BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording

promo extended to 30 DECember 2021

Kitar semula minyak masak terpakai anda!

Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

PETRONAS, dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi, dengan bangganya menerajui inisiatif untuk mempromosikan kitar semula minyak masak terpakai (UCO). Dalam usaha memperkukuhkan masa depan yang mampan, kami komited untuk menjadikan pengalaman kitar semula minyak masak terpakai di stesen PETRONAS lebih mudah dan bermanfaat bagi semua.

Dengan hanya menghantar minyak masak terpakai anda ke stesen PETRONAS yang mengambil bahagian, anda tidak hanya membersihkan dapur anda, tetapi juga membantu melindungi saluran air daripada pencemaran, memajukan ekonomi kitaran, dan menyokong pengeluaran biobahan api Malaysia.

Bersama-sama, kita mampu membuat perubahan. Mulakan dengan mengumpul minyak masak terpakai dalam bekas yang sesuai dan hantarkan ke stesen PETRONAS berhampiran anda.
Dapatkan wang tunai dengan mengitar semula!
Bawa minyak masak terpakai anda ke stesen PETRONAS yang mengambil bahagian melalui inisiatif jual balik kami.
Kumpul
Biarkan minyak masak terpakai sejuk dan simpan dalam bekas yang sesuai
Hantar
Hantar minyak masak terpakai anda di stesen yang mengambil bahagian

Jual

Jual minyak masak terpakai anda pada harga pasaran
*rujuk stesen yang mengambil bahagian berhampiran lokasi anda
Cari stesen PETRONAS berhampiran anda untuk menjual minyak masak terpakai:
Soalan-Soalan Lazim
  • Apakah Minyak Masak Terpakai?

    Minyak Masak Terpakai atau UCO adalah minyak dan lemak atau produk sampingan yang telah terhasil daripada aktiviti memasak atau menggoreng.1 UCO biasanya dijumpai dalam industri pemprosesan makanan, termasuk restoran, premis makanan segera, dan di rumah.

  • Mengapakah penggunaan minyak masak berulang kali berbahaya?

    Jika anda sering menggoreng makanan, anda boleh menyimpan minyak masak terpakai untuk diguna semula dengan menapisnya menggunakan penapis kopi atau beberapa lapisan kain nipis untuk mengeluarkan sebarang sisa dan serdak.

    Sila tukar minyak masak anda secara berkala atas sebab-sebab kesihatan.2 Mengapa? Ini kerana menggunakan semula minyak masak secara berulang kali3 boleh meningkatkan risiko kesihatan disebabkan perubahan kimia yang berlaku semasa proses memasak.4

    Selain itu, setiap kali anda mengguna semula minyak masak, kualitinya semakin terjejas dan takat asapnya (smoke point) semakin menurun.
  • Apakah kepentingan membuang minyak masak terpakai dengan cara yang betul?

    Membuang minyak masak terpakai dengan cara yang salah seperti menuang terus ke sinki atau parit berdekatan, boleh memberi impak buruk kepada alam sekitar dan masyarakat secara umum.

    Antara impak negatif daripada pembuangan minyak masak dengan cara yang salah adalah:
    1. Paip atau parit tersumbat.5
    2. Menarik serangga atau binatang yang membawa penyakit.
    3. Kos tinggi untuk menjaga sistem pembuangan air.6
    4. Banjir kilat akibat sistem saliran tersumbat.
  • Apakah langkah-langkah mengitar semula UCO?

    Langkah-langkah mengitar semula UCO adalah seperti berikut:
    1. Selepas digunakan, biarkan minyak masak terpakai sejuk terlebih dahulu. Kemudian, simpan minyak masak terpakai dalam bekas yang sesuai.
    2. Rujuk kepada lokasi pusat pengumpulan minyak masak terpakai di stesen PETRONAS terdekat yang mengambil bahagian.
    3. Kunjungi stesen tersebut, serahkan minyak masak terpakai anda, dan terima bayaran tunai.
  • Apakah waktu operasi pusat pengumpulan minyak masak terpakai?

    Waktu operasi bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa sekiranya faktor cuaca tidak mengizinkan atau memudaratkan kepada operasi. Rujuk kepada stesen tersebut sebelum membuat penghantaran.

Ooops!
Generic Popup