ROVR menyediakan servis penghantaran bahan api PETRONAS Dynamic Diesel kepada pelanggan B2B mengikut jadual untuk memberikan pengalaman yang lancar dalam pengurusan logistik kenderaan muatan berat. Ini juga membolehkan proses pengisian bahan api dilakukan mengikut keselesaan pelanggan di premis mereka. ROVR juga berupaya menghantar PETRONAS Primax 95 atau 97 kepada pengguna massa.
Trak bahan api ROVR dijamin dan disahkan selamat untuk penghantaran dan pengisian bahan api, berdasarkan ketetapan kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar (HSSE) yang ketat oleh pihak berkuasa negara dan badan pengawalseliaan. Semua trak ROVR dilengkapi dengan sensor pada setiap masa untuk memantau maklumat penting dan mengekalkan keselamatan operasi sepanjang tempoh perkhidmatan.