LARI
7KM
9200
LANGKAH
BILA-BILA
MASA
DI MANA JUA
MENANGI
HADIAH
CABUTAN BERTUAH
Sertai sekarang!
Pakej A
RM68
RM5 akan disumbangkan kepada
badan amal melalui program
tanggungjawab sosial korporat
PAKEJ B
PAM RM30
MINYAK PETRONAS
Peserta yang berminat dikehendaki memuat turun aplikasi BookDoc dari App Store atau Play Store dan buat profil. Peserta boleh memilih untuk menyertai Pakej A atau Pakej B.
Peserta Pakej A boleh menyertai dengan membuat pilihan ‘Paid Entry’ di halaman BookDoc POWEROFSE7EN Virtual Run dan seterusnya membayar RM68 melalui BookDoc.
Peserta Pakej A akan menerima:Ya, anda layak untuk mendapat satu (1) peluang menyertai cabutan bertuah Kategori ‘Package A’.
Anda layak untuk menyertai cabutan bertuah Pakej B jika anda memuat naik resit PETRONAS yang sah ke BookDoc. Resit yang sah mestilah berjumlah RM30 dan keatas untuk mana-mana bahan api PETRONAS. Peserta akan menerima SATU (1) entri bagi Cabutan Bertuah untu Pakej B. Walaubagaimanapun, jika Peserta tidak muat naik resit yang sah, Peserta tidak boleh memenangi apa-apa Hadiah Cabutan Bertuah.
Anda boleh rujuk kepada Terma & Syarat di www.mymesra.com.my atau layari www.bookdock.com untuk keterangan lanjut.
Apabila tempoh kempen berakhir pada 31 Mei 2021, pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang didaftarkan di BookDoc. Pemenang akan disenarai pendek, ditanya beberapa soalan umum dan seterusnya diadakan sesi pemilihan secara rawak yang dipantau oleh juruaudit bertauliah yang juga diwakili jabatan PDB dimana akan direkodkan. Walaubagaimanapun, sesi ini tidak akan direkod untuk tatapan umum kecuali terdapat permintaan khas dari pihak berkuasa.
Pemenang akan diumumkan dalam masa ENAM PULUH (60) waktu bekerja selepas tarikh berakhir larian, 31 Mei 2021. Pengumuman akan dilakukan melalui BookDoc dan saluran digital PETRONAS DAGANGAN BERHAD. Hadiah Cabutan Bertuah akan dihantar ke alamat pemenang yang telah disahkan melalui penghantaran pos dengan SOP Covid-19 HSSE.
Kempen larian ini dijalankan selama DUA (2) bulan, bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021. Peserta boleh mendaftar dan kemudian berlari pada bila-bila masa. Ini kerana kesemua langkah akan terkumpul sepanjang masa larian ini.
Kakitangan boleh mengambil bahagian dengan meletakkan kod PETRONASSTAFF ke halaman ’Promo Code’ di ’Menu’ di BookDoc. BookDoc akan mengenal pasti peserta sebagai "Kakitangan". Mana-mana kakitangan yang melangkau langkah ini dan berjaya menghabiskan larian, tidak akan layak untuk menerima sebarang hadiah dari kategori "Berbayar" ataupun "Percuma".
Peserta “Kakitangan” dikehendaki untuk menyertai pilihan ‘Paid Entry’ di halaman Larian Maya POWEROFSE7EN BookDoc dan seterusnya membayar RM68.00 melalui BookDoc. DUA PULUH ENAM (26) Peserta "Staf" akan dipilih untuk memenangi Hadiah Cabutan Bertuah dari Hadiah Cabutan Bertuah "Kakitangan".