Masak lebih hari ini? Jadi lebih selamat, ikuti 5 tip keselamatan ini!
Periksa alat atur dan hos gas dari semasa ke semasa
Guna hanya kelengkapan yang diluluskan oleh SIRIM. Dinasihatkan untuk menukar alat atur gas setiap 5 tahun dan hos setiap 2 tahun sekali.
Periksa kebocoran menggunakan air sabun
Sekiranya terdapat buih, tanggalkan alat atur gas dan alihkan silinder ke kawasan dengan pengudaraan yang baik.
Bau aneh menandakan kebocoran gas
Seringkali digambarkan mirip bawang, durian atau kobis yang dimasak. Padamkan semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik
Jangan simpan silinder gas di tempat yang udara tidak mengalir dan jangan tinggalkan masakan tanpa pengawasan.
Kekalkan jarak selamat
Pastikan jarak di antara silinder gas dengan alat memasak adalah 1.0 – 1.5 meter. Alat memasak atau sebarang sumber haba mesti diletakkan jauh dari silinder.