PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) ingin memaklumkan bahawa beberapa buah kereta telah terjejas selepas mengisi minyak di stesen PETRONAS Tenom 2, Sabah pada 23 Mac 2023.
Kami mengambil serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pelanggan atas segala kesulitan. Kami telah berhubung dengan pelanggan yang terjejas dan sedang mengambil beberapa langkah penyelesaian.
Pengisian minyak petrol sedang diberhentikan buat sementara waktu di stesen ini untuk siasatan lanjut. Pengisian minyak diesel dan Kedai Mesra tetap beroperasi seperti biasa.
Kami ingin memberi jaminan bahawa stesen PETRONAS lain tidak terjejas. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini dan sekali lagi ingin memohon maaf.
Terima kasih.