Disediakan untuk rakan pemandu berstatus Silver, Gold & Platinum di seluruh negara. Pemandu Grab mesti memuat turun aplikasi Setel dan hubungkan dengan kad Mesra untuk layak menyertai Program Grab Fuel Savers bermula dari dari 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2022.
Mudah sahaja, capai jumlah minimum bulanan seperti yang dinyatakan di bawah, sama ada dengan mengisi minyak atau membuat pembelian di kedai Mesra untuk layak menerima mata ganjaran bonus. Anda akan menerima mata ganjaran bonus dalam kad Mesra anda pada bulan berikutnya dan anda boleh guna mata ini sebagai rebat petrol anda! Begini caranya:
Syarat Perbelanjaan Bulanan Minima | RM 100 | RM 450 | RM 850 |
---|---|---|---|
Silver | 100 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM1) | 500 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM5) | 1400 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM14) |
Gold | 100 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM1) | 1000 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM10) | 3100 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM31) |
Platinum | 100 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM1) | 1300 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM13) | 3700 mata ganjaran bonus Mesra (bernilai RM37) |
Hubungi pasukan Khidmat Pelanggan Setel melalui Live Chat di aplikasi Setel untuk mendapatkan bantuan bagi pautan Kad Mesra fizikal dan memindahkan mata ganjaran Mesra anda.
Harap maklum bahawa anda tidak lagi dapat menggunakan Kad Mesra fizikal anda setelah anda memindahkan mata ganjaran Mesra anda.
Mata ganjaran bonus yang dikumpulkan pada bulan ini akan dikreditkan kedalam akaun anda pada bulan depan.
Sekiranya anda pengguna Setel, untuk menyemak mata ganjaran bonus anda, pergi ke tab 'Ganjaran' di aplikasi Setel dan klik 'Lencana', klik pada lencana Program Grab Mesra Fuel Savers dan anda akan dapat melihat mata ganjaran bonus Mesra anda.
Untuk ahli Kad Mesra fizikal yang tidak mempunyai akaun di Setel, anda perlu memuat turun aplikasi Setel dan hubungi pasukan Khidmat Pelanggan Setel melalui Live Chat di aplikasi Setel untuk mendapatkan bantuan pautan Kad Mesra fizikal dan pemindahan mata ganjaran Mesra. Seterusnya, anda dapat menyemak mata ganjaran bonus pada tab 'Ganjaran' di 'Lencana' Lencana Program Grab Mesra Fuel Savers.
Tempoh perbelanjaan anda untuk bulan tersebut akan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Januari. Sekiranya anda telah berbelanja jumlah minimum pada bulan Januari, anda akan menerima mata ganjaran bonus anda pada bulan Februari.
Sila laporkan kad hilang anda ke Mesralink 1 300 22 8888 dalam masa 48 jam dari tarikh hilang.
1. Anda perlu memuat turun aplikasi Setel dan dapatkan Kad Mesra digital baharu dengan melengkapkan pendaftaran anda melalui aplikasi tersebut.
2. Hantarkan nombor Kad Mesra digital baru anda melalui Pusat Bantuan Grab. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Cases | Deaths | |
---|---|---|
Covid-19 | 7,629 | 115 |
Dengue | 46,621 | 82 |