Sejak ditubuhkan pada tahun 1982, PETRONAS Dagangan Berhad telah berkembang melepasi peranan sebagai penyedia bahan api konvensional, mentakrifkan semula sempadan kemajuan dalam industri.
Fokus utama kami adalah pelanggan. Setiap inovasi dan tawaran unik yang kami sediakan bertujuan menjadikan kehidupan seharian mereka lebih mudah dan lebih baik. Kami sentiasa memanfaatkan kuasa data dan pendigitalan untuk menambahbaik pengalaman mereka, sama ada pengisian minyak di stesen kami atau membuka kunci dunia perkhidmatan digital yang lancar.