Setel Express Point ialah lokasi sehenti yang membolehkan anda membeli, menghantar dan mengambil sendiri Pek Setel Express anda untuk penghantaran. Anda boleh semak senarai Setel Express Point yang terletak di dalam Kedai Mesra di stesen PETRONAS terpilih di sini.
Kami membuat penghantaran ke Semenanjung Malaysia sahaja (lihat senarai kawasan liputan penuh di sini), dengan jangkaan masa penghantaran sehingga 24 jam untuk dalam negeri dan sehingga 4 hari untuk penghantaran antara negeri.
Anda boleh menghantar (drop-off) Pek Setel Express anda di mana-mana Setel Express Point dari jam 8 pagi hingga 11 malam (Isnin hingga Ahad). Hari Ahad dianggap sebagai hari tidak bekerja, oleh itu sebarang penghantaran pada hari Ahad memerlukan tambahan satu (1) hari bekerja untuk penghantaran. Begitu juga dengan, sebarang penghantaran (drop-off) selepas jam 4 petang akan dianggap sebagai 'penghantaran hari berikutnya' dan memerlukan tambahan satu (1) hari bekerja untuk penghantaran.
Tidak, anda tidak memerlukan akaun untuk menggunakan Pek Setel Express kami. Hanya beli Pek Setel Express anda, pilih fungsi 'Hantar Bungkusan' di aplikasi Setel untuk imbas kod QR dan membuat penghantaran. Akhir sekali, hantarkan (drop-off) Pek Setel Express anda di Setel Express Point terdekat.
Semua Pek Setel Express yang dijual tidak boleh dikembalikan/tidak boleh ditukar. Sekiranya kod QR pada Pek Setel Express anda tidak dapat diimbas, sila hubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.
Anda boleh lihat senarai penuh barangan terlarang di sini.
Tidak, Pek Setel Express anda tidak mempunyai tarikh luput.
Tidak, hanya Pek Setel Express yang diterima untuk penghantaran dalam rangkaian kami.
Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui e-mel [email protected] atau melalui WhatsApp di +6011 268 12341 untuk mendapatkan bantuan.