PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

Rebut peluang untuk dapatkan pas bersama pemandu Mercedes-AMG PETRONAS Formula One™! Ketahui lebih lanjut di bawah.

Rebut peluang lihat pemandu F1!

Tebus pas guna mata Mesra Rewards, atau menangi melalui peraduan Kedai Mesra atau PETRONAS AutoExpert.

Peminat bergambar bersama Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team
Pas EKSKLUSIF untuk anda

Lihat pemandu kegemaran anda!

Menangi pas eksklusif untuk lihat pemandu Mercedes-AMG PETRONAS Formula One™ secara dekat.

Lihat cara dapatkan pas

Cara dapatkan pas anda

Tebus guna mata Mesra Rewards, atau menangi melalui peraduan Kedai Mesra atau PETRONAS AutoExpert.

Penebusan dibuka 18 September 2026
Anda hanya boleh menang satu pas sahaja.

Pilih cara di bawah untuk lihat langkahnya

Tebus dengan Mesra Rewards

Tebus pas ini guna mata Mesra Rewards dalam aplikasi Setel. Lihat cara menebusnya di sini.

2,000 mata Mesra Rewards
Cara tebus mata Mesra Rewards

Terma dan syarat dikenakan

IKUT LANGKAH INI

  1. 1

    Tebus 2,000 mata mulai 18 September

    Penebusan dibuka 18 September 2026. Tebus 2,000 mata Mesra Rewards untuk satu pas melalui aplikasi Setel atau di web setel.com/mesrarewards.

  2. 2

    Tunggu butiran kehadiran anda

    Pemegang pas akan dihubungi melalui saluran rasmi dengan maklumat masa, lokasi dan arahan kehadiran sebelum hari acara.

Pas adalah sangat terhad dan ditawarkan secara siapa cepat dia dapat
Butiran penuh acara, termasuk barisan pemandu pada hari tersebut, disahkan dalam terma dan syarat kempen dan dikongsi terus dengan pemegang pas. Barisan pemandu tertakluk kepada perubahan.

Belanja di Kedai Mesra

Beli-belah di Kedai Mesra, beritahu kami kenapa anda nak lihat pemandu F1 dan anda berpeluang menang pas eksklusif.

RM75 belanja minimum*
Ke borang penyertaan

Terma dan syarat dikenakan

IKUT LANGKAH INI

  1. 1

    Belanja minimum RM75 di Kedai Mesra

    Antara 4 September hingga 18 September, sama ada lima resit bernilai RM15 ke atas setiap satu, atau satu resit bernilai RM75 ke atas.

    • Bayar melalui aplikasi Setel, atau masukkan nombor telefon berdaftar anda di kaunter. Kad Mesra fizikal tidak layak
    • Rokok, tambah nilai prabayar, produk Café Mesra, Touch ’n Go dan ePay tidak dikira
  2. 2

    Hantar penyertaan anda di sini

    Isi borang di bawah dengan resit, butiran anda dan jawapan ringkas untuk dua soalan.

  3. 3

    Tulis sesuatu yang menarik

    Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti, keaslian dan sejauh mana jawapan anda menepati soalan.

Pemenang akan diumumkan di @petronasbrands dan di MyMesra, kemudian dihubungi melalui saluran rasmi untuk pengesahan.

Cara tebus mata Mesra Rewards anda

Pas anda ditebus dengan mata. Ini cara penebusan berfungsi dalam Setel, supaya tiada kejutan bila tiba masa nak tuntut pas anda.

Setel app home screen with the Rewards tab highlighted
1

Buka Setel dan tekan “Rewards”.

Setel Rewards screen showing featured deals to browse
2

Cari dan pilih tawaran yang anda suka.

Setel deal detail screen with a Redeem button
3

Semak butirannya. Kalau anda berpuas hati, tekan “Redeem”.

Setel My Voucher screen showing claimed vouchers
4

Selesai. Pergi ke “My Voucher” untuk tuntut tawaran anda.

Cara yang sama untuk kempen ini. Pada 18 September, pas 2,000 mata anda boleh ditebus sama seperti mana-mana tawaran lain dan setelah ditebus, ia akan muncul di bawah My Voucher dalam Setel.

Terokai Mesra Rewards

Penyertaan peraduan

Hantar penyertaan anda

Penyertaan dibuka 4 – 18 September 2026

Sebelum anda mula

  1. Anda mesti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan NRIC yang sah dan ahli Mesra Rewards yang berdaftar dan aktif.
  2. Anda boleh menyertai lebih daripada satu cara, tetapi setiap penyertaan mesti dibuat secara berasingan dan memenuhi syarat kempen masing-masing. Anda hanya layak menerima satu (1) pas sahaja.
  3. Untuk penyertaan Kedai Mesra, hantar sama ada lima resit bernilai RM15 ke atas setiap satu, atau satu resit bernilai RM75 ke atas. Bayar melalui aplikasi Setel, atau masukkan nombor telefon berdaftar anda di kaunter. Rokok, tambah nilai prabayar, Touch ’n Go dan ePay tidak dikira.
  4. Untuk penyertaan PETRONAS AutoExpert, belanja sekurang-kurangnya RM300 di PETRONAS AutoExpert, dibayar melalui aplikasi Setel sahaja.
  5. Anda hanya boleh menang satu pas sepanjang kempen From Track To You 2026: Returns.
Memuatkan borang penyertaan…

Ada masalah dengan borang di atas? Buka dalam tab baharu.

Kalendar penuh untuk anda

Kumpul mata Mesra Rewards yang cukup atau hantar penyertaan anda sebelum 18 September untuk dapatkan pas anda!

Hari
Jam
Min
 
4 SEPT 2026

Penyertaan Kedai Mesra & PETRONAS AutoExpert dibuka

Mula kumpul resit Kedai Mesra atau resit PETRONAS AutoExpert anda, dan hantar penyertaan anda di sini.

 
18 Sept 2026

Penyertaan ditutup, penebusan dibuka

Bersedia untuk tebus 2,000 mata anda; penebusan bermula dalam Setel secara siapa cepat dia dapat sehingga pas terakhir ditebus.

 
30 SEPT 2026

Hari acara

Peluang anda untuk lihat pemandu Mercedes-AMG PETRONAS Formula One™ secara dekat. Pemegang pas akan dimaklumkan masa dan lokasi tepat secara terus.

 

2,000 mata ganjaran untuk Pas Eksklusif!

Pas eksklusif ini boleh ditebus dengan 2,000 mata ganjaran Mesra Rewards. Pas adalah terhad dan ditawarkan secara siapa cepat dia dapat, jadi rebutlah seawal mungkin!

Semak baki Mesra Rewards saya

Macam mana nak kumpul lebih banyak mata Mesra Rewards?

Setiap transaksi dikira. Lihat pilihan di bawah untuk kumpul lebih banyak.

Isi minyak

Setiap kali isi minyak di stesen PETRONAS anda kumpul mata, sama ada anda masukkan nombor telefon di pam atau di kaunter Kedai Mesra semasa bayar, atau sehingga 3x mata Mesra Rewards bila anda bayar melalui aplikasi Setel!

Beli-belah di Kedai Mesra

Snek, minuman dan barang harian yang anda beli di kedai semuanya dikira.

Lagi banyak dengan Setel

Daripada bayaran bil dan parkir hinggalah ke pengecasan EV dan pembaharuan cukai jalan & banyak lagi, aktiviti harian anda dalam Setel pun boleh kumpul mata!

Servis & pelincir

Bila anda bayar dengan Setel, anda juga kumpul mata setiap kali servis di bengkel PETRONAS AutoExpert!

Lagi banyak anda Belanja, lagi banyak ANDA kumpul
Lencana tier Kad Mesra 1× mata Kad MESRAKad fizikal atau nombor telefon
Lencana tier Junior 1.5× mata Junior0–99 mata ganjaran sebulan
Lencana tier Explorer 2× mata Explorer100–279 mata ganjaran sebulan
Lencana tier Hero 3× mata Hero280+ mata ganjaran sebulan
Kadar ini terpakai untuk pembelian minyak dan bukan minyak, dan kedua-duanya dikira untuk naik tier. Cuma bayar dengan aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon berdaftar anda.

Soalan-Soalan Lazim

Apakah itu kempen From Track To You 2026: Returns?

From Track To You 2026: Returns ialah kempen yang memberi peluang kepada peserta yang layak untuk memenangi pas bertemu pemandu Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 Team.

Peserta boleh melayakkan diri melalui pelbagai cara penyertaan kempen, tertakluk kepada mekanik kempen dan Terma & Syarat masing-masing.

Bilakah tempoh kempen ini?

Kempen ini berlangsung dari 4 September 2026 jam 12.00 pagi hingga 18 September 2026 jam 11.59 malam, termasuk kedua-dua tarikh tersebut, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Siapa yang boleh menyertai kempen ini?

Kempen ini terbuka kepada semua individu yang memenuhi syarat di bawah:

  • Peserta mestilah warganegara Malaysia; dan
  • Peserta mestilah berumur lapan belas (18) tahun ke atas
  • Peserta mestilah ahli Program Kesetiaan PETRONAS Mesra Rewards.
Siapa yang tidak layak menyertai kempen ini?

Individu berikut tidak layak:

  • Kakitangan tetap atau kontrak Kumpulan Syarikat PETRONAS, termasuk Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka.
  • Pengedar stesen PETRONAS, kru PETRONAS dan ahli keluarga terdekat mereka.
  • Pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Kumpulan Syarikat PETRONAS dan/atau Penganjur, termasuk kakitangan tetap dan/atau kontrak mereka serta ahli keluarga terdekat mereka.
  • Peserta yang telah berjaya menebus, menerima atau memenangi pas di bawah From Track To You 2026: Returns Mesra Rewards Pass Redemption Drive, atau mana-mana kempen From Track To You: Returns oleh Setel, PETShop, Kedai Mesra atau Auto Expert, hanya layak memenangi atau menerima satu (1) pas sahaja merentasi semua kempen “From Track To You: Returns”.
Apakah cara penyertaan yang tersedia?

Peserta boleh melayakkan diri melalui cara kempen berikut:

  • From Track To You 2026: Mesra Rewards Pass Redemption Drive
  • From Track To You 2026: Setel Campaign
  • From Track To You 2026: PETRONAS Shop Campaign
  • From Track To You 2026: Kedai Mesra Campaign
  • From Track To You 2026: PETRONAS AutoExpert Campaign

Setiap cara penyertaan mempunyai mekanik kempen dan syarat kelayakannya sendiri. Peserta dinasihatkan membaca Terma & Syarat yang berkaitan sebelum menyertai, di Bahagian 7 hingga 11 di bawah.

Apakah tempoh perbelanjaan untuk saya layak menyertai Kempen ini?

Sila ambil perhatian bahawa hanya pembelian yang dikaitkan dengan akaun PETRONAS Mesra Rewards Peserta melalui Aplikasi Setel atau nombor telefon bimbit berdaftar sahaja yang layak untuk Kempen ini.

Bagaimana saya menyertai melalui Mesra Rewards Pass Redemption Drive?

Untuk menyertai melalui cara Mesra Rewards:

  • Jadi ahli PETRONAS Mesra Rewards yang berdaftar dan aktif.
  • Tebus 2,000 mata Mesra Rewards melalui Setel dalam Tempoh Penebusan.
  • Pastikan penebusan berjaya diselesaikan dan direkodkan dalam Tempoh Kempen.

Terma & Syarat penuh untuk Mesra Rewards Pass Redemption Drive boleh diakses melalui pautan di bawah.

Terms & Conditions: https://www.mymesra.com.my/ftty-mr

Bagaimana saya menyertai melalui Kempen Setel?

Untuk menyertai melalui cara Setel:

  • Langgan Setel Savers dalam Tempoh Kempen.
  • Belanja jumlah terkumpul RM100 untuk transaksi minyak melalui Setel.
  • Lengkapkan aktiviti perkongsian media sosial seperti yang diarahkan oleh Penganjur.
  • Ikut dan tag @setel serta sertakan #SetelFromTrackToYou.
  • Hantar penyertaan anda melalui DM Instagram kepada @setel bersama bukti yang diperlukan dan pautan ke posting anda.

Terma & Syarat penuh untuk Kempen Setel boleh diakses melalui pautan di bawah.

Terms & Conditions: linktr.ee/setel

Bagaimana saya menyertai melalui Kempen PETRONAS Shop?

Untuk menyertai melalui cara PETRONAS Shop:

  • Beli barangan MAMGP yang layak dari PETRONAS Shop dalam Tempoh Kempen.
  • Belanja minimum RM500 dalam satu transaksi.
  • Pastikan semua syarat pembelian dipenuhi mengikut Terma dan Syarat Kempen.
  • Simpan bukti pembelian untuk tujuan pengesahan jika diperlukan oleh Penganjur.

Terma & Syarat penuh untuk Kempen PETRONAS Shop boleh diakses melalui pautan di bawah.

Terms & Conditions: https://www.mymesra.com.my/ftty-ps

Bagaimana saya menyertai melalui Kempen Kedai Mesra?

Untuk menyertai melalui cara Kedai Mesra:

  • Jadi ahli Mesra Rewards yang berdaftar dan aktif; dan
  • Penuhi syarat berikut:
    • Lengkapkan lima (5) pembelian yang layak dengan perbelanjaan minimum RM15 setiap resit; ATAU
    • Lengkapkan satu (1) pembelian yang layak dengan perbelanjaan minimum RM75 dalam satu resit di mana-mana outlet PETRONAS Kedai Mesra.
  • Simpan semua resit pembelian yang layak untuk tujuan pengesahan dan penghantaran.
  • Hantar penyertaan anda dan penuhi syarat di laman web MyMesra.

Terma & Syarat penuh untuk Kempen Kedai Mesra boleh diakses melalui pautan di bawah.

Terms & Conditions: https://www.mymesra.com.my/ftty-km

Bagaimana saya menyertai melalui Kempen PETRONAS AutoExpert?

Untuk menyertai melalui cara PETRONAS AutoExpert:

  • Servis kenderaan anda di outlet PETRONAS AutoExpert dalam Tempoh Kempen.
  • Belanja minimum RM300 dalam satu transaksi.
  • Buat pembayaran melalui Setel sahaja.
  • Hantar penyertaan anda dan penuhi syarat di laman web MyMesra.

Terma & Syarat penuh untuk Kempen PETRONAS AutoExpert boleh diakses melalui pautan di bawah.

Terms & Conditions: https://www.mymesra.com.my/ftty-pae

Jika saya guna Kad Mesra fizikal, adakah saya masih layak mendapat penyertaan peraduan?

Tidak. Hanya pembelian yang dibuat menggunakan Aplikasi Setel atau dengan memasukkan nombor telefon bimbit berdaftar Peserta di kaunter juruwang sahaja yang layak untuk Kempen ini.

Pelanggan boleh dapatkan maklumat lanjut di www.mymesra.com.my

Apakah pembelian yang dikecualikan daripada Kempen Kedai Mesra?

Pembelian berikut dikecualikan:

  • Rokok
  • Tambah nilai prabayar
  • Produk Café Mesra
  • Transaksi Touch ’n Go
  • Transaksi ePay
  • Mana-mana barangan lain yang ditentukan oleh Penganjur
Apakah hadiah untuk kempen ini?

Pemenang Kempen ini masing-masing akan menerima satu (1) pas Meet the Drivers untuk From Track To You 2026: Returns

Bolehkah saya menang atau menerima pas daripada lebih daripada satu kempen?

Tidak. Peserta hanya boleh menang atau menerima satu (1) pas sahaja merentasi kempen berikut: Penebusan mata ganjaran Mesra Rewards, Kempen Setel, Kempen PETRONAS Shop, Kempen Kedai Mesra dan Kempen PETRONAS AutoExpert. Jika peserta telah menebus, menerima atau memenangi pas daripada mana-mana satu kempen ini, mereka tidak layak menerima pas lain daripada mana-mana kempen yang lain.

Untuk mengelakkan keraguan, peserta hanya boleh menerima satu (1) pas sahaja merentasi semua kempen, dan pemenang berulang tidak dibenarkan.

Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu cara penyertaan?

Ya. Peserta boleh menyertai pelbagai cara kempen, dengan syarat mereka memenuhi kriteria kelayakan dan syarat kelayakan setiap kempen berkenaan. Namun, setiap peserta hanya berhak menerima satu (1) pas sahaja merentasi semua kempen yang disertai. Sebarang kemenangan atau kelayakan pas berulang akan dibatalkan.

Di manakah pemenang akan diumumkan?

Pemenang akan diumumkan melalui saluran rasmi yang berkaitan dengan cara kempen yang disertai.

  • Bagi peserta Mesra Rewards Pass Redemption Drive, Kempen Kedai Mesra dan Kempen AutoExpert, pengumuman pemenang akan dibuat di Laman Web MyMesra dan/atau akaun Instagram PETRONAS Brands (@petronasbrands).
  • Bagi peserta Kempen Setel, pengumuman pemenang akan dibuat melalui akaun rasmi Instagram, Facebook dan Threads Setel (@setel).
  • Bagi peserta Kempen PETRONAS Shop, pengumuman pemenang akan dibuat melalui akaun rasmi Instagram dan Facebook PETRONAS Shop (@petronasshop).
Bilakah acara Meet the Drivers berlangsung?

Acara “Meet the Drivers” dijadualkan berlangsung pada 30 September 2026.

Masa dan lokasi tepat di sekitar Klang Valley akan dimaklumkan kepada pemenang kemudian.

Bolehkah saya bertemu pemandu secara individu, mendapatkan tandatangan atau mengambil gambar peribadi?

Program sesi Meet the Drivers tertakluk kepada pengaturan muktamad Penganjur.

Penganjur tidak menjamin sebarang interaksi individu, sesi tandatangan, peluang menandatangani barangan atau sesi bergambar.

Di manakah saya boleh membaca terma dan syarat penuh kempen ini?

Anda boleh membaca Terma dan Syarat penuh Kempen ini di Laman Web MyMesra di www.mymesra.com.my.

Baca terma dan syarat penuh

  • Temui Kejutan Bersama Setel

    Muat turun Setel hari ini

    QR Code
    Download on the App Store Get it on Google Play
  • Promosi / Tawaran Istimewa

    Nikmati promosi eksklusif dan tawaran istimewa daripada kami!

    Ketahui lebih lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots