PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

e-Baucar PETRONAS

Baucar minyak digital yang boleh ditebus di stesen PETRONAS, menjadikannya kaedah pembayaran yang mudah tanpa memerlukan kad fizikal!

Mengapa Memilih e-Baucar PETRONAS?

Imbas. Tebus. Isi!

Boleh Ditebus di Seluruh Negara
Boleh Ditebus di Seluruh Negara

Boleh ditebus di semua stesen PETRONAS di seluruh negara.

Pantas & Mudah
Pantas & Mudah

Penebusan mudah menggunakan kod bar di Kedai Mesra.

Sesuai untuk Korporat
Sesuai untuk Korporat

Sesuai untuk hadiah, ganjaran pekerja, insentif dan keperluan perniagaan.

Panduan penebusan e-Baucar PETRONAS

  1. Kunjungi mana-mana stesen PETRONAS

    Boleh digunakan di semua stesen PETRONAS di seluruh negara.

  2. Buka pautan e-Baucar anda

    Buka pautan e-Baucar PETRONAS melalui evoucher.mymesra.com.my untuk melihat nilai baucar, baki yang tinggal dan tarikh luput.

  3. Maklumkan juruwang sebelum membayar

    Pergi ke kaunter Kedai Mesra dan maklumkan kepada juruwang untuk membuat pembayaran menggunakan e-Baucar PETRONAS.

  4. Tunjukkan kod bar

    Pilih View Barcode pada e-Baucar anda dan tunjuk pada juruwang untuk mengimbasnya. Pembayaran selesai.

Driver holding a phone showing a PETRONAS e-Voucher barcode screen

Lihat panduan penebusan e-Baucar PETRONAS

Tonton video

Penjual Sah e-Baucar PETRONAS

Mooments

Engage. Reward. Grow

Penjual sah e-Baucar PETRONAS. E-mel keperluan pesanan anda kepada desk PETRONAS mereka.

WOGI

Rewards & incentives that resonate

Penjual sah e-Baucar PETRONAS. Hantar keperluan pesanan anda melalui borang pertanyaan mereka.

Beli sekarang

Ingin membeli e-Baucar PETRONAS untuk ganjaran pekerja, insentif pelanggan atau hadiah korporat?

Soalan-Soalan Lazim

e-Baucar PETRONAS boleh ditebus di semua stesen PETRONAS di seluruh negara. Hanya e-Baucar PETRONAS rasmi yang dikeluarkan melalui domain evoucher.mymesra.com.my boleh ditebus.

Pembelian minyak seperti PETRONAS Primax95 dengan Pro-Drive, PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race dan PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive.*

Tidak. Setiap e-Baucar hanya sah untuk satu transaksi sahaja. Sebarang baki yang tidak digunakan akan luput.

Ya. Anda boleh menggunakan beberapa e-Baucar (stacked) dalam satu transaksi.

Anda hanya perlu membayar baki yang selebihnya menggunakan kaedah pembayaran lain yang diterima, seperti wang tunai, kad debit/kredit atau e-Dompet.

Tidak. e-Baucar tidak boleh dipindah milik, ditukar, dikembalikan atau ditebus untuk wang tunai.

e-Baucar yang telah tamat tempoh tidak boleh ditebus, diaktifkan semula atau dilanjutkan tempoh sahnya.

Ya, anda masih boleh mengumpul mata ganjaran Mesra Rewards dengan pembayaran menggunakan e-Baucar PETRONAS kerana e-Baucar tersebut dianggap sama seperti kaedah pembayaran lain.

Talian Hotline Mesralink: 1-300-88-8181
Emel: mesralink@petronas.com

  • Temui Kejutan Bersama Setel

    Muat turun Setel hari ini

    QR Code
    Download on the App Store Get it on Google Play
  • Rancang Hentian Anda

    Cari stesen dengan kemudahan yang anda perlukan, di mana sahaja destinasi anda.

    Ketahui lebih lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots