Pengenalan Steers & Debonairs Pizza & Status Halal
Steers dan Debonairs Pizza kini dibuka di Malaysia melalui PETRONAS. Kedua-dua restoran ini sedang melalui proses pensijilan halal, di mana semua bahan dan kaedah penyediaan selaras dengan piawaian halal. Disertakan sini jawapan kepada soalan lazim berkaitan status halal serta usaha pematuhan yang sedang dijalankan
Mengenai Steers
Steers adalah salah satu jenama restoran perkhidmatan pantas (QSR) paling berjaya di Afrika Selatan, dengan kedudukan kukuh dalam pasaran yang sangat kompetitif. Jenama ini terkenal kerana patinya yang diperbuat daripada 100% daging lembu kisar, kentang goreng yang dipotong sendiri, penggunaan bahan-bahan segar serta rasa yang sukar ditandingi. Bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, Steers turut menawarkan pilihan sarapan, hidangan daging lembu dan ayam yang dipanggang di atas api, burger ayam serta pilihan mesra vegan.
Pengasas Steers dan Famous Brands, George Halamandres, mendapat ilham untuk membangunkan Steers pada awal 1960-an ketika bercuti di Amerika Syarikat, apabila beliau didedahkan dengan konsep inovatif dalam industri makanan. Menjelang penghujung 1990-an, Steers mula berkembang ke luar Afrika Selatan. Hari ini, Steers mengendalikan 744 restoran yang merangkumi 14 pasaran.
Mengenai Debonairs Pizza
Debonairs Pizza ialah jenama terkemuka pasaran yang terkenal kerana tumpuan berterusannya terhadap inovasi piza, kemurahan, penggunaan bahan berkualiti serta perkhidmatan penghantaran ke rumah. Debonairs Pizza merupakan jenama piza Afrika pertama yang memperkenalkan tempahan secara dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih. Antara menu ikonik yang menjadi kegemaran ramai termasuk Triple-Decker, Crammed-Crust dan Double-Stack. Debonairs Pizza juga terkenal kerana sentiasa berani mencuba perisa baharu yang unik dan menarik.
Kisahnya bermula pada tahun 1991 apabila dua pelajar universiti, Craig MacKenzie dan Andrew Harvey, membuka restoran Debonairs Pizza pertama di Pietermaritzburg dengan modal yang terhad. Pada tahun 1996, Debonairs Pizza telah diambil alih oleh Steers Group, yang kemudiannya dikenali sebagai Famous Brands. Pada tahun 1997, ia telah membuka restoran pertamanya di luar Afrika Selatan di Eswatini. Kini, Debonairs Pizza mempunyai lebih 730 restoran dan beroperasi di 17 pasaran.
Komitmen Halal
Steers dan Debonairs Pizza kini sedang melalui proses pensijilan halal dengan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia. Sebagai azam dan komitmen kami terhadap ketelusan dan keyakinan pelanggan, kami memastikan semua operasi mematuhi keperluan yang ditetapkan sepanjang proses mendapatkan pensijilan penuh.
Bahagian Soalan Lazim (FAQ) di bawah menyediakan maklumat lanjut mengenai status halal serta proses yang sedang dijalankan.
Buat masa ini, kami dalam proses mendapatkan pensijilan halal. Selari dengan semua inisiatif MESRA, kami mengikuti proses yang tersusun dan teliti, dan kami komited untuk memenuhi semua piawaian yang ditetapkan. Pengumuman rasmi akan dibuat sebaik sahaja pensijilan diperolehi.
Tempoh pensijilan bergantung kepada proses penyeliaan pihak berkuasa. Kami ingin memastikan setiap ketetapan dipatuhi sepenuhnya. Kami sedang giat melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan dan akan berkongsi perkembangan terkini apabila kami sudah bersedia.
Ya, kami menggunakan bahan-bahan yang diperakui halal serta mengamalkan pengendalian dan penyediaan makanan yang mematuhi piawaian halal di seluruh operasi kami. Walaupun proses pensijilan masih berjalan, amalan kami telah diselaraskan dengan keperluan berkaitan bagi memastikan peralihan yang lancar sebaik sahaja pensijilan itu telah diluluskan.
Pensijilan halal merupakan satu proses yang terperinci dan melibatkan pelbagai peringkat, terutamanya bagi operasi baharu. Proses ini telah dimulakan lebih awal dan kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya. Kami sedang bergerak ke arah mendapatkan pensijilan halal sepenuhnya.