BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
FAQs
Ketahui lebih lanjut mengenai Diesel Euro 5

Soalan-soalan Lazim

  • Mengapakah semua stesen PETRONAS menawarkan diesel Euro 5?

    Mulai 1 Oktober 2021, kerajaan telah menetapkan piawaian Euro 5 bagi menggantikan Euro 2. Semua bahan api diesel bagi kenderaan komersial dan kenderaan penumpang haruslah mematuhi spesifikasi Euro 5 sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penggunaan bahan api yang lebih bersih dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

  • Apakah gred diesel yang terdapat di semua stesen PETRONAS bermula 1 Oktober 2021?

    Semua stesen PETRONAS hanya menawarkan diesel gred Euro 5 bagi mematuhi piawaian kerajaan yang telah ditetapkan.

  • Adakah diesel Euro 2 masih ditawarkan?

    Tidak, semua stesen PETRONAS hanya menawarkan diesel gred Euro 5, mematuhi piawaian kerajaan yang telah ditetapkan kepada semua pembekal bahan api di Malaysia.

  • Apakah kelebihan Euro 5 berbanding Euro 2?

    Perbezaan utama antara diesel Euro 5 dan Euro 2 di Malaysia adalah jumlah kandungan sulfur dalam kedua-dua bahan api.

    Euro 5 mempunyai had kandungan maksimum sulfur iaitu 10ppm. Manakala, Euro 2 mempunyai sehingga 50x lebih banyak kandungan sulfur (maksimum 500ppm).

    Kandungan sulfur yang lebih rendah bermakna pelepasan toksik yang lebih rendah ke udara, menjadikan bahan api kami lebih bersih dan lebih baik untuk alam sekitar dan juga anda.

  • Adakah kandungan sulfur yang lebih rendah memberi kesan kepada prestasi enjin atau pengalaman memandu?

    Tidak, sulfur yang lebih rendah bermaksud pelepasan yang lebih bersih, bermakna ianya lebih baik untuk alam sekitar dan anda. PETRONAS Dynamic Diesel dengan Euro 5 dirumuskan dengan teknologi Pro-Drive untuk memberi anda pengalaman pemanduan yang lebih lancar.

  • Apakah B7, B10 & B20?

    B7, B10 dan B20 adalah gred biodiesel yang berbeza yang kami tawarkan. Ia merujuk kepada peratusan kandungan biodiesel yang dicampur ke dalam bahan api diesel. B7 bermaksud 7% kandungan biodiesel, B10 bermaksud 10% kandungan biodiesel dan B20 bermaksud 20% kandungan biodiesel.

  • Apakah biodiesel?

    Biodiesel adalah bahan api diesel yang diperolehi daripada sumber yang lebih mapan, seperti tumbuhan.

  • Mengapakah harga B7 lebih daripada harga B10 dan B20?

    Sehubungan dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahan api yang lebih bersih dan lebih baik untuk alam sekitar serta anda, harga bagi gred B10 dan B20 ditetapkan pada paras yang lebih rendah.

  • Apakah maksud kandungan biodiesel yang lebih tinggi /lebih rendah untuk prestasi enjin dan pengalaman memandu saya?

    Semua gred diesel PETRONAS Primax Euro 5 dirumuskan dengan teknologi Pro-Drive yang memberikan prestasi optimum. PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive membersih dan melindungi bahagian kritikal enjin diesel, penjimatan bahan api yang lebih dan pemanduan yang lebih lancar sama ada di jalan raya atau di mana jua.

  • Apa yang akan berlaku kepada enjin kenderaan saya jika saya mencampurkan B7 dengan B10?

    Euro 5 B7 dan B10 boleh digunakan secara bergilir-gilir untuk semua kenderaan diesel.

  • Apakah faedah menggunakan diesel B10/B20?

    Secara umumnya, penggunaan diesel Euro 5 menjadikan pelepasan toksik lebih rendah kerana kandungan sulfur yang rendah. Ia selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahan api yang lebih bersih dan membantu meningkatkan kualiti udara, menjadikannya lebih baik untuk alam sekitar dan anda.

    Semua PETRONAS Dynamic Diesel dirumuskan dengan teknologi Pro-Drive memberikan prestasi optimum untuk pemanduan yang lebih bersih dan lebih lancar.

    PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive membersih dan melindungi bahagian kritikal enjin diesel untuk memanjangkan hayat enjin anda; meningkatkan pembakaran sekali gus mengoptimumkan prestasi enjin dan memberikan penjimatan bahan api; memberi anda pengalaman memandu yang lebih baik dengan penyahaktifan enjin yang mudah, kurang getaran, dan pecutan yang lebih lancar.

  • Apakah gred diesel yang disarankan bagi kenderaan penumpang enjin diesel berprestasi tinggi dan kenderaan darat komersial?

    Semua PETRONAS Dynamic Diesel dirumuskan dengan teknologi Pro-Drive memberikan prestasi optimum untuk pemanduan yang lebih bersih dan lebih lancar. Oleh itu, ia sesuai untuk semua kenderaan enjin diesel. Khusus untuk gred biodiesel B10/B20, secara amnya ia lebih menjimatkan dan lebih bersih untuk alam sekitar, oleh itu lebih baik untuk anda.


You may also like
Ooops!
Generic Popup