BM
Hello, I am MeVA. How can I help you?
Talk to MeVA
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
Mesra Visa Kasih Bonanza
Menangi wang tunai dan mata ganjaran Mesra bernilai sehingga RM1,000,000 dari 1 September 2021 hingga 31 Januari 2022!
Cara Mudah untuk Menang Besar

Belanja jumlah terkumpul 

RM300

 dalam sebulan

untuk menangi 

Hadiah Utama!

Belanja minimum 

RM40 

dalam satu resit,

 3x sebulan untuk menangi 

Hadiah Pertama!

Gandakan Peluang Anda untuk Menang!
Jumlah Penyertaan & Kaedah Pembayaran
Kad Mesra + Tunai & Kaedah pembayaran lain
1x
Kad Mesra + Kad Debit Visa/Kad Kredit Visa/Kad Prabayar Visa
2x
Bayar dengan dompet Setel/dompet Setel Boost/CardTerus melalui pembayaran bukan Visa
2x
Bayar dengan Kad Debit Visa/Kad Kredit Visa/Kad Prabayar Visa melalui CardTerus di dalam Setel
4x
Aktifkan Lencana DahSetel Vaksin untuk Penyertaan Bonus
Aktifkan lencana DahSetel vaksin di aplikasi Setel (lihat di bawah cara untuk mengaktifkan)
4x*
Aktifkan lencana DahSetel vaksin di aplikasi Setel + Paut Kad Kredit Visa ke akaun Setel
8x*
*Hanya untuk kategori Hadiah Pertama dan Hadiah Bulanan, dan sah untuk 1x penyertaan sahaja sepanjang kempen berlangsung
Aktifkan Lencana DahSetel Vaksin & Gandakan Peluang untuk Menang!

LANGKAH 1
Pergi ke ‘Ganjaran’ > ‘Lencana’, seterusnya 
'Mesra-Visa Kasih Bonanza- Penyertaan Bonus
LANGKAH 2
Ketik ‘Muat Naik Gambar’ di halaman lencana “DahSetel Vaksin” untuk
muat naik gambar pendaftaran/bukti vaksinasi Covid-19
LANGKAH 3
Setelah tangkapan skrin/ gambar anda dimuat naik, anda akan mendapat pengesahan bahawa penyertaan bonus anda sedang diproses
LANGKAH 4
Selesai! Anda akan menerima notifikasi apabila anda berjaya mendapat lencana "DahSetel Vaksin"

Muat turun dan daftar di Setel dengan kod ini:

Dapatkan pulangan tunai RM6 bila anda tambah nilai minima RM20 dalam satu transaksi 3 kali. Tertakluk pada Terma & Syarat Setel.

Bonus tambahan tunai petugas barisan hadapan

100 petugas barisan hadapan 

pertama yang disenarai pendek

 akan menerima penambahan wang tunai berjumlah

 RM500* 

untuk sebarang hadiah yang dimenangi

Tambah Nilai Wang Tunai Bagi Petugas Baris Hadapan

100 petugas barisan hadapan pertama yang disenarai pendek akan menerima penambahan wang tunai berjumlah  RM500* untuk sebarang hadiah yang dimenangi

*Sila rujuk Soalan Lazim dan Terma & Syarat untuk senarai petugas barisan hadapan yang disenarai pendek dan maklumat lanjut
soalan-soalan Lazim
  • Berkaitan kempen
  • Berkaitan Kad Mesra
  • Berkaitan Setel
  • Berkaitan kempen
    • Bilakah tempoh kempen dijalankan?

      1 September 2021 sehingga 31 Januari 2022

    • Siapakah yang boleh menyertai kempen ini?

      Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang memenuhi kriteria di bawah:
      1. Ahli kad PETRONAS Mesra yang telah mendaftar dan telah mengaktifkan kad fizikal Mesra dan/atau Kad Mesra digital di dalam aplikasi Setel (“Setel App”) atau di laman web Setel di www.setel.com/mesrarewards; dan
      2. Pelanggan yang berstatus warganegara Malaysia; dan
      3. Pelanggan yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
      Terma dan Syarat mendaftar Kad Mesra (https://www.mymesra.com.my/about-us/policies-notice/terms-conditions)
    • Bagaimana cara untuk saya memenangi kategori Hadiah Utama?

      Pelanggan perlu berbelanja terkumpul RM300 dan keatas pada setiap bulan bermula 1 September 2021 di stesen PETRONAS untuk pembelian barangan seperti berikut:

      1. PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race
      2. PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive
      3. PETRONAS Dynamic Diesel
      4. PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-drive
      5. Barangan di kedai Mesra (selain rokok, tambah nilai prabayar, Touch N’ Go dan ePay)
      6. Pembelian barangan melalui Deliver2Me di aplikasi Setel

      Penyertaan akan diberikan berdasarkan jadual di bawah:

      No
      Kaedah pembayaran
      Jumlah Penyertaan
      1
      Pembayaran menggunakan wang tunai atau menggunakan kad seperti berikut:
      a. Mastercard (Kredit, Debit, “Prepaid”)
      b. Amex (kredit) dan,
      c. PETRONAS Giftcard

      Pelanggan perlu meleretkan Kad Mesra untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.
      1 penyertaan
      2
      Pembayaran menggunakan kad Visa (Kredit, Debit dan Prabayar)
      Pelanggan perlu meleretkan Kad Mesra untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.
      2 penyertaan
      3
      Pembayaran menggunakan aplikasi Setel (dompet Setel dan/atau CardTerus dan/atau Setel di aplikasi Boost dengan kad pembayaran berikut;
      a. Mastercard (Kredit, Debit, Prabayar)
      b. Amex (Kredit)
       
      Pelanggan hendaklah mengaktifkan Kad Mesra digital melalui aplikasi Setel atau laman web Setel.
      2 penyertaan
      4
      Pembayaran melalui aplikasi Setel dan menggunakan CardTerus dengan kad pembayaran Visa (Kredit, Debit & Prabayar)

      Pelanggan hendaklah mengaktifkan Kad Mesra digital melalui aplikasi Setel atau laman web Setel.
      4 penyertaan
    • Bagaimana cara untuk saya memenangi kategori Hadiah Pertama atau Hadiah Bulanan?

      Hanya lengkapkan satu transaksi minima RM40 sebanyak 3 kali transaksi pada setiap bulan bermula 1 September 2021 di stesen PETRONAS untuk pembelian barangan seperti berikut:

      1. PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race
      2. PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive
      3. PETRONAS Dynamic Diesel
      4. PETRONAS Dynamic Euro 5 dengan Pro-drive
      5. Barangan di kedai Mesra (selain rokok, tambah nilai prabayar, Touch N’ Go dan ePay)
      6. Pembelian barangan melalui Deliver2Me di aplikasi Setel

      Penyertaan akan diberikan berdasarkan jadual di bawah:


      No
      Kaedah Pembayaran
      Jumlah Penyertaan
      1
      Pembayaran menggunakan wang tunai atau menggunakan kad seperti berikut:
      1. Mastercard (Kredit, Debit, Prabayar)
      2. Amex (kredit) dan,
      3. PETRONAS Giftcard
      Pelanggan perlu meleretkan Kad Mesra untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.
      1 penyertaan
      2
      Pembayaran menggunakan kad Visa (Kredit, Debit dan Prabayar)
      Pelanggan perlu meleretkan Kad Mesra untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.
      2 penyertaan
      3
      Pembayaran menggunakan aplikasi Setel (dompet Setel dan/atau CardTerus dan/atau Setel di aplikasi Boost dengan kad pembayaran berikut;
      1. Mastercard (Kredit, Debit, Prabayar)
      2. Amex (Kredit)
      Pelanggan hendaklah mengaktifkan Kad Mesra digital melalui aplikasi Setel atau laman web Setel.
      2 penyertaan
      4
      Pembayaran melalui aplikasi Setel dengan menggunakan CardTerus dengan kad pembayaran Visa (Kredit, Debit & Prabayar)

      Pelanggan hendaklah mengaktifkan Kad Mesra digital melalui aplikasi Setel atau laman web Setel.
      4 penyertaan

      Pelanggan juga boleh mendapatkan penyertaan tambahan untuk kategori Hadiah Pertama dan Hadiah Bulanan apabila pelanggan memuat naik bukti vaksinasi melalui aplikasi Setel. Hanya satu (1) penyertaan sahaja akan diterima sepanjang tempoh kempen dijalankan. Maklumat lanjut seperti jadual dibawah ini:

      No
      Cara Penyertaan
      Jumlah Penyertaan
      1
      Pelanggan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut terlaksana:
      1. Pelanggan telah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 ataupun telah menerima suntikan dos vaksin Covid-19 (dos 1/dos2) dan;
      2. Pelanggan hendaklah memuat naik bukti-bukti seperti di atas ke dalam aplikasi Setel.
      4 penyertaan
      2
      Pelanggan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut terlaksana:
      1. Pelanggan telah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 ataupun telah menerima suntikan dos vaksin Covid-19 (dos 1/dos2) dan;
      2. Pelanggan hendaklah memuat naik bukti-bukti seperti di atas ke dalam aplikasi Setel dan telah mengaktifkan lencana #DahSetel Vaksin;
      3. Pelanggan juga perlu pautkan kad Visa (Kredit, Debit & Prabayar) ke dalam aplikasi Setel.
      8 penyertaan
    • Apakah tempoh perbelanjaan untuk melayakkan diri memenangi hadiah dari kempen ini?

      Pelanggan perlu berbelanja mengikut jadual perbelanjaan seperti di bawah bagi memenangi Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Bulanan pada setiap bulan:

      Month No
      Jumlah Perbelanjaan Mengikut Tarikh
      1
      01 September 2021 – 30 September 2021

      2

      01 Oktober 2021 – 31 Oktober 2021

      3

      01 November 2021 – 30 November 2021

      4

      01 Disember 2021 – 31 Disember 2021

      5

      01 Januari 2022 – 31 Januari 2022
    • Bolehkah saya mendapatkan penyertaan tambahan apabila saya memuat naik bukti pendaftaran vaksinasi/vaksinasi lengkap untuk kategori Hadiah Utama?

      Tidak, tiada penyertaan tambahan akan diberikan untuk kategori Hadiah Utama apabila pelanggan memuat naik bukti pendaftaran vaksinasi/vaksinasi lengkap dan telah mengaktifkan lencana DahSetel Vaccine di dalam aplikasi Setel.

    • Bagaimana untuk saya layak mendapatkan penyertaan tambahan bagi kategori Hadiah Pertama dan Hadiah Bulanan?

      Untuk melayakkan diri mendapat penyertaan tambahan, pelanggan perlu memuat naik bukti pendaftaran vaksinasi/vaksinasi lengkap yang boleh didapati melalui aplikasi MySejahtera atau aplikasi Selangkah.

      Pelanggan perlu memuat naik tangkapan skrin status COVID-19 ke dalam aplikasi Setel bagi membuktikan pelanggan telah mendaftar untuk program vaksinasi dan telah mengaktifkan lencana DahSetel Vaccine.

      Tangkapan skrin status COVID-19 boleh didapati di aplikasi MySejahtera atau aplikasi Selangkah. Untuk cara lain, pelanggan juga boleh memuat naik sijil digital vaksinasi atau gambar kad vaksinasi (Dos 1 atau Dos 2).

      Contoh tangkapan skrin status pendaftaran vaksinasi:

      Kami juga menerima tangkapan skrin sijil digital vaksinasi lain yang diiktiraf pihak kerajaan bagi dos 1/dos 2 atau muat naik sijil fizikal kad vaksinasi ke dalam aplikasi Setel untuk mengaktifkan lencana #DahSetel Vaccine untuk menerima penyertaan tambahan.
    • Adakah benar saya boleh mendapatkan wang tunai tambahan bagi program khas petugas barisan hadapan?

      Ya, untuk 100 petugas barisan hadapan pertama yang telah disenarai pendek sebagai pemenang akan menerima tambahan wang tunai sebanyak RM500 untuk sebarang hadiah yang telah mereka menangi melalui kempen ini. Senarai petugas barisan hadapan yang layak adalah seperti berikut:

      1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
      2. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
      3. Jabatan Bomba, Penyelamat Malaysia (JBPM)
      4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
      5. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

    • Apakah itu pembayaran Setel?

      Pembayaran Setel termasuk:

      1. Dompet Setel
      2. CardTerus
      3. Setel di aplikasi Boost

    • Apakah itu pembayaran melalui CardTerus?

      CardTerus merupakah kaedah pembayaran di dalam aplikasi Setel di mana ia membenarkan pelanggan untuk membayar minyak atau barangan di Kedai Mesra secara terus dengan menggunakan kad kredit, kad debit, atau kad prabayar tanpa perlu menambah nilai dompet Setel.

    • Adakah terdapat had pembelian minyak untuk kempen ini?

      Penyertaan bagi pembelian bahan bakar akan dihadkan kepada RM3,000 maksimum bagi setiap peserta setiap bulan bagi tujuan pemilihan pemenang.

    • Bagaimana saya akan diberitahu bahawa saya adalah pemenang untuk kempen ini?

      Pemenang yang telah disenarai pendek akan menerima panggilan dari pihak PETRONAS Mesralink bagi mengesahkan butiran mereka dan akan dikemukakan beberapa soalan mudah sebelum disahkah sebagai pemenang kempen ini.

      Pemenang juga akan menerima emel rasmi dari pihak PETRONAS untuk memberitahu mengenai kemenangan dan cara untuk menuntut hadiah dari pihak PETRONAS setelah pengumuman kemenangan dibuat oleh pihak PETRONAS melalui media sosial di @PETRONASbrands dan di laman web PDB: mymesra.com.my

    • Bolehkah staf PETRONAS dan staf Setel mengambil bahagian di dalam kempen ini?

      Tidak, semua staf dari Kumpulan PETRONAS dan Setel, anak syarikat, dan agensi/organisasi yang terlibat di dalam kempen ini tidak layak untuk menyertai kempen ini.

    • Bolehkah pelanggan Smartpay mengambil bahagian di dalam kempen ini?

      Tidak, seperti yang tertulis dalam Terma dan Syarat kempen.

    • Adakah saya layak untuk mengambil bahagian di dalam kempen ini jika saya mengisi minyak diesel atau membuat pembelian barangan di Kedai Mesra?

      Ya, pengisian minyak diesel atau pembelian di dalam kedai Mesra (kecuali pembelian rokok dan tambah nilai prabayar), layak mengambil bahagian di dalam kempen ini dan tertakluk kepada kriteria yang dijelaskan di A(3) dan A(4).

    • Bolehkah saya mendapat peluang untuk memenangi Hadiah Utama pada bulan berikutnya jika saya dipilih sebagai pemenang Hadiah Bulanan pada bulan ini?

      Tidak, setiap pemenang hanya layak untuk memenangi hadiah satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh kempen ini dijalankan.

    • Dimanakah boleh saya membaca Terma dan Syarat kempen yang lengkap?

      Anda boleh membaca Terma dan Syarat kempen yang lengkap di sini

  • Berkaitan Kad Mesra
  • Berkaitan Setel
    • Bagaimanakah cara untuk memuat turun aplikasi Setel?

      Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Setel di App Store, Google Play, Huawei AppGallery melalui laman web ini: https://bit.ly/SetelMesra

    • Bagaimanakah cara untuk pautkan kad fizikal Mesra saya di dalam aplikasi Setel?

      Untuk pautkan kad fizikal Mesra anda dengan aplikasi Setel, pelanggan dikehendaki menghubungi PETRONAS Mesralink di talian 1-300-22-8888 atau emel ke [email protected] untuk mendapat bantuan lanjut.

    • Saya tidak mempunyai Kad Mesra, apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan no keahlian Mesra?

      Anda boleh mendapatkan kad keahlian Mesra digital melalui langkah-langkah berikut:
      1. Muat turun aplikasi Setel ke dalam telefon bimbit anda.
      2. Pergi ke laman utama dan tekan pada butang “Lagi”
      3. Pilih menu “Kad Mesra”
      4. Sistem dengan secara automatik akan menghasilkan no Kad Mesra digital dan memaparkan ia di skrin untuk pelanggan Setel.
      5. Tekan pada butang “Aktif” dan masukakn no Kad Pengenalan anda untuk melengkapkan proses pendaftaran Kad Mesra digital

    • Bolehkah saya menggunakan kad PETRONAS Giftcard untuk menambah nilai dompet Setel saya?

      Tidak, pelanggan tidak boleh menggunakan kad PETRONAS Giftcard untuk membuat tambah nilai di dalam dompet Setel.

    • Adakah selamat untuk saya menggunakan telefon bimbit di stesen?

      Setel selamat digunakan di stesen PETRONAS sebelum dan sesudah mengisi minyak dengan mematuhi panduan keselamatan yang disediakan. Sekiranya anda menggunakan Setel untuk membayar minyak di stesen, anda boleh merujuk panduan keselamatan yang terdapat di dalam aplikasi Setel sebelum membuat pembelian:

      Pemandu kereta:
      1. Letak kenderaan anda di pam yang boleh menerima pembayaran melalui Setel.
      2. Buka aplikasi Setel.
      3. Pilih no pam dan masukkan jumlah isian minyak.
      4. Apabila pam telah bersedia, matikan enjin kenderaan anda, letakan telefon bimbit anda dan mula mengisi minyak.
      Jangan gunakan telefon bimbit atau masuk ke kenderaan anda ketika membuat pengisian minyak!

      Penunggang motosikal:
      1. Letak kenderaan anda di pam yang boleh menerima pembayaran melalui Setel.
      2. Buka aplikasi Setel.
      3. Pilih no pam dan masukkan jumlah untuk mengisi minyak ketika berada di tempat duduk motosikal anda.
      4. Apabila pam telah bersedia, letak telefon bimbit anda dan turun dari motosikal untuk membuat pengisian petrol.
      Jangan gunakan telefon bimbit ketika membuat pengisian minyak!

Covid-19 pandemic is both scary and worrying. We need to stay at home to be safe. But, there is another danger lurking that can infect us anywhere, even within the security of our homes.

Dengue! Yes, dengue is just as alarming, widespread and dangerous. Refer to the government statistics below for the period 29 Dec 2019 to 28 May 2020.
Cases
Deaths
Covid-19
7,629
115
Dengue46,621
82
At AXXESS, we care and we want to protect you!

Due to overwhelming response, we are launching a new version of our successful Covid-19 Insurance. What's more, we are now giving you the option to extend the coverage to include Dengue! Now, for the first time, you are able to protect your family and yourself, from two dangerous and highly infectious diseases, that are threatening us right at our doorstep.
Ooops!
Generic Popup
>