Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
PETRONAS Dagangan Dukung Penetapan Minda ‘Safety-First’ di Stesen Minyak

Kuala Berang, Terengganu, 28 November 2021 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini menganjurkan Kempen Keselamatan Pengguna dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Stesen Minyak PETRONAS Kuala Berang, Terengganu.

Kempen ini bertujuan untuk mendidik orang ramai, terutamanya pelajar, mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil apabila berada di stesen minyak dan di jalan raya secara amnya. Sehubungan itu, satu taklimat keselamatan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, yang bertumpu kepada keselamatan jalan raya serta bahaya enjin kereta dan motosikal yang diubah suai.

Kempen ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, YB Dato’ Hj Rosol bin Wahid bersama-sama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani.

YB Dato’ Rosol berkata “Kempen ini juga selaras dengan peranan KPDNHEP menerusi Unit Keselamatan Petroleum yang bertanggungjawab memantau isu keselamatan dalam industri petroleum dengan menyedia dan mengemaskini dasar, akta dan peraturan-peraturan khususnya Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984. Disiplin menjaga keselamatan di stesen minyak ini umpamanya tidak hanya terletak di bahu kerajaan mahupun pengendali stesen minyak, tetapi juga memerlukan kerjasama dan penglibatan masyarakat keseluruhannya.

Sejajar dengan usaha mempromosikan Kuala Berang sebagai hab e-wallet, PDB juga telah menyumbang e-baucar Setel bernilai RM10 kepada 500 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan penduduk setempat Aplikasi Setel memberikan pelanggan pengalaman yang lancar dan mudah untuk pembelian bahan api dan barangan di Kedai Mesra, dan membolehkan mereka untuk mengutip dan menebus mata ganjaran Mesra daripada aplikasi ini. Ini membantu mengurangkan sentuhan fizikal ketika membuat transaksi semasa pandemik, sejajar dengan janji PDB untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan kami lebih mudah dan bermanfaat.

Pada majlis itu, Azrul berkata, “Kerjasama dengan pihak Kementerian adalah salah satu usaha berterusan pihak kami untuk menerapkan penetapan minda “safety-first” di kalangan para pengguna. Kami juga bekerjasama rapat dengan pengusaha stesen kami bagi memastikan segala aspek keselamatan di stesen mematuhi piawaian garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan agar kami dapat menyediakan kepada pelanggan kami pengalaman mengisi minyak yang selamat dan selesa.”

Di samping itu, semua stesen PETRONAS telah dikenalpasti sebagai the Go-to-safety-point untuk orang ramai semasa kecemasan. Semua pengusaha dan kakitangan stesen PETRONAS telah dilatih untuk memberi pertolongan cemas jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

PDB turut mengumumkan bahawa Kedai Mesra kini menjual kit ujian kendiri COVID-19 untuk kemudahan pelanggannya. Selain itu, Kedai Mesra turut mempromosikan pelbagai produk tempatan selaras dengan matlamat Kementerian untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli barangan tempatan.

Ooops!
Generic Popup