Hello! Apa khabar?
I am Nas.
EN
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Bekerjasama Dengan PETRONAS Untuk Memperluaskan Sektor EV Di Malaysia
Serdang, 9 Mac 2017 - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini dengan rasminya melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (ChargEV) yang pertama di Stesen Petronas Solaris, Serdang, Selangor. ChargEV adalah satu kemudahan baru yang ditawarkan Petronas dengan kerjasama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia), sebuah agensi KeTTHA.

Majlis pelancaran ChargEV yang dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, adalah kerjasama KeTTHA dan Petronas melalui Memorandum Persefahaman dengan GreenTech Malaysia. Sebanyak 66 stesen pengecas kenderaan elektrik akan dibangunkan di stesen-stesen Petronas di lebuhraya utama Semenanjung Malaysia, membolehkan pengguna EV pergi lebih jauh sehingga ke luar Lembah Klang.

Kemudahan stesen ChargEV ditawarkan secara percuma kepada pengguna sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan pemilikan kenderaan elektrik di Malaysia. Pemandu kenderaan elektrik juga ditawarkan menggunakan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PETRONAS sambil menunggu kenderaan mereka dicas, sekaligus membuktikan komitmen syarikat minyak ini untuk menyediakan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung.

KeTTHA memuji usaha PETRONAS dalam menyokong agenda hijau negara yang menggalakkan pengangkutan lestari. Kerajaan memberi tumpuan kepada pengangkutan lestari bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada sektor pengangkutan. Sokongan PETRONAS bagi meluaskan rangkaian ChargEV bakal mengukuhkan lagi ekosistem kenderaan elektrik Malaysia serta menggalakkan masyarakat beralih kepada kenderaan elektrik.

Kementerian menyeru lebih banyak syarikat di Malaysia untuk mengikut langkah PETRONAS dalam memainkan peranan yang lebih besar bagi menyokong Kerajaan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam agenda hijau negara. Ini selari dengan Pelan Mobiliti Elektrik dan Pelan Induk Teknologi Hijau KeTTHA yang mensasarkan menjelang tahun 2030, 100% pendaftaran baharu bagi kenderaan hakmilik persendirian adalah terdiri daripada kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik.

Sasaran pengurangan pelepasan karbon bagi sektor pengangkutan melalui penggunaan Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle, EEV) adalah sebanyak 199.7 ktCO2eq menjelang tahun 2020.

Kerjasama dengan KeTTHA melalui GreenTech Malaysia dilihat sebagai satu pencapaian yang signifikan bagi PETRONAS memandangkan ia merupakan syarikat minyak yang pertama dan terbesar di Malaysia yang membuatkan kemudahan ini boleh didapati di stesen-stesen mereka.

FUEL PRICE 

per litre as at 8 Mar 2019, 12:01 AM

PETRONAS PRIMAX 95 WITH PRO-DRIVE

RM1.89

PETRONAS PRIMAX 97

RM2.15

PETRONAS DYNAMIC DIESEL

RM1.84

PETRONAS DYNAMIC DIESEL EURO5

RM1.94

Ooops!
Generic Popup