- Soalan Umum
- Kad Mesra
- Pendaftaran
- Tarikh Luput Mata Ganjaran
- Notifikasi SMS
- Ganjaran Mesra
-
Soalan Umum
-
Saya telah mendaftar tetapi saya tidak menerima e-mel pengaktifan. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila periksa folder Junk atau Spam anda. Sekiranya anda masih tidak menemuinya, sila hubungi Mesra Hotline kami di 1 300 22 8888 atau hantarkan e-mel kepada [email protected]
-
Saya tidak memasukkan alamat e-mel semasa permohonan kad sebelum ini. Saya ingin mempunyai akses ke laman web. Bagaimana saya ingin mendapatkan log masuk untuk mengakses?
Sila hubungi Mesra Hotline kami di 1 300 22 8888 atau hantarkan e-mel kepada [email protected] untuk bantuan lebih lanjut.
-
Bilakah saya akan menerima penyata akaun saya?
Kami tidak akan menghantar penyata akaun fizikal ke alamat surat menyurat anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak, memuat turun atau mencetak penyata akaun anda di laman web.
-
Saya baru sahaja berpindah ke tempat baharu. Bagaimanakah saya ingin memastikan bahawa saya tidak akan ketinggalan sebarang kemas kini promosi atau hadiah yang mungkin saya menangi semasa peraduan?
Anda dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini data peribadi anda. Ini untuk memastikan bahawa kami dapat menghubungi anda sekiranya ada perkara mengenai kad, urus niaga, peraduan atau promosi.
-
Apakah jenis komunikasi yang saya akan terima dari Program Kesetiaan Mesra PETRONAS dan dari saluran mana?
Pada masa ini, anda akan menerima e-mel dari semasa ke semasa mengenai promosi dan peraduan yang sedang dan akan berlangsung. Ini sudah semestinya, atas kebenaran anda. Anda juga akan diberi SMS secara berkala mengenai peraduan, promosi dan maklumat. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan sebarang penipuan. Harap berwaspada bahawa PETRONAS sama sekali tidak akan meminta maklumat akaun bank anda secara dalam talian, dan kami juga tidak pernah mengumumkan pemenang peraduan tertentu melalui SMS atau e-mel. Senarai pemenang peraduan akan disiarkan di laman rasmi kami. Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai hal ini, hubungi talian Hotline Mesra di 1 300 22 8888 untuk pengesahan atau hantar e-mel kepada [email protected]
-
Saya telah mendaftar tetapi saya tidak menerima e-mel pengaktifan. Apa yang perlu saya lakukan?
-
Kad Mesra
-
Bolehkah mata ganjaran Mesra saya ditukar menjadi wang tunai?
Tidak. Mata ganjaran Mesra anda tidak boleh ditukar menjadi wang tunai.
-
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mata ganjaran Mesra saya dikreditkan ke dalam akaun saya?
Mata ganjaran Mesra anda akan dikreditkan ke dalam akaun dalam masa 1 hari bekerja untuk transaksi biasa dan sehingga 14 hari bekerja untuk sebarang isu atau peraduan, mengikut budi bicara kami.
-
Bolehkah saya mengumpulkan mata ganjaran Mesra tanpa Kad Mesra saya?
Ya, anda boleh dengan memuat turun Setel dan memautkan Kad Mesra untuk terus mengumpul mata tanpa Kad Mesra fizikal dan juga membuat pembayaran melalui Setel.
-
Bagaimanakah cara memautkan Kad Mesra saya yang ada dengan aplikasi Setel?
Langkah 1: Muat turun aplikasi Setel dan log masuk Setel
Langkah 2: Pada halaman utama klik butang "More" untuk menghubungkan "Kad Mesra fizikal" anda ke aplikasi Setel
Langkah 3: Klik "Mesra Card"
Langkah 4: Kad Mesra dalam talian di bawah "Issued". Klik "Link & Transfer Points" untuk memautkan Kad Mesra fizikal
Langkah 5: Pemilik kad memasukkan nombor Kad Mesra fizikal
Langkah 6: Halaman pengesahan akan muncul -
Bagaimana jika transaksi saya disekat semasa pembelian, dan, atau penebusan?
Sila hubungi talian Hotline kami di 1 300 22 8888 untuk mengaktifkan semula kad anda atau hantarkan e-mel kepada [email protected] ataupun minta bantuan kakitangan stesen PETRONAS.
-
Bolehkah mata ganjaran Mesra saya ditukar menjadi wang tunai?
-
Pendaftaran
-
Di manakah saya boleh mendapatkan kad PETRONAS Mesra?
Anda boleh mendapatkan kad PETRONAS Mesra di mana-mana stesen PETRONAS seluruh nagara.
-
Bagaimana untuk saya mendaftar kad PETRONAS Mesra?
Bermula 15 Jun 2014, semua ahli baharu Mesra boleh mendaftar kad mereka melalui SMS dengan menghantar “KADMESRA17-digit nombor kad Mesra No. KP Nama” ke 36732, dalam talian di https://www.mymesra.com.my/pmlp-register.aspx atau hubungi Mesralink di 1-300-22-8888 untuk mendaftar.
-
Bagaimana boleh saya gantikan kad PETRONAS Mesra saya yang rosak atau hilang?
Anda boleh mendapatkan kad ganti dari mana-mana stesen PETRONAS dan log masuk ke akaun Mesra anda untuk mendaftar nombor kad baharu anda. Mata ganjaran Mesra dari kad lama anda akan dipindahkan ke kad baharu anda. Sekiranya anda tidak mempunyai log masuk untuk akaun di web, hubungi Mesralink di 1 300 22 8888.
-
Adakah sebarang kos dikenakan sekiranya saya menggantikan kad PETRONAS Mesra?
Ya, 150 mata ganjaran akan ditolak dari jumlah mata ganjaran yang ada.
-
Bagaimanakah sekiranya saya tidak mendaftar kad PETRONAS Mesra saya?
Sekiranya anda tidak mendaftar, anda masih boleh mengumpul mata ganjaran Mesra tetapi anda tidak boleh menebus barangan Kad Mesra, bahan api atau barangan lain.
-
Bolehkah saya mendaftar untuk dua kad?
Tidak. Ahli hanya boleh memiliki satu kad aktif dalam satu jangka masa. Klik di sini untuk lihat Terma & Syarat.
-
Apakah kelebihan mendaftar melalui aplikasi Setel?
Anda boleh memperoleh mata bonus, memeriksa mata ganjaran dan transaksi Kad Mesra anda dan mendapatkan maklumat terkini mengenai tawaran.
-
Sekiranya saya menghadapi kesukaran untuk mengaktifkan Kad Mesra di Setel dan pendaftaran dalam talian, apa yang harus saya lakukan?
Sila hubungi Mesralink di 1 300 22 8888 dan pasukan kami akan membantu anda dengan sewajarnya.
-
Saya tidak mempunyai akses internet. Bagaimana saya ingin membuat akaun Mesra dalam talian?
Anda memerlukan akses internet untuk membuka akaun dalam talian. Anda boleh mendaftarkan maklumat anda melalui:
- Aplikasi Setel
- Borang pendaftaran dalam talian MyMesra atau
- Daftar melalui SMS dengan menghantar “KADMESRA17 – digit NO KAD PENGENALAN NAMA” ke 36732 atau
- Hubungi Mesralink dan kemas kini maklumat anda melalui eksekutif perkhidmatan pelanggan kami.
Akaun dalam talian membolehkan anda memeriksa baki, transaksi dan juga mengemas kini maklumat peribadi anda.
-
Di manakah saya boleh mendapatkan kad PETRONAS Mesra?
-
Tarikh Luput Mata Ganjaran
-
Adakah mata ganjaran Mesra saya akan luput?
Ya. Mata ganjaran akan luput selepas 3 tahun.Date of Transaction1 May 201215 May 2012Points Earned30 points70 pointsPoints Balance30100 (30 + 70)Expiry Date31 May 201531 May 2015
-
Bagaimana untuk mengelakkan mata ganjaran terkumpul saya dari luput?
Untuk mengelakkan mata ganjaran anda dari luput, jangan simpan mata ganjaran terlalu lama. Anda dinasihatkan untuk kerap menebus mata ganjaran anda di mana-mana stesen PETRONAS (atau tebus bahan api atau di kedai Mesra kami).
-
Bolehkah saya memanjangkan tempoh mata ganjaran saya dari luput?
Tidak, anda tidak berbuat begitu. Mata ganjaran akan luput secara automatik di dalam sistem.
-
Sekiranya saya baru menjadi ahli Mesra, adakah mata ganjaran saya akan luput tidak lama selepas itu?
Tidak. Mata ganjaran Mesra terkumpul akan luput berdasarkan “Masuk Dulu, Keluar Dulu” (FIFO). Sebagai contoh, semua mata ganjaran yang terkumpul pada Ogos 2019 akan luput pada 31 August 2022, 3 tahun selepas mata ganjaran diperolehi.
-
Adakah mata ganjaran Mesra saya akan luput?
-
Notifikasi SMS
-
Bagaimana untuk saya mengetahui SMS yang saya terima benar-benar dari PETRONAS?
Kami konsisten menggunakan kod ringkas yang sama. Kami juga tidak pernah meminta sebarang data peribadi, terutama sekali akaun bank menerusi SMS. Untuk kepastian, jangan keberatan untuk menghubungi kami di Mesralink.
-
Apakah RM0?
Ini bermakna notifikasi dihantar adalah PERCUMA dan tidak dicaj pada kad keahlian kami.
- Apakah alamat e-mel Khidmat Pelanggan Kad PETRONAS Mesra?
-
Bolehkah saya membalas SMS ini?
Tidak. SMS ini tidak bersifat interaktif, pelanggan tidak boleh membalas SMS ini.
-
Bilakah notifikasi akan dihantar kepada saya?
Penebusan: Notifikasi akan dihantar kepada anda sehari selepas anda telah membuat penebusan di stesen kami. Tempoh satu hari adalah untuk pengesahan transaksi dan untuk mengelakkan sebarang aktiviti penipuan.
-
Kenapa saya menerima SMS dari PETRONAS Mesra?
SMS merupakan bentuk notifikasi dari PMLP untuk memaklumkan anda:
- Penebusan: Aktiviti penebusan telah berjaya dilakukan menerusi kad Mesra anda di stesen PETRONAS dan/atau
- Pertandingan atau promosi: Kami sering menghantar maklumat promosi atau pertandingan melalui SMS. Walau bagaimanapun, hati-hati dengan sebarang penipuan. SMs kami hanya mengandungi maklumat dan tidak akan meminta data peribadi anda melalui SMS. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, hubungi Mesralink di 1 300 22 8888.
-
Apakah bahasa yang digunakan untuk notifikasi?
Notifikasi akan menggunakan Bahasa Inggeris. Sekiranya notifikasi kurang jelas dan anda memerlukan bantuan tambahan, sila hubungi Mesralink di 1 300 22 8888 dan pegawai khidmat pelanggan kami akan membantu anda.
-
Saya tidak membuat penebusan. Bagaimana untuk saya membuat tuntutan?
Transaksi penebusan yang telah diterima oleh PDB tidak boleh dibatalkan, dipulangkan atau ditukar. Sekiranya anda tidak membuat sebarang transaksi tetapi menerima SMS, kemungkinan anda telah kehilangan kad anda, membawa kad orang lain. Sila hubungi Mesralink di talian 1 300 22 8888 or e-mel kami di [email protected] untuk pengesahan
-
Berapakah nilai pertukaran mata ganjaran dalam RM?
1 mata ganjaran Mesra bersamaan dengan 1 sen di stesen PETRONAS. Penukaran mata ganjaran dalam talian atau penukaran dengan rakan niaga lain akan berbeza-beza.
-
Bagaimana untuk saya mengetahui SMS yang saya terima benar-benar dari PETRONAS?
-
Ganjaran Mesra
-
Apakah perbezaan yang bakal saya saksikan di dalam proses penaiktarafan ini?
Anda akan merasai pengalaman baharu yang berbeza apabila membuat penebusan di Mesra Rewards. Alami penampilan yang baharu dan aplikasi yang mudah untuk digunakan.
-
Bilakah proses penaiktarafan akan berlaku?
Rasai pengalaman baharu di Mesra Rewards bermula pada 1 Disember 2020. Pelanggan juga disarankan untuk menuntut kesemua baucar sebelum tarikh 31 Disember 2020.
-
Kenapa pihak PETRONAS menaik taraf portal penebusan ini?
Kami sentiasa berinovasi dan meningkatkan taraf mutu perkhidmatan, selain memberi pengalaman baharu untuk kesenangan setiap pelanggan.
-
Saya masih mempunyai baucar yang sah yang belum ditebus di kedai, apa yang akan berlaku kepada baucar saya?
Anda masih boleh log masuk ke Mesra Rewards portal sehingga 31 November 2020 bagi menebus baucar anda di cawangan kedai yang berkenaan.
-
Bolehkah saya peroleh semula mata ganjaran Mesra untuk baucar yang tidak ditebus lagi?
Tidak, Baucar tidak boleh ditukar ganti semula kepada mata ganjaran. Pelanggan disarankan untuk membaca keterangan tawaran dengan jelas sebelum membuat penebusan. Hubungi khidmat pelanggan kami untuk penjelasan lebih lanjut melalui Chat / e-mel di [email protected]
-
Pada 1 Disember 2020 dan seterusnya, dimanakah saya boleh menebus tawaran menggunakan mata ganjaran Mesra?
Anda boleh menebus tawaran di www.mymesra.com.my atau melalui aplikasi Setel.
-
Apakah yang akan berlaku sekiranya baucar tidak dituntut selepas tarikh tamat tempoh?
Baucar tidak boleh diganti atau dipanjangkan tempoh pengesahannya. Kami menyarankan agar anda menyemak tarikh tamat tempoh baucar dan menebusnya sebelum tarikh berkenaan.
-
Apakah perbezaan yang bakal saya saksikan di dalam proses penaiktarafan ini?