BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Bahan Api Komersial dan Perindustrian

Rangkaian Produk Kami

Aviation Avgas
Bahan api penerbangan untuk pesawat berenjin omboh salingan
Aviation Avgas
Aviation Jet A-1
Bahan api penerbangan untuk pesawat berenjin turbin
Aviation Jet A-1
Diesel
Untuk Enjin Diesel Mampatan Swapencucuhan
Diesel
Bitumen
Meningkatkan Rintangan Pengikat terhadap Penuaan, Pengeluman dan Pemecahan
Bitumen
INDUSTRI MINYAK BAHAN API
Untuk Dandang, Relau, Ketuhar dan Bunker – Enjin Penjanaan Diesel
INDUSTRI MINYAK BAHAN API
MINYAK BAHAN API MARIN
Untuk Dandang, Relau, Ketuhar dan Bunker – Enjin Marin
MINYAK BAHAN API MARIN
Ron 95
Bahan api untuk enjin pencucuhan percikan tinggi
Ron 95
Sistem Virtual Pipeline (VPS)
Gas Asli Cecair atau LNG pertama yang dibawa menggunakan trak
Sistem Virtual Pipeline (VPS)
Aviation Avgas

Di lokasi tertentu kami membekalkan pesawat berenjin omboh salingan dengan Gasolin Penerbangan bergred 100LL (rendah plumbum).
Penggunaan
Bahan api gred kerosin ini sesuai untuk kebanyakan pesawat berenjin turbin kerana ia mempunyai ciri-ciri pembakaran yang kuat dan kandungan tenaga yang tinggi.
Spesifikasi
Avgas ini menepati spesifikasi berikut:
  • Gred ini tersenarai di bawah spesifikasi terkini ASTM D 910 atau spesifikasi UK MOD iaitu DEF STAN 91-090.
Aviation Jet A-1

PETRONAS Aviation membekalkan Jet-A1 untuk pesawat komersial di pelbagai lapangan terbang di seluruh dunia.
Penggunaan
Bahan api gred kerosin ini sesuai untuk kebanyakan pesawat berenjin turbin kerana ia mempunyai ciri-ciri pembakaran yang kuat dan kandungan tenaga yang tinggi.
Spesifikasi
Avgas ini menepati spesifikasi berikut:
  • Ia mempunyai titik nyala minimum 38°C manakala titik sejuk beku maksimumnya 47°C.
  • Kami menggunakan Senarai Semak AFQRJOS terkini yang memenuhi dua spesifikasi utama untuk Jet A-1 (spesifikasi UK MOD iaitu DEF STAN 91-091 manakala spesifikasi ASTM pula ialah D 1655-16c.
Diesel

Untuk Enjin Diesel Mampatan Swapencucuhan
Penggunaan
Diesel PETRONAS merupakan bahan api indeks setana tinggi yang direka untuk kegunaan dalam enjin mampatan swapencucuhan berkelajuan rendah dan tinggi untuk memberikan operasi yang berkesan, boleh dipercayai dan lancar. Ia memiliki kelikatan yang sesuai untuk sistem suntikan bahan api penting dalam memberikan perlindungan maksimum terhadap kehausan dan kebocoran. Ia juga sesuai untuk keperluan industri terutamanya untuk pembakaran langsung, seperti dandang, relau, pengering, dll.
Spesifikasi
Diesel ini menepati spesifikasi berikut:
  • SIRIM MS 123:2005 (AMD. 1) 3rd Revision
Bahan api diesel mungkin mengandungi sehingga 5% (v/v) Palm Methyl Ester (PME) yang mematuhi SIRIM MS 2008 dan EN 14214



Bitumen 60-70 (Asphalt)

Meningkatkan Rintangan Pengikat terhadap Penuaan, Pengeluman dan Pemecahan.

Penggunaan
Digunakan terutamanya dalam pembinaan jalan raya sebagai pengikat dalam Hot Mix Asphalt (HMA) dan sebagai komponen utama untuk menghasilkan emulsi bitumen yang digunakan sebagai lapisan prima dan lapisan pelekat.

Ia juga boleh digunakan sebagai komponen adunan dalam penghasilan polimer yang diubah suai dengan bitumen / asfalt (PMB/PMA)
Spesifikasi
Bitumen ini (asfalt) menepatii spesifikasi berikut:
  • SIRIM MS 124 : 1996
Industri minyak bahan api

Gred minyak bahan api kami adalah seperti berikut:
  • Minyak Bahan Api 80cst
  • Minyak Bahan Api 180cst
Penggunaan
Untuk dandang, relau dan ketuhar.
Spesifikasi
Minyak bahan api 180cst PETRONAS menepati spesifikasi berikut:
  • SIRIM MS 122 (1986)
  • JIS K 2205 (1980)
  • ASTM D 396
  • BS 2869 (1983)
Minyak bahan api marin

Gred minyak bahan api kami adalah seperti berikut:
  • Minyak Bahan Api 180cst
  • Minyak Bahan Api 380cst (RMG 380)
Penggunaan
Untuk Dandang, Relau, Ketuhar dan Bunker – Enjin Marin. Kebiasaannya dikenali sebagai Bahan Api Bunker.
Spesifikasi
Minyak bahan api 180cst PETRONAS menepati spesifikasi berikut:
  • SIRIM MS 122 (1986)
  • JIS K 2205 (1980)
  • ASTM D 396 (No. 6)BS 2869 (1983)
Minyak bahan api 380cst PETRONAS menepati spesifikasi berikut:
  • ISO 8217:2010 Kategori ISO-F-RMG 380 kecuali sifat Minyak Pelincir Terpakai (ULO)
Ron 95

Penggunaan
Bahan api untuk enjin pencucuhan percikan tinggi.
Spesifikasi
Bahan api ini menepati spesifikasi berikut:
  • SIRIM MS 118:2005 Bahagian 2 untuk Tekanan Wap Reid
Bahan api diesel mungkin mengandungi sehingga 5% (v/v) Palm Methyl Ester (PME) yang mematuhi SIRIM MS 2008 dan EN 14214
Sistem Virtual Pipeline (VPS)

Gas Asli Cecair atau LNG pertama yang dibawa menggunakan trak .
PDB kini mempunyai keupayaan untuk menghantar LNG menggunakan trak yang dilengkapi dengan tangki kriogenik. Industri di Semenanjung Malaysia yang tidak tersambung ke infrastruktur gas asli kini boleh mendapat akses kepada tenaga yang lebih bersih.

Penyelesaian inovatif ini adalah sebahagian daripada komitmen PETRONAS kearah kelestarian alam sekitar dalam penggunaan gas asli di Semenanjung Malaysia. Gas asli adalah bahan bakar fosil yang paling bersih, yang mempunyai kurang pelepasan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, merkuri dan zarah lain daripada arang batu.

Anda boleh hubungi Hamisunizam M Suhod, Ketua Pembangunan Perniagaan, Peruncitan LNG di PETRONAS Dagangan Berhad ([email protected] / +603 - 2331 4932) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VPS PDB.
Ooops!
Generic Popup