Rasa bertuah? Anda juga boleh hantar impian anda untuk berpeluang menang!


BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Kejadian Motosikal Terbakar di Stesen PETRONAS Pekan Nenas

PETRONAS Dagangan Berhad ingin mengesahkan bahawa satu kebakaran melibatkan sebuah motosikal telah berlaku di Stesen PETRONAS Pekan Nenas pada 24 Jun 2021 pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan. Krew PETRONAS telah mengambil tindakan serta-merta dan berjaya memadamkan api. Sehubungan ini, kami ingin memaklumkan bahawa insiden ini tidak memberi sebarang ancaman kepada persekitaran masyarakat dan alam sekitar.

Untuk makluman, operasi kami mematuhi sepenuhnya polisi Kesihatan, Keselamatan, dan Persekitaran. Semua kemudahan dan peralatan di stesen kami mematuhi piawaian industri dan disahkan kebolehgunaannya. Kakitangan stesen juga telah menghadiri latihan yang disyaratkan.

Kami juga ingin menekankan bahawa melindungi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja, masyarakat dan persekitaran tetap menjadi keutamaan kami.

Ooops!
Generic Popup