Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Cara mudah mendapatkan subsidi
BUDI MADANI RON95
dengan aplikasi Setel
No MyKad needed everytime you fuel
Skip the queue
Faster with one-tap fuelling
Setel adalah cara paling mudah untuk menikmati BUDI MADANI RON95 tanpa langkah rumit atau menunggu lama. Sahkan MyKad anda sekali sahaja dan isi minyak tanpa menggunakannya selepas itu. Anda juga boleh semak kelayakan serta baki BUDI MADANI RON95 sambil menikmati kemudahan tanpa tunai dan tanpa kad sepenuhnya. Malah, anda terus mengumpul mata ganjaran Mesra Rewards, menjejak perbelanjaan, dan mengurus semua keperluan pengisian minyak anda dalam satu aplikasi.
Setel adalah cara paling mudah untuk menikmati BUDI MADANI RON95 tanpa langkah rumit atau menunggu lama. 

Sahkan MyKad anda sekali sahaja dan isi minyak tanpa menggunakannya selepas itu. Anda juga boleh semak kelayakan serta baki BUDI MADANI RON95 sambil menikmati kemudahan tanpa tunai dan tanpa kad sepenuhnya. 

Malah, anda terus mengumpul mata ganjaran Mesra Rewards, menjejak perbelanjaan, dan mengurus semua keperluan pengisian minyak anda dalam satu aplikasi.
Guna Setel untuk BUDI MADANI RON95 dan nikmati sehingga 3x mata ganjaran Mesra! Cara paling mudah dan berbaloi. Senangnya!
Sahkan MyKad sekali, isi minyak bila-bila masa
Isi minyak cepat dengan Pengisian One-tap.
Kumpul dan tebus sehingga 3x mata ganjaran Mesra

Cara lain untuk menikmati BUDI MADANI RON95

Pilih cara pembayaran di bawah untuk ketahui lebih lanjut
Di 
Pam
  • Masukkan MyKad di terminal pembayaran
  • Ikuti arahan pada skrin
  • Bayar dengan kad

Di 

Kedai 
Mesra
  • Sahkan kelayakan dengan MyKad
  • Bayar dengan tunai/kad

Via 

Setel Lite
  • Untuk telefon lama
  • Mesra data
  • Tidak mengambil ruang telefon
  • Dapatkan sehingga 3x mata ganjaran

Via 

Touch n Go 
eWallet
  • Sahkan TNG eWallet anda dengan MyKad
  • Pergi ke Pengankutan
  • Ketik pada ikon PETRONAS melaluui Setel

Di Pam


Isi minyak BUDI MADANI RON95
melalui Outdoor Payment Terminal (OPT)

Pilih amaun &
buat bayaran

Masukkan MyKad untuk sahkan kelayakan BUDI95

Jika layak, tekan
Teruskan dengan pembelian

Jika tidak layak, pembelian akan dibuat pada harga biasa

Angkat nozel dan mula
isi minyak

Nak lebih nilai? Masukkan nombor telefon untuk kumpul mata ganjaran Mesra Rewards

Cetak resit terakhir untuk butiran pembayaran BUDI95

Di Kedai Mesra


Isi minyak BUDI MADANI RON95
melalui Indoor Payment Terminal (IPT)

Masukkan MyKad anda untuk sahkan kelayakan BUDI95.

Kelayakan disahkan. Teruskan pembelian anda

Buat pembayaran dan isi minyak.

Nak lebih nilai? Masukkan nombor telefon untuk kumpul mata ganjaran Mesra Rewards

Terima resit terakhir selepas tamat isian minyak.

Via Setel Lite


Isi minyak BUDI MADANI RON95
melalui Setel Lite

Semak Kelayakan

(Hanya sekali sahaja)

1

Tekan BUDI95

2

Tekan Semak Kelayakan

Sahkan akaun anda - eYKC

(Hanya sekali sahaja)

1

Tekan Semak Kelayakan

2

Tekan Sahkan Akaun

3

Ambil gambar MyKad

4

Ambil swafoto

5

Lengkapkan butiran tambahan

1

Tekan Pembelian Petrol

2

Tekan nombor pam, jumlah, RON95

3

Aktifkan BUDI95

4

Jumlah minyak yang anda dapat

5

Jumlah yang anda bayar

1

Tekan Bayar

2

Maklumkan juruwang amaun & nombor pam

3

Aktifkan BUDI95

4

Tunjukkan kod bar kepada juruwang

Via Touch n Go eWallet


Isi minyak BUDI MADANI RON95
melalui Touch n Go eWallet

1

Tekan More

2

Tekan PETRONAS via Setel

3

Tekan Purchase Fuel

4

Pilih nombor pam, jumlah, RON95

5

Bayar dengan TNG eWallet

6

Jumlah minyak yang
anda dapat

7

Jumlah yang anda bayar

Soalan-Soalan Lazim
  • Bilakah BUDI MADANI RON95 akan dilaksanakan?

    Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat:

    • 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 akan dibuka kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
    • 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 akan dibuka kepada penerima STR yang terdiri daripada golongan B40; dan
    • 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 akan dibuka kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah.

  • Berapakah harga terkini RON95?

    Bermula 30 September 2025, warganegara Malaysia yang layak menerima subsidi akan menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter di bawah program BUDI95. Harga terdahulu adalah RM2.05.

    Bagaimanapun, anggota polis dan tentera akan diberikan akses lebih awal bermula 27 September 2025 dan penerima STR daripada golongan B40 pada 28 September 2025.

    Jika anda tidak layak menerima skim BUDI95, anda perlu membayar pada harga pasaran terkini, anggaran dalam RM2.60 seliter

  • Apakah kriteria kelayakan BUDI95?

    Untuk mendapat kelayakan BUDI95, anda mestilah warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas, mempunyai lesen memandu yang sah dan MyKad yang masih berfungsi. Setiap individu mempunyai siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter untuk pembelian petrol RON95 pada harga minyak BUDI95 (baki kelayakan BUDI95 adalah lebih tinggi untuk pemandu e-hailing).

  • Bagaimanakah saya boleh menyemak kelayakan BUDI95?

    1. Melalui portal rasmi

    • Layari www.budimadani.gov.my
    • Pilih “BUDI MADANI RON95”
    • Pilih “BUDI MADANI INDIVIDU 95"
    • Masukkan nombor MyKad anda → sistem akan memaparkan kelayakan serta baki kelayakan BUDI95 anda.

    2. Melalui aplikasi SETEL
    • Buka aplikasi Setel di telefon pintar anda.
    • Cari dan klik butang “BUDI95”
    • Pilih “Semak Kelayakan”.
    • Jika anda masih belum sahkan akaun e-KYC anda, sila muat naik MyKad dan ambil gambar swafoto (atau ’selfie’) anda serta mengisi butiran peribadi yang diperlukan.
    • Setelah akaun disahkan, aplikasi akan memaparkan kelayakan dan baki kelayakan BUDI95.

    3. Di stesen minyak
    • Di pam minyak, masukkan MyKad anda ke dalam pembaca kad (selepas memilih jumlah RM yang dikehendaki dan masukan kad Kredit/Debit)
    • Di kaunter juruwang, masukkan MyKad anda ke dalam terminal untuk sahkan kelayakan BUDI95 serta-merta. (sebelum pembayaran tunai/kad)

    4. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95


  • Apakah mekanisme untuk BUDI MADANI RON95?

    i. Kelayakan bersasar

    • Hanya warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan keatas dengan:
    • Lesen memandu yang sah (disahkan oleh JPJ)
    • MyKad yang berfungsi (untuk pengesahan)

    ii. Baki Kelayakan BUDI95
    • Setiap warganegara Malaysia yang layak akan menerima 300 liter sebulan baki kelayakan BUDI95.
    • Pemandu e-hailing boleh memohon subsidi tambahan (Sila rujuk kepada Seksyen e-hailing dalam Soalan Lazim (FAQ) ini)
    • Pembelian yang melebihi baki kelayakan BUDI95 akan dikenakan pada harga pasaran terkini.

    iii. Pengesahan Digital
    • Di stesen minyak, pengesahan boleh dilakukan melalui:
      • Masukkan MyKad di pam/OPT (selepas memilih jumlah RM yang dikehendaki dan masukan kad Kredit/Debit), atau
      • Menggunakan aplikasi Setel (memastikan pengisian yang lebih mudah dan efisien)
    • Harga akan ditetapkan secara automatik berdasarkan baki kelayakan BUDI95 anda.

    iv. Penolakan Serta-merta
    • Setiap pembelian minyak akan serta-merta menolak jumlah liter yang digunakan daripada baki kelayakan BUDI95 anda.
    • Setelah baki kelayakan BUDI95 anda digunakan sepenuhnya, anda akan dikenakan harga pasaran terkini yang dipaparkan di pam minyak secara automatik sehingga baki kelayakan BUDI95 anda diset semula pada bulan berikutnya.

    v. Kemas kini bulanan
    • Baki BUDI95 akan diset semula pada hari pertama setiap bulan.
    • Anda tidak boleh membawa baki ke bulan hadapan— baki kelayakan BUDI95 yang tidak digunakan akan dilupuskan.

  • Apakah proses untuk pembelian minyak bagi individu yang layak menerima BUDI95?

    Terdapat 4 cara untuk anda menikmati BUDI95 di stesen PETRONAS.Melalui aplikasi Setel

    Melalui aplikasi Setel
    1. Bukan Pengguna Setel] Muat turn aplikasi Setel dan lengkapkan pendaftaran termasuk e-KYC.
    2. Buka aplikasi Setel dan pastikan baki kelayakan BUDI95 anda mencukupi.
    3. Kenalpasti nombor pam dan masukkan jumlah pengisian (RM)
    4. Tunggu sehingga pam diaktifkan
    5. Isi dan kumpul sehingga 3x Mata Ganjaran Mesra Rewards.

    Melalui “PETRONAS via Setel” di aplikasi TNG.
    1. Buka aplikasi TNG
    2. Cari butang “PETRONAS via Setel”.
    3. Lengkapkan pendaftaran kali pertama untuk membolehkan anda menggunakan fungsi PETRONAS via Setel dengan mudah (pastikan nombor telefon yang didaftarkan di Setel adalah sama dengan nombor telefon aplikasi TNG anda)
    4. Kenalpasti nombor pam dan masukan jumlah pengisian (RM)
    5. Tunggu sehingga pam diaktifkan.
    6. Mulakan pengisian – pembayaran akan ditolak melalui baki e-wallet TNG anda.

    Pembayaran melalui kad debit/kredit di terminal pembayaran luar (OPT)
    1. Pilih atau masukkan amaun yang anda inginkan.
    2. Masukkan atau sentuh kad bank pada terminal kad
    3. Masukkan kad pengenalan anda pada pembaca kad untuk pengesahan kelayakan BUDI95.
    4. Angkat nozel untuk memulakan pengisian.
    5. Tekan “Cetak Resit” selepas pengisian selesai (optional)

    Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.

    Melalui terminal pembayaran dalam kedai (IPT):
    1. Berikan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan kelayakan BUDI95.
    2. Pastikan baki kelayakan BUDI95 mencukupi sebelum maklumkan kepada juruwang jumlah yang anda inginkan.
    3. Bayar menggunakan wang tunai/kad kredit/kad debit.
    4. Mulakan pengisian selepas juruwang mengaktifkan pam anda.

    Tip: Untuk mengumpul Mata Ganjaran Mesra Reward, sila masukkan nombor telefon anda selepas pengesahan BUDI95.

  • Jika saya telah gunakan keseluruhan baki kelayakan BUDI95, berapakah harga minyak yang saya perlu bayar untuk RON95?

    Jika anda telah gunakan keseluruhan 300L kelayakan BUDI95 bulanan anda, sebarang pembelian RON95 tambahan dalam bulan yang sama akan dikenakan harga pasaran, dengan harga terkini pada RM2.60 seliter.

  • Bolehkah saya kumpul mata ganjaran Mesra Rewards jika saya beli RON95 pada harga minyak BUDI95?
    Ya. Anda boleh kumpul mata ganjaran sehingga 3x mata ganjaran dengan Setel dan 1x mata ganjaran dengan Cardless Mesra.
  • Bagaimana dengan pemandu e-hailing atau yang memerlukan lebih 300 liter?
    Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada had ini dan boleh memohon kelayakan tambahan. Untuk sebarang permohonan tambahan kuota, sila tunggu pengumuman selanjutnya daripada pihak Kerajaan.
Jika anda pemilik perniagaan, ketahui cara menikmati bahan api bersubsidi (Diesel dan Petrol) melalui SmartPay.
Jika anda pemilik perniagaan, ketahui cara menikmati bahan api bersubsidi (Diesel dan Petrol) melalui SmartPay.
Perlukan bantuan?
Sila tanya kru PETRONAS atau hubungi Mesralink:
Perlukan bantuan?
Sila tanya kru PETRONAS atau hubungi Mesralink:
+603-4264 5838
Untuk sebarang pertanyaan mengenai BUDI95, sila hubungi:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai BUDI95, sila hubungi:
+603-2631 4595
[insert number]
Ooops!
Generic Popup