlukan.
  • Setelah akaun disahkan, aplikasi akan memaparkan kelayakan dan baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL.

3. Di stesen minyak

  • Di pam minyak, masukkan MyKad anda ke dalam pembaca kad selepas memasukkan kad kredit/debit.
  • Di kaunter juruwang, masukkan MyKad anda ke dalam pembaca kad untuk sahkan kelayakan BUDI MADANI DIESEL serta-merta sebelum pembayaran tunai/kad.

4. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI MADANI

Individu yang layak di bawah BUDI MADANI DIESEL akan menerima kuota asas sebanyak 200 liter sebulan, dikongsi antara RON95 dan Diesel.

Ya. Pemilik kenderaan diesel jenis jip dan pikap yang layak boleh memohon kuota tambahan sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah kuota bulanan sehingga 300 liter.

Untuk permohonan kuota tambahan, individu boleh merujuk kepada saluran berikut:

  • Portal BUDI MADANI: www.budimadani.gov.my
  • Melalui kaunter cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang terdekat.

Ya. Sekiranya anda layak untuk BUDI MADANI DIESEL dan BUDI RON95, kuota subsidi bulanan anda boleh digunakan untuk pembelian diesel bersubsidi dan/atau RON95 bersubsidi mengikut keperluan anda. Sebarang penggunaan akan ditolak daripada baki kuota bulanan yang tersedia.

Kelayakan bersasar

  • Hanya warganegara Malaysia dengan lesen memandu yang sah, disahkan oleh JPJ.
  • Pemilik kenderaan berkuasa diesel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • MyKad yang berfungsi untuk pengesahan.

Baki Kelayakan

  • Setiap warganegara Malaysia yang layak akan menerima 200 liter sebulan, dikongsi antara RON95 dan Diesel.
  • Pemilik kenderaan diesel yang layak boleh memohon kuota tambahan sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah kuota bulanan sehingga 300 liter.
  • Pembelian yang melebihi baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL akan dikenakan pada harga pasaran terkini.

Pengesahan Digital

  • Masukkan MyKad di pam/OPT selepas memasukkan kad kredit/debit; atau
  • Masukkan MyKad ke dalam terminal pembaca MyKad di kaunter/Kedai Mesra; atau
  • Menggunakan aplikasi Setel untuk pengisian yang lebih mudah dan efisien.
  • Harga akan ditetapkan secara automatik berdasarkan baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL anda.

Penolakan Serta-merta

  • Setiap pembelian minyak akan serta-merta menolak jumlah liter yang digunakan daripada baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL anda.
  • Setelah baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL anda digunakan sepenuhnya, anda akan dikenakan harga pasaran terkini yang dipaparkan di pam minyak secara automatik sehingga baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL anda diset semula pada bulan berikutnya.

Kemas kini bulanan

  • Baki BUDI MADANI DIESEL akan diset semula pada hari pertama setiap bulan.
  • Anda tidak boleh membawa baki ke bulan hadapan. Baki kelayakan BUDI MADANI DIESEL yang tidak digunakan akan dilupuskan.

Terdapat 4 cara untuk anda menikmati BUDI MADANI DIESEL di stesen PETRONAS.

Melalui aplikasi Setel

  • Muat turun aplikasi Setel dan lengkapkan pendaftaran termasuk pengesahan e-KYC.
  • Buka aplikasi Setel dan pastikan baki kelayakan BUDI MADANI anda mencukupi.
  • Kenalpasti nombor pam dan masukkan jumlah pengisian (RM) atau liter.
  • Pilih jenis bahan api (Petrol / Diesel).
  • Tunggu sehingga pam diaktifkan.
  • Isi dan kumpul sehingga 3x Mata Ganjaran Mesra Rewards.

Melalui “PETRONAS via Setel” di aplikasi TNG

  • Buka aplikasi TNG.
  • Cari butang “PETRONAS via Setel”.
  • Lengkapkan pendaftaran kali pertama untuk membolehkan anda menggunakan fungsi PETRONAS via Setel dengan mudah. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan di Setel adalah sama dengan nombor telefon aplikasi TNG anda.
  • Kenalpasti nombor pam dan masukkan jumlah pengisian (RM) atau liter.
  • Pilih jenis bahan api (Petrol / Diesel).
  • Tunggu sehingga pam diaktifkan.
  • Mulakan pengisian. Pembayaran akan ditolak melalui baki e-wallet TNG anda.

Pembayaran melalui kad debit/kredit di terminal pembayaran luar (OPT)

  • Pilih atau masukkan amaun yang anda inginkan.
  • Masukkan atau sentuh kad bank pada terminal kad.
  • Masukkan kad pengenalan anda pada pembaca kad untuk pengesahan kelayakan BUDI MADANI.
  • Pilih jenis bahan api (Petrol / Diesel).
  • Angkat nozel untuk memulakan pengisian.
  • Tekan “Cetak Resit” selepas pengisian selesai (pilihan).

Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI MADANI DIESEL.

Melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT)

  • Masukkan MyKad anda ke dalam terminal pembaca di kaunter/Kedai Mesra untuk pengesahan kelayakan BUDI MADANI DIESEL.
  • Maklumkan jumlah amaun atau kuantiti liter yang diingini, jenis bahan api (Petrol / Diesel), serta nombor pam minyak yang berkenaan.
  • Bayar menggunakan wang tunai/kad kredit/kad debit.
  • Mulakan pengisian selepas juruwang mengaktifkan pam anda.

Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI MADANI DIESEL.

Sila hubungi Budi Madani di:

Ya, anda layak jika anda adalah rakyat Malaysia, kenderaan didaftarkan di Malaysia, dan mempunyai pengesahan pemandu e-hailing dengan lesen PSV yang sah.

Pemandu e-hailing yang layak akan menerima kuota subsidi sehingga 800 liter sebulan.

Untuk maklumat lanjut, pemandu e-hailing boleh hubungi Budi Madani di:

Ketahui kelayakan BUDI MADANI RON95 & DIESEL untuk kenderaan syarikat anda di www.mysubsidi.kpdn.gov.my.

Jika permohonan syarikat anda lengkap dan memenuhi semua kriteria kelayakan, kelulusan akan diberikan pada hari yang sama.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BUDI MADANI RON95 & DIESEL untuk syarikat, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667.

Pastikan anda mempunyai surat pengesahan rasmi kelayakan BUDI MADANI RON95 & DIESEL untuk syarikat anda daripada KPDN.

  • Layari https://mysubsidi.kpdn.gov.my untuk daftar dan dapatkan surat pengesahan BUDI MADANI RON95 & DIESEL.
  • Setelah mendapatkan surat pengesahan, anda boleh membuat permohonan kad PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.
  • Sila pastikan anda bersedia dengan dokumen sokongan yang lengkap dan sah.
  • Permohonan akan diproses dalam 21 hari bekerja untuk kami sahkan semua dokumen dan mengeluarkan kad PETRONAS SmartPay anda.
  • Setelah permohonan diluluskan dan anda telah menerima kad PETRONAS SmartPay, aktifkan kad tersebut dan anda boleh mula membeli RON95 dengan harga minyak BUDI MADANI RON95 & DIESEL.

Langkah untuk aktifkan kad PETRONAS SmartPay:

  • Log masuk ke Portal SmartPay Online (SPO).
  • Pilih “Account & Card Management” > “Card Info & Setting”.
  • Di bahagian “Card Listing”, tekan tab “Pending Active Cards”.
  • Pilih kad yang ingin diaktifkan dan tekan “Activate”.
  • Tekan “Send OTP”. Kod OTP akan dihantar ke emel berdaftar anda.
  • Masukkan OTP dan tekan “Activate”. Kad anda akan dipaparkan di tab “Active Cards” selepas berjaya diaktifkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari PETRONAS SmartPay.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

  • Nombor akaun PETRONAS SmartPay.
  • Nombor kad PETRONAS SmartPay.
  • Surat Pengesahan KPDN.
  • Senarai Kenderaan KPDN.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

Kami akan mengemaskini akaun dan aktifkan BUDI MADANI RON95 & DIESEL pada kad PETRONAS SmartPay anda setelah kami menerima dokumen-dokumen di atas.

Hanya kenderaan yang telah diluluskan oleh KPDN sahaja yang layak menerima BUDI MADANI RON95 & DIESEL. Sila semak atau buat permohonan kelayakan BUDI MADANI RON95 & DIESEL melalui portal rasmi kerajaan.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BUDI MADANI RON95 & DIESEL untuk syarikat, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667.

Mekanisme BUDI MADANI RON95 & DIESEL adalah berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Oleh itu, anda perlu mempunyai cukai jalan yang sah untuk layak menerima BUDI MADANI RON95 & DIESEL.

Setiap Kad Tunai PETRONAS SmartPay telah dipautkan pada kenderaan yang layak. Jika anda mempunyai kenderaan baru yang layak, sila mohon Kad Tunai yang baru untuk kenderaan tersebut.

Pastikan anda mempunyai surat pengesahan rasmi kelayakan BUDI MADANI RON95 & DIESEL untuk syarikat anda daripada KPDN.

  • Layari https://mysubsidi.kpdn.gov.my untuk daftar dan dapatkan surat pengesahan BUDI MADANI RON95 & DIESEL.
  • Setelah mendapatkan surat pengesahan, anda boleh membuat permohonan Kad Tunai PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.
  • Sila pastikan anda bersedia dengan dokumen sokongan yang lengkap dan sah.
  • Setelah permohonan diluluskan dan anda telah menerima Kad Tunai PETRONAS SmartPay, anda boleh mula membeli RON95 dengan harga minyak BUDI MADANI RON95 & DIESEL.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi / layari:

Syarikat yang mempunyai baki kelayakan BUDI MADANI RON95 & DIESEL yang mencukupi akan menikmati harga BUDI MADANI RON95 & DIESEL secara serta-merta dengan menggunakan kad PETRONAS SmartPay (Prepaid, Postpaid & Cash Card).

Untuk pelanggan baharu:

Pendaftaran boleh dilakukan di portal mysubsidi.kpdn.gov.my.

Setelah mendaftar, syarikat boleh memohon kad minyak daripada syarikat minyak pilihan mereka untuk digunakan di stesen minyak. Anda boleh memohon kad PETRONAS SmartPay di https://www.smartpay.mymesra.com.my.

Untuk pelanggan sedia ada:

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

  • Nombor akaun PETRONAS SmartPay.
  • Nombor kad PETRONAS SmartPay.
  • Surat Pengesahan KPDN.
  • Senarai Kenderaan KPDN.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

Syarikat yang mempunyai baki kelayakan BUDI MADANI RON95 & DIESEL yang mencukupi akan menikmati harga minyak BUDI MADANI RON95 & DIESEL secara serta-merta dengan menggunakan kad PETRONAS SmartPay (Prepaid, Postpaid & Cash Card).

Harga Individu: RM 1.99
Harga Syarikat: RM 2.15

Untuk memastikan kenderaan syarikat anda dapat menikmati harga minyak BUDI MADANI RON95 & DIESEL, anda perlu memohon kad PETRONAS SmartPay sama ada Prepaid, Postpaid, atau Subsidy ID (Cash Card), bergantung kepada keperluan operasi serta status kelulusan daripada KPDN.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad PETRONAS SmartPay, sila rujuk PETRONAS SmartPay FAQs - MyMesra.

Ikuti langkah berikut untuk aktifkan kad PETRONAS SmartPay anda seperti di bawah:

  • Log masuk ke Portal SmartPay Online (SPO).
  • Pilih “Account & Card Management” > “Card Info & Setting”.
  • Di bahagian “Card Listing”, tekan tab “Pending Active Cards”.
  • Pilih kad yang ingin diaktifkan dan tekan “Activate”.
  • Tekan “Send OTP”. Kod OTP akan dihantar ke emel berdaftar anda.
  • Masukkan OTP dan tekan “Activate”. Kad anda akan dipaparkan di tab “Active Cards” selepas berjaya diaktifkan.

Setiap nombor SSM hanya layak untuk satu permohonan BUDI MADANI RON95 & DIESEL. Jika terdapat beberapa nombor SSM yang didaftarkan kepada kenderaan yang syarikat anda gunakan, anda boleh memohon untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL menggunakan setiap nombor SSM secara berasingan.

Anda boleh membuat bayaran untuk akaun PETRONAS SmartPay dengan mudah melalui kaedah pembayaran yang tersedia mengikut jenis akaun anda (prabayar/pasca bayar), iaitu:

  • CIMB Virtual Account (CIMB VA).
  • Pembayaran di Stesen PETRONAS.

Anda juga boleh menyemak baki dan maklumat kaedah pembayaran dalam Penyata Akaun (SOA) bulanan, yang boleh dimuat turun melalui portal SmartPay Online dan/atau dihantar ke alamat berdaftar anda atas permintaan.

Rujuk SmartPay FAQs

Klik sini untuk melihat dokumen yang diperlukan bagi permohonan Kad PETRONAS SmartPay anda.

Ya, anda boleh memohon untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL terlebih dahulu dan menghantar surat kelulusan tersebut bersama permohonan kad PETRONAS SmartPay kepada Mesralink.

Anda boleh mengimbas kod QR yang terdapat pada resit transaksi dan mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan e-Invois transaksi anda. e-Invois tersebut akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

  • Nombor akaun PETRONAS SmartPay.
  • Nombor kad PETRONAS SmartPay.
  • Surat Pengesahan KPDN.
  • Senarai Kenderaan KPDN.

Jika anda pengguna akaun PETRONAS SmartPay dengan kenderaan yang layak untuk BUDI MADANI RON95 & DIESEL tetapi belum didaftarkan di bawah akaun SmartPay anda, sila berikan kepada kami butiran berikut:

Semua pelanggan PETRONAS SmartPay (Postpaid, Prepaid, Cash Card) tidak layak menerima Mata Ganjaran Mesra.

Rujuk SmartPay FAQs

Di bawah program, harga minyak RON95 berbeza mengikut status kelayakan syarikat:

Syarikat yang layak BUDI MADANI RON95 & DIESEL

  • Syarikat yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan berdaftar boleh membeli RON95 pada harga RM 2.15 seliter.
  • Kadar khas ini terpakai untuk kenderaan yang diluluskan dan mempunyai kad minyak yang aktif.

Syarikat yang tidak layak BUDI MADANI RON95 & DIESEL

  • Syarikat tidak berdaftar atau tidak mendapat kelulusan BUDI MADANI RON95 & DIESEL akan membayar pada harga pasaran.

Kad PETRONAS SmartPay tidak boleh digunakan bersama MyKad anda untuk membeli RON95 dengan harga minyak BUDI MADANI RON95 & DIESEL untuk kegunaan syarikat atau kenderaan komersial walaupun anda layak secara individu.

Perlu bantuan?

Tanya kru Stesen PETRONAS kami atau hubungi Mesralink

Ada soalan tentang kelayakan subsidi atau pendaftaran?

  • Temui Kejutan Bersama Setel

    Muat turun Setel hari ini

    QR Code
    Download on the App Store Get it on Google Play
  • Mohon untuk PETRONAS SmartPay

    Jika anda pemilik syarikat, mohon PETRONAS SmartPay sekarang untuk menikmati bahan api bersubsidi

    Ketahui lebih lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots