Direka untuk Prestasi dan Kebolehpercayaan
PETRONAS menyediakan campuran biodiesel B7, B10 dan B20.
Pilih campuran yang paling sesuai dengan keperluan operasi, panduan OEM dan pelan pematuhan anda.
Terokai Biodiesel PETRONAS yang dirumus untuk prestasi dan dibangunkan untuk kemampanan
Penyelesaian mudah guna untuk kebanyakan enjin diesel komersial.
Tork dan jarak perjalanan yang konsisten dalam keadaan lazim di Malaysia.
Kaedah pembekalan di seluruh negara – runcit, kad, pukal dan penghantaran terus.
Apa itu Biodiesel Sawit?
  • Dihasilkan daripada campuran diesel dengan Palm Methyl Ester (PME), digunakan secara meluas di Asia Tenggara dan dipasarkan dalam campuran seperti B7, B10 dan B20.
  • Kandungan biodiesel yang lebih tinggi membantu mengurangkan pelepasan karbon¹
  • Menyokong pengurangan jejak karbon dan selaras dengan sasaran kelestarian²
  • Serasi dengan kebanyakan enjin diesel³

Digunakan dalam campuran biasa di pasaran seperti B7, B10 dan B20.

¹ Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (2023), Kementerian Ekonomi – Biodiesel (B20, B30) dikenal pasti sebagai langkah utama mitigasi GHG, menyumbang kepada pengurangan pelepasan kitaran hayat.
²Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (2023), ms. 41–43 – Mandat pencampuran biofuel menyokong laluan Malaysia ke arah sifar bersih dan matlamat kemampanan industri.
³Biodiesel di Malaysia dihasilkan mengikut piawaian MS 2008:2014, yang menetapkan keperluan kualiti bahan api dan keserasian enjin.
Tawaran PETRONAS Biodiesel
Setiap campuran mengandungi peratusan biodiesel yang berbeza, disesuaikan untuk memenuhi keperluan operasi dan peraturan.
PETRONAS, pembekal pertama yang memperkenalkan B20 di pasaran, menyokong mandat negara dan sektor khusus bagi membantu perniagaan anda untuk kekal patuh dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Campuran
Kandungan Bio
Mengapa Pilih
Sesuai Untuk
Faktor Emisi PDB
B7
7%
Keserasian luas, mudah diterima pakai
Pelbagai kenderaan ringan
2.454 (KgCO2e/L)
B10
10%
Peningkatan dalam pengurangan karbon
Kenderaan komersial ringan, laluan jarak dekat
2.381 (KgCO2e/L)
B20
20%
GHG lebih rendah sehingga 13% berbanding B7, penyahkarbonan lebih pantas
Kenderaan logistik, bas, operasi depot
2.135 (KgCO2e/L)
Sebab B20 Penting
Biodiesel B20 = 20% Palm Methyl Ester (PME) + 80% Diesel
Menghasilkan pelepasan GHG lebih rendah sehingga 13% berbanding diesel fosil, berdasarkan analisa kitaran hayat*
Tidak memerlukan perubahan perkakasan untuk kebanyakan enjin diesel komersial (tertakluk kepada panduan OEM)
Ekzos lebih bersih → Pembakaran lebih sempurna, zarah berbahaya lebih rendah berbanding diesel fosil
* Berdasarkan analisa kitar hayat yang telah ditetapkan; keputusan sebenar bergantung pada kitaran operasi dan campuran.
Mengapa Pilih PETRONAS?
Pelepasan Lebih Rendah Terbukti
  • Formula pelepasan GHG tersendiri berdasarkan pengiraan saintifik.
  • Pelepasan emisi lebih rendah yang terbukti melalui analisa kitaran hayat, disahkan oleh badan antarabangsa*
Kecekapan Operasi
  • Bekalan terjamin dan boleh dipercayai
  • Penghantaran tepat masa
  • Tersedia secara meluas di seluruh Malaysia**
Kualiti Produk
  • Kawalan kualiti ketat
  • Menyediakan campuran bio bahan api yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda (B7, B10 dan B20)
*Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (2023), Kementerian Ekonomi, ms. 46
**Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (2023), ms. 41 – biodiesel digunakan secara meluas dalam sektor pengangkutan Malaysia
Ooops!
Generic Popup