Dapatkan & Tebus mata ganjaran Mesra dengan cara baharu yang Mesra
ISI BAHAN API dan DAPATKAN mata ganjaran serta-merta dengan ciri baharu Program Kesetiaan PETRONAS. Kini pelanggan boleh memperoleh dan menebus mata ganjaran Mesra tanpa sebarang kad fizikal. Kami ingin menjadikan hidup anda lebih mudah dan lebih baik!
Anda hanya perlu masukkan nombor telefon bimbit pada skrin OPT di dispenser bahan api. Ciri ini juga akan tersedia di kaunter juruwang kami pada masa hadapan.
Kini terdapat ciri baharu yang diperkenalkan di PETRONAS di mana anda boleh memperoleh dan menebus mata ganjaran Mesra dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit anda di skrin OPT di pam. Ciri ini juga akan tersedia di kaunter.
Untuk pengguna kad fizikal sedia ada, anda perlu memaut kad fizikal anda ke akaun Setel untuk melihat sejarah transaksi dalam aplikasi Setel atau laman web Setel di Rekod Mata Mesra.
Untuk pengguna digital Mesra sedia ada di Setel, anda boleh log masuk ke aplikasi Setel dan klik pada Rekod Mata Mesra.
Untuk pelanggan baharu, anda perlu mendaftarkan akaun Mesra anda melalui www.setel.com atau aplikasi Setel sebelum anda boleh melihat sejarah transaksi anda.