PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) merujuk kepada sebuah klip video daripada Oktober 2017 yang kini dimuat naik semula di media sosial, berkaitan aduan seorang pelanggan tentang kuantiti bahan api di salah sebuah stesen PETRONAS.
PDB ingin menjelaskan bahawa perkara ini telah selesai dan ditutup seperti pautan ini (
https://www.facebook.com/124509510941290/posts/1595038307221729/). Pihak kami juga ingin mengesahkan bahawa tiada aduan lanjut telah diterima sehingga hari ini.
Kami memohon jasa baik untuk berhenti menyebarkan sebarang tuntutan palsu atau tidak berasas. Untuk pertanyaan lanjut dan maklum balas, sila hubungi Mesralink di 1 300 88 8181.