Dari 1 ke 5
Melalui program Digital Mesra baharu melalui Setel, anda juga berpeluang untuk mengumpul lebih mata ganjaran. Ini merupakan pengalaman baharu bagi setiap ahli untuk membuka lebih banyak tahap mengikut cara perbelanjaan dan mengumpul lebih banyak bonus dengan aktiviti-aktiviti lain di dalam Setel! Untuk pengetahuan, anda juga boleh mengumpul, menyemak dan menebus mata ganjaran anda melalui Setel tanpa meleretkan Kad Mesra. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memautkan Kad Mesra dan membuat pembayaran petrol menggunakan Setel. Ianya sungguh mudah!
Terdapat banyak tahap di dalam program Kad Mesra baharu dan mata ganjaran yang diberikan adalah berbeza bagi setiap transaksi mengikut tahap masing-masing. Lagi banyak anda belanja di stesen PETRONAS, lagi tinggi tahap anda dan lebih banyak mata ganjaran bonus akan diperolehi.
Terdapat beberapa tahap yang ditentukan. Teruskan penggunaan Kad Mesra digital melalui Setel untuk menaikkan tahap seterusnya. Lagi tinggi perbelanjaan melalui Kad Mesra digital- Setel, lagi cepat tahap anda akan dinaikkan, dan lebih banyak mata ganjaran bonus akan anda terima!
Semua ahli akan bermula dari tahap 1 apabila ahli telah memautkan Kad Mesra ke dalam Setel. Tahap anda ditentukan berdasarkan jumlah perbelanjaan atau jumlah mata ganjaran yang dikumpul. Anda akan terus naik tahap dan mendapat mata ganjaran bonus sekiranya memenuhi syarat minima jumlah perbelanjaan/jumlah mata ganjaran terkumpul dipenuhi bagi tahap seterusnya. Selain itu, untuk bulan seterusnya, tahap anda akan ditentukan berdasarkan jumlah perbelanjaan / jumlah mata ganjaran terkumpul pada bulan lepas. Lagi banyak anda berbelanja, lagi cepat tahap anda akan dinaikkan dan lagi banyak mata ganjaran bonus yang bakal di terima. Selain itu, anda juga boleh mendapat mata ganjaran bonus melalui aktiviti-aktiviti lain di dalam Setel.
Tahap anda akan ditentukan mengikut jumlah yang dibelanjakan di stesen PETRONAS ataupun jumlah mata ganjaran Mesra yang terkumpul dalam tempoh masa 1 bulan. Tahap ahli juga akan dinaikkan segera sekiranya ahli telah memenuhi syarat jumlah perbelanjaan ataupun jumlah mata ganjaran Mesra yang dikumpul bagi tahap yang berikut. Jika jumlah perbelanjaan/jumlah mata ganjaran Mesra terkumpul bulanan anda anda kurang dari syarat minima tahap semasa, tahap anda akan diturunkan kepada 1 tahap yang lebih rendah daripada tahap semasa pada bulan hadapan.
Contoh:
Jan : Saya mengumpul 20 mata ganjaran Mesra dan saya berada di tahap 2
Feb: Saya mengumpul 0 mata ganjaran Mesra dan saya berada di tahap 1
Mac: Saya mengumpul 100 mata ganjaran Mesra dan saya naik dari tahap 1 ke tahap 5
Apr: Saya mengumpul 0 mata ganjaran Mesra dan saya akan berada ditahap (turun 1 tahap lagi rendah dari tahap sebelumnya)
Untuk mengekalkan tahap semasa anda, anda perlu membuat perbelanjaan dengan jumlah yang sama / mengumpulkan mata ganjaran yang cukup mengikut keperluan tahap semasa anda.
Mata ganjaran bonus yang anda terima mungkin berbeza bagi setiap transaksi yang di buat. Semakin banyak anda berbelanja, semakin cepat anda naik tahap dan lebih banyak mata ganjaran bonus akan diterima.
Dari 1 ke 5