PETRONAS bekerjasama rapat dengan pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Motorsports bagi mereka bentuk bahan api, pelincir dan cecair yang berfungsi dengan efisien, sebagai hasilnya PETRONAS dan MERCEDES telah memenangi 8 kejuaraan dunia.
PETRONAS berjaya menerajui perkara ini dengan menggunakan sukan permotoran sebagai tapak uji untuk memperluaskan produk bahan api dan pelincir kami. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang meluas membolehkan kami melakukan ujian di jalan bagi memastikan daya tahan dan prestasi produk di tahap maksimum.
Kini dengan 8 kali Pengeluar dan Pemandu Kejuaraan Dunia di bawah pasukan Mercedes AMG PETRONAS, kami telah bekerjasama dengan AMG untuk membawakan lebih lagi kecemerlangan teknikal dan inovasi ke dalam dunia minyak dan gas. Kemajuan ini menerusi kolaborasi bersama PETRONAS Lubricants International bagi memperkukuhkan lagi teknologi cecair untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan kami.