BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Selamat Ulang Tahun ke-40 stesen PETRONAS TTDI

Tanggal 3 Julai 1981, kami telah membuka stesen pertama di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, di mana ia masih lancar beroperasi hingga ke hari ini dan telah berkhidmat kepada ramai pelanggan selama 40 tahun. Pelancaran stesen pertama kami menandakan permulaan yang signifikan bagi PETRONAS dalam segmen hiliran industri petroleum Malaysia, dan yang paling penting, ia juga merupakan permulaan untuk menunaikan janji jenama kami kepada anda, pelanggan kami.

Detik ini juga telah memberi landasan kepada kami untuk membuka lebih banyak stesen di seluruh Malaysia. Kini, dengan lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara, stesen kami bukan hanya sekadar “pit-stop” untuk pelanggan mengisi minyak. Malah, terus dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan dan memudahkan urusan anda, seperti stesen kejiranan anda di Taman Tun Dr. Ismail!

Walaupun 40 tahun sudah lama berlalu, foto-foto ini mengingatkan betapa jauh kami telah berkembang. Untuk ini, setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada rakyat Malaysia kerana anda adalah pemangkin kejayaan kami. Kami berharap untuk terus menjadikan kehidupan harian anda lebih mudah dan lebih baik.

Ooops!
Generic Popup