Rebut peluang untuk memenangi barangan eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team. Ketahui cara untuk menyertai di bawah.
Menangi barangan eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team!
Kongsikan maksud “Powers” dalam pemanduan harian anda dan rebut peluang untuk memenangi barangan eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team.
20 pemenang · Barangan eksklusif
Koleksi F1 anda bermula di sini.
Isi minyak PETRONAS PRIMAX 97 melalui aplikasi Setel, kongsikan maksud “Powers” dalam pemanduan harian anda dan hantar penyertaan anda untuk berpeluang menang.
Kongsikan maksud “Powers” dalam pemanduan harian anda
Kongsikan cerita anda di media sosial dengan menyertakan kedua-dua hashtag berikut:
#Primax97Power #FromTracktoYouReturns
Pastikan hantaran anda ditetapkan kepada umum (public)
Anda boleh menghantar lebih daripada satu hantaran
Sediakan pautan hantaran anda untuk dihantar bersama penyertaan
3
HANTAR PENYERTAAN
Hantar penyertaan anda melalui MyMesra
Lengkapkan borang di bawah dengan maklumat peribadi anda, tangkap layar resit Setel dan pautan bagi setiap hantaran awam yang mengandungi hashtag #Primax97Power.
Pemenang akan dihubungi secara terus melalui saluran rasmi.
Borang penyertaan
Menangi Barangan Bertandatangan Eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team
Penyertaan ditutup pada 20 September 2026, jam 11.59 malam
Sebelum anda bermula
Anda mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai MyKad yang sah dan akaun Mesra Rewards yang berdaftar serta aktif.
Isi minyak PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race bernilai sekurang-kurangnya RM70, sama ada dalam satu atau beberapa transaksi melalui aplikasi Setel sepanjang tempoh kempen.
Kongsikan secara terbuka di media sosial maksud “Powers” dalam pemanduan harian anda dengan menggunakan hashtag #Primax97Power dan #FromTracktoYouReturns.
Hantar penyertaan melalui MyMesra dengan menyertakan pautan hantaran media sosial awam anda, tangkap layar resit Setel, nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon dan alamat e-mel untuk tujuan pengesahan.
Seramai 20 pemenang akan menerima barangan eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team: 10 topi keledar mini bertandatangan, 6 topi hitam dan 4 topi putih.
Kumpul mata ganjaran setiap kali anda mengisi minyak di stesen PETRONAS atau berbelanja di Kedai Mesra dan dapatkan 3x ganda mata bagi setiap perbelanjaan!
LEBIH BANYAK ANDA BERBELANJA, LEBIH TINGGI MATA GANJARAN DIKUMPUL
1× mataKad MESRAKad fizikal atau nombor telefon
1.5× mataJunior0–99 mata ganjaran sebulan
2× mataExplorer100–279 mata ganjaran sebulan
3× mataHero280+ mata ganjaran sebulan
Kadar ini terpakai untuk pembelian terkumpul minyak dan selain minyak, sebagai penilaian untuk kenaikan taraf. Cuma bayar dengan aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon berdaftar anda.
Soalan-Soalan Lazim
Apakah Peraduan Menangi Barangan Bertandatangan Eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team?
Peraduan ini merupakan sebahagian daripada kempen From Track To You Returns. Peserta yang layak, mengisi minyak PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race melalui Setel dan melengkapkan aktiviti perkongsian di media sosial seperti yang ditetapkan berpeluang memenangi barangan eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team.
Bilakah tempoh kempen berlangsung?
Penyertaan ditutup pada 20 September 2026, jam 11.59 malam.
Sila rujuk Terma dan Syarat penuh untuk mengetahui tarikh mula serta tempoh lengkap kempen.
Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada individu yang memenuhi syarat berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.
Mempunyai MyKad yang sah.
Mempunyai akaun PETRONAS Mesra Rewards yang berdaftar dan aktif.
Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan ini?
Untuk menyertai Peraduan Hadiah Barangan Eksklusif MAMGP Team Bertandatangan:
Isi minyak PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race bernilai sekurang-kurangnya RM70, sama ada dalam satu atau beberapa transaksi melalui aplikasi Setel sepanjang tempoh kempen.
Kongsikan secara terbuka di media sosial maksud “Powers” dalam pemanduan harian anda.
Sertakan hashtag #Primax97Power dan #FromTracktoYouReturns dalam hantaran anda.
Hantar penyertaan melalui laman web MyMesra bersama maklumat yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.
Apakah maklumat yang perlu saya berikan melalui MyMesra?
Sila kemukakan maklumat berikut untuk tujuan pengesahan:
Pautan kepada hantaran media sosial awam anda.
Tangkap layar resit pembelian minyak melalui Setel.
Nama penuh.
Nombor MyKad.
Nombor telefon.
Alamat e-mel.
Semua penyertaan akan disemak berdasarkan rekod transaksi PETRONAS.
Pembelian manakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
Hanya pembelian bahan api PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race yang mencapai jumlah perbelanjaan terkumpul minimum RM70, dibuat melalui aplikasi Setel sepanjang tempoh kempen, layak menyertai kempen ini.
Pembelian tersebut mestilah dipautkan kepada akaun PETRONAS Mesra Rewards peserta yang berdaftar.
Bolehkah saya menggabungkan beberapa transaksi untuk mencapai jumlah RM70?
Ya. Perbelanjaan minimum RM70 untuk PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race boleh dikumpulkan daripada satu atau beberapa transaksi yang layak melalui aplikasi Setel sepanjang tempoh kempen.
Apakah hadiah yang ditawarkan dalam kempen ini?
Seramai 20 pemenang akan menerima barangan eksklusif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team:
10 pemenang masing-masing akan menerima topi keledar mini bertandatangan.
6 pemenang masing-masing akan menerima topi hitam.
4 pemenang masing-masing akan menerima topi putih.
Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah?
Tidak. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sepanjang kempen ini. Sebarang kemenangan berganda akan dibatalkan.
Bagaimanakah pemenang akan dipilih?
Pemenang akan dipilih daripada penyertaan yang layak dan memenuhi semua mekanisme kempen serta keperluan pengesahan.
Sila rujuk Terma dan Syarat penuh untuk mengetahui kaedah pemilihan pemenang yang terpakai.
Di manakah pemenang akan diumumkan?
Pemenang akan diumumkan melalui laman web rasmi MyMesra dan/atau saluran media sosial rasmi PETRONAS.
Di manakah saya boleh membaca Terma dan Syarat penuh kempen ini?
Anda boleh membaca Terma dan Syarat penuh kempen ini melalui laman web MyMesra di www.mymesra.com.my.