© Hak Cipta PETRONAS Dagangan Berhad 198201008499 (88222-D).
Hak Cipta Terpelihara.
25 Mac 2026 — PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin memaklumkan pelanggan bahawa beberapa stesen runcit PETRONAS yang terletak di Kelantan berhampiran sempadan negara sedang mengalami keterbatasan bekalan bahan api bersubsidi buat sementara waktu lanjutan berdepan dengan permintaan luar biasa dan juga kemungkinan aktiviti penyeludupan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai pembekal bahan api yang dikawal selia, PDB beroperasi sepenuhnya mematuhi garis panduan dan kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Memandangkan keterbatasan bekalan ini, pelanggan yang mungkin ke kawasan berkenaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan bekalan alternatif di stesen PETRONAS terdekat seperti yang disenaraikan di www.mymesra.com.my.
PDB terus memantau situasi bekalan secara berterusan bagi memastikan keperluan pengguna domestik tetap dipenuhi, termasuk sepanjang musim perayaan ini.