Soalan-soalan Lazim
Aplikasi GAS PETRONAS Home Delivery (GPHD) adalah sebuah aplikasi mudah alih yang menyediakan servis pembelian atas talian (online) dan penghantaran silinder gas masak LPG (Liquified Petroleum Gas).
Servis hanya tersedia sekitar kawasan Bukit Jelutong, Kota Damansara, Ara Damansara, Shah Alam, TTDI Jaya, Kota Kemuning, Gombak, Selayang, Kepong, Sentul and Setapak.
Kaedah pembayaran untuk Aplikasi GPHD adalah Tunai (COD) kepada penghantar sebaik sahaja barangan diterima oleh pengguna.
Peniaga GPHD akan menghantar Gas PETRONAS 14kg atau 12kg mengikut pilihan pengguna ketika membuat pesanan di aplikasi GPHD.
Terdapat 2 jenis silinder:
Harga adalah pada kadar yang ditetapkan.
GPHD beroperasi 6 hari seminggu (Isnin-Sabtu), kecuali pada hari ahad dan cuti umum. Waktu bagi servis penghantaran bermula dari pukul 9.00 am – 6.00 pm mengikut trafik.
Pemeriksaan status pesanan boleh dilakukan di halaman utama aplikasi GPHD. Sila rujuk butang indikasi status pesanan.
Sejarah pembelian boleh dicari di bahagian “Orders” di halaman utama aplikasi. Sentuh “View All” untuk lihat 10 pesanan yang terakhir.
Alamat rumah boleh ditambah secara manual dengan menyentuh ikon carian di sebelah kiri atas aplikasi untuk memasukkan alamat baharu.
Anda boleh mengubah emel menerusi:
*Anda perlu log masuk terdahulu untuk mengubah maklumat profil.
Pengguna boleh menambah atau mengedit alamat dengan menavigasi di bawah "Orders" pada skrin utama dan mengetik pada " Default Delivery Address” untuk membawa ke skrin "Addresses". Anda juga boleh menambah alamat baru dengan menekan ikon "+" di sebelah kanan atas skrin "Addresses".
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PETRONAS Mesralink di 1-300-88-8181 dengan nombor pesanan anda yang anda ingin edit atau batalkan. Anda boleh menemui maklumat ini di halaman sejarah pesanan di bahagian "Orders" di halaman utama.
Penghantaran pada hari yang sama mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit hingga 4 jam, bergantung kepada keadaan lalu lintas dan cuaca. Oleh itu, pesanan boleh diletakkan selewat-lewatnya pada pukul 3.00 p.m. pada hari yang sama. Sebarang pesanan yang diletakkan lewat daripada 3.00 p.m. hanya akan dihantar pada hari berikutnya.
Pengguna hanya boleh memesan satu jenis produk pada satu masa, maksimum lima kuantiti produk tersebut bagi setiap pesanan. Pengguna kemudiannya boleh membuat pesanan tambahan seperti yang diperlukan.
Peniaga GPHD akan menerima pertukaran silinder LPG kosong 14kg atau 12kg bagi semua jenama. Walau bagaimanapun, Peniaga GPHD tidak akan menerima silinder 10 kg untuk pertukaran.
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PETRONAS Mesralink di 1-300-888-181.
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PETRONAS Mesralink di 1-300-88-8181 dengan memaklumkan nombor pesanan anda yang telah anda buat. Anda mungkin menemui maklumat ini di halaman sejarah pesanan di bahagian "Orders" di halama utama.
Ya, anda boleh membuat pesanan bagi pihak orang lain dengan memasukkan alamat penghantara bagi pihak tersebut.
Sila rujuk silinder LPG untuk petunjuk berkata 14kg atau 12kg. Sila ambil perhatian bahawa silinder LPG 10 kg tidak akan diterima oleh peniaga GPHD untuk pertukaran silinder.
Anda akan menerima 14 mata untuk pembelian silinder 14 kg dan 12 mata untuk pembelian silinder 12 kg.