PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

MyMesra

Mobile navigation graphic with PETRONAS Dots

Minyak Masak Terpakai

Berikan Minyak Masak Terpakai Anda Kehidupan Kedua!

Gambaran Keseluruhan

Melalui Program Minyak Masak Terpakai (UCO) PDB, isi rumah boleh mengitar semula minyak masak terpakai secara bertanggungjawab — demi menjaga alam sekitar sambil memperoleh ganjaran.

Impak Kami

Program UCO PETRONAS & MyMesra menggalakkan amalan kitar semula yang bertanggungjawab dan menyokong masa depan yang lebih lestari.
Dengan mengumpul minyak masak terpakai, program ini membantu mengurangkan pelupusan tidak betul, meminimumkan pencemaran alam sekitar dan menyumbang kepada ekonomi kitaran.

Setiap titisan yang dikitar semula membawa perubahan.

Mengitar semula minyak masak terpakai adalah mudah:

Langkah mudah untuk persekitaran yang lebih bersih.

Kumpulkan minyak masak terpakai selepas ia sejuk

Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup

Bawa ke stesen PETRONAS yang mengambil bahagian

Jual minyak masak terpakai dan dapatkan ganjaran

Jadual Kutipan Minyak Masak Terpakai

Kalendar kutipan Jul–Sep 2026 · 105 stesen PETRONAS yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia

 

 

Negeri Lokasi Hari Tarikh Waktu Dapatkan Arah
 

Soalan Lazim

Minyak Masak Terpakai, juga dikenali sebagai UCO, ialah minyak dan lemak atau hasil sampingan yang telah digunakan untuk memasak atau menggoreng.¹ UCO lazimnya dihasilkan daripada industri pemprosesan makanan termasuk restoran, premis makanan segera dan juga isi rumah.


Inisiatif ini direka untuk meningkatkan kebolehkesanan produk serta memastikan pengagihan tong LPG PETRONAS secara adil kepada pelanggan akhir. Secara khususnya, ia bertujuan untuk:

  • Membezakan tong LPG PETRONAS yang diedarkan di Melaka dan Negeri Sembilan daripada tong yang diedarkan di kawasan lain.
  • Mencegah penjualan tong LPG PETRONAS secara tidak sah di luar kawasan yang ditetapkan.
  • Menegakkan amalan perniagaan yang adil dalam kalangan pengedar LPG PETRONAS.

(Kesemuanya dirujuk sebagai “Tujuan”).

Jika anda kerap menggoreng makanan, anda boleh menapis minyak masak terpakai menggunakan penapis kopi atau beberapa lapisan kain kasa (cheesecloth) untuk membuang sisa dan serpihan makanan sebelum digunakan semula.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menukar minyak masak secara berkala atas faktor kesihatan.² Mengapa? Ini kerana penggunaan semula minyak masak secara berulang kali³ boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan akibat perubahan kimia yang berlaku semasa proses memasak.⁴

Selain itu, setiap kali minyak digunakan semula, kualitinya akan merosot dan takat asap (suhu apabila minyak mula berasap dan terbakar) akan menjadi lebih rendah.

Pelupusan minyak masak terpakai secara tidak betul, seperti membuangnya terus ke dalam sinki atau longkang berdekatan, boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan komuniti secara keseluruhan.
Antara kesan negatif pelupusan UCO yang tidak betul ialah:

 

  • Paip atau sistem saliran tersumbat.⁵
  • Menarik kehadiran perosak pembawa penyakit.
  • Kos penyelenggaraan sistem saliran yang tinggi.⁶
  • Banjir kilat akibat sistem saliran yang tersumbat.

Langkah-langkah untuk mengitar semula UCO adalah seperti berikut:

  1. Selepas digunakan, biarkan minyak masak terpakai sejuk terlebih dahulu. Kemudian, simpan dalam bekas yang sesuai.
  2. Rujuk lokasi pusat pengumpulan minyak masak terpakai di stesen PETRONAS terpilih yang berhampiran.
  3. Kunjungi stesen berkenaan, serahkan minyak masak terpakai anda dan terima bayaran tunai.

Dimaklumkan bahawa data peribadi anda mungkin diproses semasa penyerahan minyak masak terpakai bagi memastikan ketelusan dan pematuhan terhadap keperluan peraturan serta amalan ketelusan standard selaras dengan Kenyataan Privasi PDB yang boleh diakses melalui pautan di bahagian bawah halaman.

Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat faktor cuaca yang tidak mengizinkan atau boleh menjejaskan operasi.
Sila rujuk pihak stesen terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran.

Used Cooking Oil

Jalan Kebudayaan

Lot PTD 55821 Taman Universiti, Mukim Pulai,
81300 Johor Bahru
Johor
Malaysia

Jalan Lintas

Lot NT 4190 (Lot NT 213191872), Jln Lintas
88300 Kota Kinabalu
Sabah
Malaysia

Jalan Mawar

Km 1 1/2 Jalan Mawar, P.O Box 61249
91022 Tawau
Sabah
Malaysia

Jalan Pandangan

Lot 27956-27958, Jalan Pandangan, Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang
42000 Klang
Selangor
Malaysia

Jalan Sungai Tua

Lot PT 34825, HS (D) 263792 & 93, Jalan Sungai Tua, Mukim Batu,
68100 Gombak
Selangor
Malaysia

Jalan Utara (Tawau)

Lot CL 105316630, KM 5, Jalan Utara, P.O.Box 137
91000 Tawau
Sabah
Malaysia

Jalan Yahya Awal

Lot PTB 19195, Jalan Yahya Awal,
80000 Johor Bahru
Johor
Malaysia

Jln Bakri 2

LOT 3116, BATU 2 1/2, JALAN BAKRI
84000 Muar
Johor
Malaysia

Jln Berungkis-K. Belud

NT 043173244, Jalan Berunggis-Kota Belud, District of Tuaran,
91009 Kota Belud
Sabah
Malaysia

Jln Raja Syed Alwi

Lot 2880 HS(M) 2501 Jalan Raja Syed Alwi, Behor Gandil,
01000 Kangar
Perlis
Malaysia

Jln Sultan Azlan Shah

Lot PT 197129, Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh
Perak
Malaysia

Jln Tengku Ismail

Lot PT 715, Jalan Tengku Ismail
28000 Temerloh
Pahang
Malaysia

  • Temui Kejutan Bersama Setel

    Muat turun Setel hari ini

    QR Code
    Download on the App Store Get it on Google Play
  • Rancang Hentian Anda

    Cari stesen dengan kemudahan yang anda perlukan, di mana sahaja destinasi anda.

    Ketahui lebih lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots