Kuala Lumpur, 27 Januari 2022 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini meraikan ulang tahun ke-25 dengan menawarkan kopi, snek, pemeriksaan kesihatan dan kenderaan dan baucar diskaun secara percuma kepada pemandu sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pemandu boleh berhenti di mana-mana 150 stesen PETRONAS yang mengambil bahagian dalam kempen ini di seluruh Malaysia dari 29 - 30 Januari dan dari 5 - 6 Februari untuk menikmati tawaran menarik serta berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Wakil Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri YB Dato Henry Sum Agong memaklumkan bahawa Kempen Coffee Break PETRONAS adalah sejajar dengan misi Kementerian untuk menggalakkan pemanduan yang selamat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.
"Kami melihat penurunan jumlah kemalangan jalan raya sebanyak 26% kepada lebih 400,000 kes pada 2020 berbanding 2019, terutamanya disebabkan oleh PKP. Walau bagaimanapun, jumlah ini masih dalam tahap yang membimbangkan dengan rekod kematian jalan raya sebanyak 4,000 kes. Ini mewakili 12.7 kematian sehari.”
"Kebanyakan kemalangan ini disebabkan oleh faktor manusia seperti memecut, letih dan kurang fokus. Oleh itu, adalah penting bagi pemandu untuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya serta kekal segar dan berjaga-jaga supaya mereka boleh memandu dengan selamat. Sejak 25 tahun yang lalu, inisiatif PDB telah menyokong usaha Kementerian dengan menyediakan tempat untuk pemandu berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka," katanya.
Kempen Coffee Break PETRONAS menawarkan pelbagai minuman, snek dan promosi dari rakan kempen. Sepanjang kempen ini, Bahagian Keselamatan Jalan Raya akan menjalankan program advokasi di lebih 50 stesen untuk berkongsi tip keselamatan jalan raya. St. John Ambulance Malaysia juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan tekanan darah dan glukosa di stesen-stesen terpilih.
Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum perjalanan panjang, PDB juga bekerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd untuk menjalankan pemeriksaan motosikal secara percuma. PETRONAS AutoExpert juga akan menawarkan pemeriksaan 18-poin secara percuma di 11 bengkelnya yang terletak di sekitar Lembah Klang dan 3 lagi di Negeri Sembilan untuk pelanggan yang membuat penukaran minyak enjin di bengkelnya.
Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran PETRONAS, Ahmad Adly Alias berkata, “PDB memandang serius tentang keselamatan jalan raya. Selama 25 tahun, kami telah menjadi trusted travel partner untuk pelanggan kami melalui hidangan kopi dan makanan ringan percuma dan mengingatkan mereka untuk berehat apabila letih melalui Kempen ini. Kami berharap pelanggan kami boleh tiba ke destinasi mereka degan selamat lalu menyambut perayaan dengan orang tersayang."
"Kami amat berterima kasih atas sokongan rakan kempen yang telah lama menjayakan kempen ini sejak tahun 1998. Dengan sumbangan mereka, kita dapat terus menyebarkan mesej keselamatan kepada khalayak yang lebih luas sambil meraikan musim perayaan dengan tawaran yang bermakna. Ini semua adalah sebahagian daripada usaha kami dalam menjadikan kehidupan pelanggan kami lebih mudah dan bermanfaat," katanya.
Nestlé Products Sdn Bhd terus menjadi rakan kongsi utama kempen, menyumbang Nescafé Dairy Free Oat dan Nescafé Latte Milk Tea. Tawaran lain untuk Kempen ini termasuk sumbangan Revive Salted Lemon oleh Etika Sdn Bhd dan gula-gula Dequadin oleh iNova Pharmaceuticals. PDB juga akan menyumbangkan Mesra Chocolate Muffin.
Selain itu, baucar diskaun bernilai RM50 juga akan diberikan sepanjang tempoh kempen. Shopee Malaysia akan mengedarkan RM18 Ang Pow untuk pengguna baru serta pulangan tunai 10% syiling untuk perbelanjaan minimum RM65, dihadkan pada 8,000 syiling, untuk pengguna sedia ada. Grab juga akan memberikan diskaun 2 X RM10 untuk perkhidmatan GrabMart dengan perbelanjaan minimum RM30 untuk memudahkan membeli-belah pada musim perayaan. PDB juga akan menawarkan RM18 Ang Pow yang terdiri daripada diskaun untuk Setel dan barangan berjenamanya, PRYSM.
Sempena ulang tahun ke-25 Kempen ini, PRYSM juga akan menawarkan baju T 8th F1 World Constructor’s Championship yang terbaru pada harga diskaun RM25. Pemandu juga akan menerima Insurans Personal Accident secara percuma oleh AXXESS bernilai sehingga RM25,000 selama satu bulan (terma dan syarat dikenakan).
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Coffee Break PETRONAS dan stesen yang mengambil bahagian, layari laman web ini.