Kami melayan kerahsiaan data peribadi anda dengan serius, di mana ianya adalah sangat penting kepada kami. Data peribadi yang diberikan kepada Syarikat oleh anda akan dirahsiakan. Walaubagaimanapun, di dalam keadaan-keadaan tertentu, ia akan menjadi perlu bagi kami untuk menyediakan atau mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di atas untuk kategori-kategori berikut (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) dan di mana kami berbuat demikian, kami hanya akan mendedahkan data yang diperlukan bagi tujuan pendedahan itu:
- kepada entiti di dalam Kumpulan Syarikat PETRONAS termasuk syarikat-syarikat yang berkaitan, syarikat induk dan syarikat-syarikat bersekutu bagi tujuan-tujuan yang perlu termasuk bagi tujuan pemasaran dan analitik;
- atas perintah Mahkamah atau mana-mana orang kepada mana Syarikat terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau untuk menjawab kepada mana-mana agensi kompeten atau kerajaan, negeri, wilayah, kerajaan tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perbandaran, pengawal selia industri, agensi atau badan;
- kepada pihak penguatkuasaan undang-undang;
- kepada mana-mana subkontraktor atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga (sebagai contoh adalah juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, pembekal perkhidmatan, penganjur acara dan latihan, syarikat-syarikat telekomunikasi, pengkomputeran mega atau peyedia data sokongan dan penasihat lain).
Di samping itu, di mana kami menganggap sebagai perlu atau sesuai bagi maksud pengendalian perniagaan, penyimpanan data atau pemprosesan atau pengurusan pelanggan, kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda kepada ahli Kumpulan atau perkhidmatan atau pembekal produk pihak ketiga di dalam atau di luar negara di mana Syarikat itu ditubuhkan, di bawah keaadaan rahsia dan pada tahap perlindungan keselamatan yang serupa.