BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Stesen Pengecas EV
Rangkaian pengecasan terbesar di stesen untuk perjalanan jauh tanpa bimbang
Melihat kepada keperluan pelanggan di samping peningkatan permintaan untuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan Kenderaan Elektrik (EV) di masa hadapan, stesen Pengecas EV di bawah jenama ChargEV telah dipasang di stesen PETRONAS yang terletak di lebuh raya utama, menghubungkan perjalanan pelanggan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

Kami juga telah menyepadukan kemudahan pengecasan EV dengan aplikasi Setel untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar dan tanpa kesukaran.
Pelbagai pembekal pengecasan
Liputan kemudahan yang lebih meluas di samping menjadi pembekal pengecasan EV terbesar di stesen.
Pengisian bahan api & pengecasan lebih mudah
Tidak perlu lagi bertukar antara satu aplikasi ke aplikasi yanb lain. Anda kini boleh menggunakan Setel untuk pengecasan kenderaan dan pembelian bahan api. Cara lebih mudah untuk pengguna terutamanya pemilik kenderaan hibrid.

Pantau status pengecasan
Caj tanpa bimbang dengan Setel kerana anda boleh menyemak status pengecasan dalam masa nyata dan menghentikan sesi pengecasan pada bila-bila masa.
Lebih pantas, lebih mudah dan lebih mesra
Bayaran akan dikira secara automatik dan ditolak melalui Setel. Anda akan mendapat mata ganjaran Mesra untuk setiap pembayaran yang telah selesai. Seronok kan?
Cara untuk mengecas kenderaan elektrik dengan Setel
Kerja-kerja menaiktaraf pengecas EV sedang dijalankan di stesen PETRONAS terpilih.
Pengecas EV AC kami di stesen PETRONAS yang terpilih sedang dinaik taraf dan akan tersedia tidak lama lagi. Rancang perjalanan anda menggunakan aplikasi Setel untuk mencari pengecas EV terdekat yang tersedia di stesen kami.

Selain itu, semua perkhidmatan di R&R Arah Barat Stesen PETRONAS Gambang tidak akan beroperasi buat sementara waktu mulai 1 Ogos hingga 9 Oktober 2023. Bagi pelanggan EV kami yang melalui laluan pantai timur, kami akan menyediakan pengecas DC 22kW mudah alih di PETRONAS KM 26 Jalan Gambang mulai 16hb Ogos 2023. Stesen ini terletak kira-kira 21 minit dari Stesen PETRONAS Gambang Arah Barat R&R.

Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan kami hargai kesabaran anda.
Cari stesen yang terletak di sepanjang lebuh raya utama.
  • Pulau Pinang

    1. PETRONAS Juru Layby
    2. PETRONAS BKE 2

  • Perak

    1. PETRONAS Jln Sultan Azlan Shah
    2. PETRONAS R&R Gunung Semanggol

  • Selangor

    1. PETRONAS KLS Arah Kuala Lumpur
    2. PETRONAS KLS, Arah Kuala Selangor
    3. PETRONAS R&R Awan Besar
    4. PETRONAS Elite Bukit Jelutong
    5. PETRONAS SKVE
    6. PETRONAS Grand Saga 2
    7. PETRONAS Grand Saga 3
    8. PETRONAS Batu 3 Federal higway
    9. PETRONAS Kesas West Bound

  • Kuala Lumpur

    1. PETRONAS Penchala Link Arah KL
    2. PETRONAS Penchala Link Arah Damansara

  • Pahang

    1. PETRONAS Gambang West
    2. PETRONAS Gambang East

  • Negeri Sembilan

    1. PETRONAS Pedas Linggi
    2. PETRONAS Rasah

  • Johor

    1. PETRONAS Bandar Baru Air Hitam

Soalan-Soalan Lazim
Ooops!
Generic Popup