39 tahun dan masih kukuh berdiri bersama pelanggan kami.
Kita bergerak seiring dengan masa, sentiasa berusaha demi pelanggan dan untuk menjadi lebih baik. Kami terus membuat penyelesaian baru untuk menjadikan kehidupan pelanggan kami lebih mudah dan bermanfaat - dan penyelesaian ini telah memainkan peranan penting dalam menangani perubahan keperluan pelanggan kami. 39 tahun telah pun berlalu dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan perubahan ini. Lihatlah sejauh mana kita telah pergi!

Mesra Rewards kini telah digital sepenuhnya! Pelanggan boleh menyemak, mengumpul & menebus mata ganjaran secara langsung dari aplikasi Setel. Selain menebus minyak dan barangan Kedai Mesra, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai ganjaran gaya hidup menarik seperti membeli-belah, hadiah, makanan, dan banyak lagi!
Kedai Mesra, yang dikenali sebagai tempat penjualan makanan siap saji, kini telah dipertingkatkan menjadi pengalaman runcit yang lebih baik. Dilengkapi dengan Makan@Mesra dan Segar@Mesra yang memberikan kemudahan kepada pelanggan, kami juga menyediakan platform untuk PKS dan pengusaha tempatan mengembangkan produk mereka.
Sudut makan di Kedai Mesra terpilih yang menawarkan makanan premium yang segar, sedap dan seimbang. Makan @ Mesra menyediakan pastri yang dibakar setiap hari, makanan siap saji, pencuci mulut, minuman, dan juga ruang dingin terbuka (open chiller), mesin kopi layan diri dan ketuhar gelombang mikro untuk kemudahan pelanggan.
Segar@Mesra ialah konsep petani-ke-pengguna di mana hasil sampai terus ke tangan pengguna: hasil segar yang diusahakan secara tempatan seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Kerjasama ini bertujuan untuk membantu petani tempatan dengan menghubungkan mereka terus dengan pengguna, di samping memastikan pengguna mendapat akses ke hasil segar yang berpatutan.
Dengan perancangan untuk memasang lebih banyak panel solar dalam masa terdekat di stesen PETRONAS terpilih seluruh negara, kami dapat mengurangkan lagi pelepasan karbon di rangkaian runcit kami. Kami komited terhadap kelestarian perkembangan ini dengan melabur untuk masa depan, sekaligus memastikan persekitaran komuniti dan alam sekitar.
Perjalanan tanpa masalah dengan pelincir bertaraf dunia dan berprestasi tinggi yang direka dari pengetahuan, teknologi dan inovasi yang diperoleh daripada PETRONAS Fluid Technology Solutions (FTS). FTS canggih adalah pendekatan bijak untuk merumuskan keperluan cecair automotif canggih yang memaksimumkan prestasi enjin.
Pusat servis PETRONAS Auto Expert, menawarkan produk dan perkhidmatan penyelenggaraan kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan. Di sini, pelanggan mendapat jaminan perhatian dan kecekapan dari mekanik terlatih yang menggunakan alat dan teknologi terkini untuk melakukan pemeriksaan kenderaan, diagnostik mesin, pertukaran minyak enjin dan banyak lagi.
PETRONAS Dagangan menjadi penyedia penyelesaian Gas Asli Cecair (LNG) yang pertama menggunakan lori tangki gas untuk pelanggan di luar kawasan kemudahannya di Semenanjung Malaysia dan yang pertama di Asia Tenggara bagi industri marin melalui kapal bunker LNG. Penyelesaian inovatif ini adalah sebahagian daripada komitmen PETRONAS terhadap kelestarian alam sekitar dalam memudahkan pertumbuhan penggunaan gas asli di Semenanjung Malaysia, iaitu pilihan bahan mentah yang lebih bersih dan menjimatkan.
Perniagaan Komersial PDB adalah perniagaan bersepadu sepenuhnya dan merupakan pendahulu dalam pasaran penjualan domestik dan pemasaran produk petroleum pukal. Kami mengekalkan perkongsian strategik dengan memperkukuhkan pangkalan pelanggan dan menempatkan diri sebagai pembekal bahan bakar yang dipercayai.