Kad Hadiah PETRONAS merupakan kad hadiah tambah nilai yang fleksibel dan mudah digunakan pada bila-bila masa serta di mana jua. Ia memberikan kemudahan kepada pemegang kad untuk mengisi minyak dengan mudah terus di pam.
Tambah Nilai Jadi Mudah
Anda boleh melakukan tambah nilai Kad Hadiah ini secara masa nyata di mana-mana Stesen PETRONAS di seluruh negara. Kad Hadiah ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran bagi sebarang pembelian produk di Stesen PETRONAS.
Isi Minyak Dengan Ketenangan
Gunakan Kad Hadiah PETRONAS di stesen untuk membayar minyak anda dan kumpulkan mata ganjaran Mesra Rewards. Walau bagaimanapun, Kad Hadiah ini tidak boleh ditebus atau ditukar dengan wang tunai, dan ia bukan merupakan kad kredit, kad debit atau kad kesetiaan.
Terma & Syarat BAHARU: Pindahkan baki Kad Hadiah PETRONAS anda sebelum tamat tempoh 60 hari untuk kesahihan; baki yang tidak digunakan akan terbatal selepas 60 hari