Rangkaian pengecasan terbesar di stesen untuk perjalanan jauh tanpa rasa risau
Dengan mengambil kira permintaan yang semakin meningkat untuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan Kenderaan Elektrik (EV), stesen kami dilengkapi dengan kemudahan pengecasan EV untuk kemudahan pelanggan kami.
Kami juga telah mengintegrasikan kemudahan pengecasan EV dengan aplikasi Setel untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar dan tanpa sebarang masalah.
Pelbagai pembekal pengecasan
Liputan dan kemudahan yang lebih luas dengan menjadi pembekal pengecasan EV terbesar di stesen.
Pengisian bahan api & cas yang lebih mudah
Tidak perlu bertukar antara aplikasi kerana anda boleh menggunakan Setel untuk pengecasan dan pengisian bahan api kenderaan. Sangat mudah, terutamanya untuk pengguna kenderaan hibrid.
Pantau status pengecasan
Cas tanpa perlu risau kerana anda boleh menyemak status pengecasan dalam masa nyata dan menghentikan sesi apabila diperlukan melalui Setel.
Lebih pantas, mudah & lebih banyak Mesra
Anda akan mendapat mata Mesra untuk setiap pembayaran yang telah diselesaikan. Betapa hebatnya itu?
Bagaimana untuk mengecas kenderaan elektrik dengan Setel?
Langkah 1
Lancarkan Setel dan ketik pada ‘Pengecasan EV’.
Langkah 2
Letakkan kenderaan di sebelah pengecas dan ketik ‘Mula mengecas’.
Langkah 3
Pilih pengecas yang serasi dan ketik ‘Aktifkan pengecas’.
Langkah 4
Pantau status dan kadar pengecasan pada aplikasi Setel.
Langkah 5
Setel! Selesaikan pembayaran dan dapatkan mata ganjaran Mesra.
Kerja-kerja menaik taraf pengecasan EV sedang dijalankan di stesen PETRONAS terpilih.
Pengecas AC EV kami di stesen PETRONAS terpilih sedang dinaik taraf dan akan tersedia tidak lama lagi. Rancang perjalanan anda menggunakan Aplikasi Setel kami untuk mencari pengecas EV terdekat yang tersedia di stesen kami.
Di samping itu, semua perkhidmatan di Hentian & Rawat Stesen PETRONAS Gambang ke Barat akan ditutup buat sementara waktu dari 1 Ogos hingga 9 Oktober 2023. Bagi pelanggan EV kami yang menggunakan laluan pantai timur, kami menyediakan pengecas DC mudah alih 22kW di PETRONAS KM 26 Jalan Gambang bermula 16 Ogos 2023. Stesen ini terletak kira-kira 21 minit dari Hentian & Rawat Stesen PETRONAS Gambang ke Barat.
Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda.
Cari stesen Pengecas DC yang terletak di sepanjang lebuh raya utama