Café Mesra bukan sekadar peluasan kepada Kedai Mesra PETRONAS; ia merupakan sebuah kafe yang santai dan ringkas yang melambangkan nilai teras yang sama, dengan sentuhan kasih sayang yang diadun sempurna ke dalam makanan dan kopi yang kami sajikan. Café Mesra menghidangkan kopi buatan tangan untuk mereka yang sentiasa sibuk, serta pastri dan juadah savori yang segar.
Ayuh alami kehangatan dan kualiti yang menjadikan Café Mesra lebih daripada sekadar tempat persinggahan—ia adalah tempat di mana setiap kunjungan bermula dengan kegembiraan dan membuatkan anda ingin kembali lagi.
#SinggahDulu ke Café Mesra terdekat anda untuk menikmati tawaran ini!
Nota Rasa: Kismis, susu coklat dan walnut panggang
Kepekatan
Kepahitan
Rasa Kekacang
Keasidan
Bangkitkan deria anda dengan gabungan biji kopi dari Rwanda, Brazil, dan Indonesia. Keindahan adunan Embun diperhalusi oleh pakar pemanggang tempatan kami, menjadikannya pilihan terbaik untuk pelbagai gaya pembuatan kopi; sama ada espresso klasik mahupun pour-over.