Aktifkan Kad Mesra elektronik anda atau hubungi Mesralink untuk memindahkan mata ganjaran dari Kad Mesra fizikal anda.
Setel.com
Soalan-soalan Lazim
Kami telah memudahkan sistem ganjaran di Setel menjadi hanya 3 tahap – Junior, Explorer & Hero. Anda kini boleh menaikkan tahap anda untuk menikmati sehingga 3x mata ganjaran Mesra untuk pembelian petrol melalui aplikasi Setel.
Untuk pembelian barangan di Kedai Mesra, mata ganjaran yang akan diperolehi adalah tetap iaitu RM1 = 1 mata ganjaran Mesra.
Bermula 1 Januari sehingga 30 Jun 2022, pelanggan boleh merujuk di jadual berikut untuk melihat jumlah mata ganjaran yang bakal diterima dan jumlah mata ganjaran yang diperlukan untuk menaikkan tahap:
Jika anda bukan pelanggan Setel
Anda diminta untuk mendaftar sebagai ahli Setel melalui aplikasi Setel atau laman web app.setel.my. Anda boleh menikmati ganjaran bonus apabila anda membuat pembelian petrol melalui aplikasi Setel.
Jika anda pelanggan Setel
Secara automatik, anda akan dapat menikmati 3x mata ganjaran Mesra untuk setiap pembelian yang menggunakan aplikasi Setel.
Kami menyarankan anda untuk memautkan kad Mesra fizikal atau mengaktifkan kad Mesra maya untuk menebus pelbagai promosi menarik di dalam Mesra Rewards atau menebus mata ganjaran Mesra untuk Kredit Setel, yang boleh digunakan untuk membeli petrol atau barang-barang di Kedai Mesra. Ketahui bagaimana cara untuk mengaktifkan kad Mesra maya anda di dalam aplikasi Setel di sini.
Jika anda membuat penebusan mata ganjaran Mesra ia tidak akan memberi kesan kepada tahap keahlian anda. Anda masih boleh menikmati 3x mata ganjaran Mesra selagi anda masih memenuhi syarat minimum bulanan bagi tahap Hero.
Jika anda membuat pembelian melalui aplikasi Setel, anda akan menerima:
Bagi pembelian barangan Mesra, setiap RM1 = 1 mata ganjaran Mesra.
Jika anda masih meleretkan kad Mesra fizikal di stesen PETRONAS, anda akan menerima:
Anda boleh melihat tahap keahlian dan progress tahap anda melalui aplikasi Setel. Cara-caranya: