PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

Gas PETRONAS @ Station

Apakah Gas PETRONAS @ Stesen

Gas PETRONAS@Station membolehkan anda membeli LPG PETRONAS dengan mudah di stesen PETRONAS terpilih.
Sambil mengisi minyak atau mengurus urusan harian, anda boleh mendapatkan silinder LPG di stesen yang dipercayai — cepat, selamat dan tanpa kerumitan.

Senarai Gas PETRONAS @ Stesen

Cari stesen PETRONAS yang menawarkan LPG berhampiran anda.
Gunakan carian stesen kami untuk menyemak ketersediaan, waktu operasi dan merancang kunjungan — supaya anda tahu ke mana hendak dituju apabila memerlukan LPG.

Pilih silinder LPG yang sesuai dengan keperluan isi rumah anda.

LPG PETRONAS ditawarkan dalam pelbagai saiz, memberikan prestasi yang konsisten dan kualiti yang boleh dipercayai untuk kegunaan harian.

Soalan Lazim (FAQ) mengenai Inisiatif Pelaksanaan Penutup Keselamatan Putih Silinder LPG PETRONAS

Untuk Pelanggan Akhir

Gas PETRONAS@Station menawarkan kemudahan kepada pelanggan PETRONAS, di mana Gas PETRONAS disediakan untuk pembelian di stesen PETRONAS terpilih di seluruh negara

Pada masa ini, terdapat kira-kira 178 stesen PETRONAS yang menjual Gas PETRONAS. Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa untuk kemudahan pelanggan kami. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh melihat senarai stesen terkini di sini.

Terdapat dua (2) jenis:

  1. Silinder LPG 14kg
  2. Silinder LPG 12kg

Buat masa ini, harga adalah berdasarkan kadar tetap:

  1. Silinder LPG 14kg: RM26.60
  2. Silinder LPG 12kg: RM22.80
  3. Deposit silinder baharu: RM80.00 (Semenanjung Malaysia), RM90.00 (Sabah dan Sarawak)

Nota: Deposit silinder akan dikenakan apabila anda membeli Gas PETRONAS tanpa memulangkan silinder gas memasak yang kosong.

27 mata Mesra untuk silinder Gas PETRONAS 14kg.
23 mata Mesra untuk silinder Gas PETRONAS 12kg.


Nota: Tiada mata Mesra akan diberikan untuk pembelian deposit silinder baharu.

Ya, anda boleh membeli Gas PETRONAS melalui e-dompet Setel.

Anda boleh meminta bantuan daripada Rakan Niaga stesen PETRONAS atau krew PETRONAS di stesen tersebut.

Sebagai alternatif, anda boleh melayari laman web kami di sini untuk menyemak pengedar Gas PETRONAS yang terdekat serta nombor telefon mereka.

Anda juga boleh menghubungi Mesralink di talian 1-300-88-8427 untuk membuat pesanan.

Anda boleh meminta bantuan daripada Rakan Niaga stesen PETRONAS atau krew PETRONAS di stesen tersebut.

Ya, anda hanya perlu membawa mana-mana jenama gas memasak dan pihak stesen akan menggantikannya dengan gas memasak Gas PETRONAS.

Ya, anda boleh menebus Gas PETRONAS dengan mata ganjaran Mesra. Walau bagaimanapun, anda tidak akan menerima sebarang mata ganjaran jika anda membeli Gas PETRONAS menggunakan mata ganjaran Mesra.

Lebih suka LPG dihantar terus ke rumah?

Terokai pilihan pembelian lain, termasuk perkhidmatan penghantaran ke rumah, untuk kemudahan tambahan — terutamanya apabila anda ingin menjimatkan masa.

Home Delivery

Produk & Perkhidmatan Berkaitan

  • Temui Kejutan Bersama Setel

    Muat turun Setel hari ini

    QR Code
    Download on the App Store Get it on Google Play
  • Rancang Hentian Anda

    Cari stesen dengan kemudahan yang anda perlukan, di mana sahaja destinasi anda.