Servis Ihsan Madani @ PETRONAS AutoExpert 2026 merupakan satu inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia akses kepada Pakej Servis eksklusif. Kempen ini menawarkan harga istimewa bagi pelincir dan perkhidmatan PETRONAS terpilih, yang hanya boleh didapati melalui tempahan yang dibuat menerusi aplikasi Setel.